19.9.12

kenapa lupa tuhan?

kenapa lupa tuhan?
kerana bila pagi pilih untuk tidur sepuasnya
kerana bila celik mata penuh jadualnya
kerana bila bangun rezeki mahunya
kerana bila mandi naik serinya
kerana bila becermin riak rasanya
kerana bila sarapan lupa pembukanya
kerana bila bekerja mengelat akalnya
kerana bila tengah hari tamak nafsunya
kerana bila terlalu penuh kuyu matanya
kerana bila masuk waktu melengah sikapnya
kerana bila petang rumah rindunya
kerana bila bebayang panjang lelap letihnya
kerana bila gelap lapar perutnya
kerana bila lapang suka hatinya
kerana bila lewat esok mengganggunya
lupakah dia?

15.9.12

apakah itu pembangunan sumber manusia berhad dan hrdf



kali ini aku nak berkongsi sesuatu yang lebih bermanfaat. kau tahu pasal pembangunan sumber manusia berhad? orang panggil psmb tu. kalau nak town sikit orang panggil hrdf. hrdf tu human resource development fund. samalah tu. hrdf tu produk psmb. ibunya akta pembangunan sumber manusia berhad 2001. alah yang kena bayo levi tiap tiap bulan tu. tak tau lagi? berapa lama jadi orang hr ni? macam mana nak jadi tokey besar ni?? ada hati nak jadi co sec daftarkan company orang?? ajje gile.

ini la masalahnya. epf socso tau belaka. hrdf tak tahu. takpa ni aku kongsi sikit apa aku tahu. pasal sejarah nanti lah aku cerita. cerita awal awal kang tak sedap lah. buku teks sejarah pun dia letak gambo kat first page. takut orang tido.

begini. mula mula aku nak cerita siapa yang diliputi (gila bahasa kerajaan ni) bawah hrdf ni. kalau memenuhi requirements di bawah, haa kena la tu. tengok jadual kat bawah nu ha.

Sektor
Deskripsi Aktiviti
Kelayakan Majikan
Tarikh kuatkuasa

Perkilangan
Pembuatan atau pemprosesan supaya bahan tersebut dapat digunakan, dijual, diangkut ,dihantar, dilupus, temasuklah pembinaan kapal dan pemasangan