31.10.10

si lambung lambung

ini aminah.dia  bahasakan dirinya dik minah.satu tahun lebih.dia juga boleh jadi dora.atau cenot.atau ana kampung boy.atau ruminah sidek.tak pakai baju tanda seorang gengster.lagi cikcho lagi!ah dah la dik aku da penat.

29.10.10

kecelaruan identiti membentuk peribadi.

mak.jangan cari orang.orang kena culik dengan jin.tangan bebulu tu mak.jin ni tak bagi call.dia bg sms je.ni dia pegang telepon orang ni.jin ni kata kami sedang berada di gunung jerai.tapi tadi orang usha kat luar bas, orang nampak signboard jelebu.takde pun tulis gunung gunung.jin ada pesan suruh hati hati dengan polis.kenapa jin nak takut dengan polis.orang pun tak tau.

kalau yang orang rajin hilang tu, jin tu ajak orang pegi cc.main pesbuk.jin xda pesbuk.dia selalu pakai orang punya.share password.klu orang takut nak balik, orang tidur je kat mana mana.jin teman.eh dah la mak.jin kata macam nak sampai terminal one.ehh silap.terminal jerai.chow dulu mak.nanti kalau jin bagi orang kontek mak, orang sms.

25.10.10

kebelakangan ini.dan juga kedepanan ini.

problem mari.macahharam.jadi diam sekejap untuk kompol tenaga.
benda yang selalu difikirkan masuk dalam mimpi.lagi merisaukan dari mimpi setan.
perut buncit makan tido dan tak berbola.
tapi pasukan selalu kalah akhirnya menang.haha.
satu haribulan report duty psmb.dengar dengar cerita jadi partner kak timah.
jetski bapak nak barai.belting dah macam roti canai agaknya.kena buat loan dengan lintah lalat pergi repair.
lincah lincah!!!-pinjam ayat kau pije.
oh tempat ni perlu gambar.penuh dengan meaningless letters.

17.10.10

antara cinta dan keganasan

wow.tajuk macam drama.tapi ada sedikit unsur radikal.yakni keganasan."yakni" power.

pada awal malam sabtu yang lembab, aku makan nasik dalam periuk.sebab aku malas nak basuh pinggan.nanti kena basuh pinggan, periuk dan senduk.sudah buncit, aku ambik angin segar kat tingkap.

"tet tet..", bunyi alarm kereta.

wow.awek la.

bukan orang sini ni.lain macam je.puas aku ngusha.maklumla rumah tingkat 5.nak usha awek kat parking lot.not bad jugak kot.

gasak kau la wek.ambik rokok kejap.

ok layan tepi tingkap balik.eh.ada jantan daa.potong stim betul.apa dok borak kt divider.gelap kan.nak romen la tu.ok lagi aku nak layan.

hoo mamat ni ada member.tekulat kulat balik kereta.cover line la tu.

tiba tiba aku nampak mamat tu tunjal tunjal jari telunjuk sama kepala awek tu.kompom kena maki ni.mamat ni dah kena main sama awek ni aku ingat.haa tu la kau perangai rempit tak pandai berpikiran maju.dah kena main ngan pompuan.(aku lagi teruk negatifnya).

eh apahal.mamat tu kilas tangan awek tu ke belakang,cekik leher,tekan muka awek tu sampai nak cium tanah.ini sudah lebih bang.jangan sampai keluar silat lian kat sini.sir razmin tak pernah ajar guna silat lian untuk mencekik wanita.

aku pulak yang cuak.mati awek tu kang.nanti tak ramai la awek yang boleh aku tengok dari atas ni.lama pulak dia cekik.awek tu dah "woo wooo wooo" dah merayu.gila tak menangis.kena silat pulak.

aku nak pergi turun wajib aku kena bedal balik.dulu memang aku taff.tapi sekarang dah kepeng.taff tu cair kena cahaya matahari.jadi aku guna skill orang tak kuat.telepon polis.ambik telepon tangan dail 999.

tapi kang polis sampai dorang dah berhenti pulak.polis dah la kekurangan anggota.entah entah dia tak layan.entah entah nanti dia sampai tengok takda apa,aku pulak yang kena marah.sebelum dialing tone polis berbunyik,aku letak.

eh lama la pulak awek tu kena cekik.sori sori.terlupa pulak pasal kau.aku pun bersuara dari tingkat lima.

"hei hei hei!"

apasal hei hei hei? hei hei hei hang jebat??hei hei hei aku tak percaya cinta??.sebenarnya ayat penuh dia "hei hei hei agak agak la sikit brader.tak payah la sampah nak cekik cekik kat sini".aku tak cakap habis sebab taknak sebok,tapi kesian.atau lebih tepat prihatin.alah lebih kurang la tu.ada niat nak tolong kan.

ada effect jugak dow hei hei hei aku tu.walaupun sayup sayup, dia dengar kot.mamat tu berhenti dari power move dia.dia bangun bebel bebel apa tah  sama awek tu.dumm!!!tak pasal pasal ditendangnya unser sapa tah kat  bawah tu.ah pelik sungguh perangainya.yang member dia satu hal.dia boleh tengok aje.elok lah.

member dia masuk kereta,drive keluar dari parking, park kat tepi jalan.ni apahal pulak.nak bawak lari ke apa.nampaknya mamat tu tak buat aksi dah.cuma membebel tak sudah.awek tu tak habis habis nangis.dia ingat mamat tu boleh lembut hati la kot.

lama aku tunggu kot kot ada benda bukan bukan.dari tadi aku pakai towel ni.nak mandi pegi tengok bola.masa aku dah bazir sebab tunggu korang.takpa tunggu sikit lagi.

dalam 15 minit aku tunggu,dan dan,saling berpelukan pulak...adoi...drama drama drama.tau tadi baik aku telepon rosyam nor.adoi..lengkap la semua.aksi,cinta,airmata.adoi....pundet la korang.semua sama.lepas ni malas aku peduli.




t

3.10.10

habib jejaka kapak pendirian satu malam.

habib asal dari korea utara.sudah hampir 2 tahun habib menetap di sri muda section 25.habib tak pernah kesal berhijrah ke malaysia.habib suka.bahkan habib sudah pandai cakap bahasa.

habib tak pernah lengkapkan perkataan tu.habib selalu cakap,saya suka cakap bahasa.kenapa tak panggil bahasa melayu atau bahasa malaysia bib?habib jawab,saya bukan melayu.saya bukan malaysia.tapi saya boleh cakap apa.

habib kerja kat kedai telipon tangan.kadang kadang jual topup.dan deal dengan telipon tangan curi.tapi habib tak pernah mencuri.habib paling pantang orang panggil dia berro atau bro.dia lebih suka orang panggil dia beb.sebab dia perasan beb itu adalah bib,iaitu dari namanya,habib.

habib takut dengan skim piramid.atau mlm.habib kata skim piramid itu bagi firaun kaya dan illuminati.habib lebih suka kerja keras dan sembahyang.tapi kadang kadang habib main kuda 20sen kat mentari court.

habib kata mula mula dia sampai dia pelik dengan malaysia.macam usa dia kata.orang macam macam bangsa tapi boleh hidup sekali.katanya di korea utara semua orang sepesen.pagi pagi keluar kerja dengar lagu patriotik hidup mati untuk negara.sebab sebab lain dia kata mcm usa,makanan pertama dia jamah adalah nasi goreng usa kat maisha.habib juga bersyukur dia bukan orang israel.

habib juga tak suka mat rempit.pada habib,mat rempit tak sekolah tinggi dan tak pandai bergaya.asyik nak pakai baju polo ada nombor dengan spek itam rebeng.tapi habib tak berani sound.takut kena hentak.habib paling bengang tengok awek rempit yang cun cun.habib tak faham,kenapa la ikut mat rempit.oh habib juga suka tengok minah rempit bergaduh tarik tarik rambut.lawak b
angang habib kata.

habib selalu baca paper.metro.pasal bos dia selalu beli.habib baca je lah.dia menyampah sebenarnya.penuh dengan cerita letup sumber entah sapa sapa.kata jiran lah,kawan perempuan lah,ikut dan aje.lagipun dia tak suka dr.rozmey.habib tau bos beli nak baca berita stim stim dengan ruangan sakit puan.habib tak kisah asalkan bos ada minat membaca.

dulu habib minat dengan anak bos.umur 21.habib kata dia rock dan kool.bergaya pun macam awek rock.dengar lagu lagu omputih rock yang rare.sudah rapat baru habib tau anak bos kaki trend dan perasan comel.cukup menyampah habib.lagipun habib takut kena tumbuk dengan bos.

sejak minggu lepas habib tak datang kerja.orang orang area kedai naik heran.dengar cerita habib kena tangkap polis sebab main kuda.tapi gosip kuat cakap bilik sewa habib kena pecah.sejak tu dia hilang.owner jumpa passport macam macam negara dalam bilik habib.dan sepucuk pistol.juga sekuntum mawar putih atas meja.ramai orang kata habib double agent.siapa habib sebenarnya?

*preface-habib:axe man one night stand.

1.10.10

tanam pisang rapat rapat.

aku adalah lelaki yang penyabar.buktinya?buktinya?
mudah aje.aku tengok europa league.abang abang lawan utrecht.macam tu ke eja?pegi mampos.kerana kehilangan kaki highlights yang mengejar materialistik,aku tecongok sorang sorang satu table.tapi ada geng jugak..gila apa takda.bola ni kan..brader brader guard baru habis shift table belakang,dua mat kelantan liverpool tegar kat depan,brader cap maradona isap suria table tepi,dan anne anne ketiak bak'eng yang ngulor.orang lain mungkin tak tahu apa,pondan,ataupun minat main dart macam nat.result?nak cakap pasal result?draw.takda gol.aku mantain.sabar kan.lupa nak cakap.aku pun setia orangnya.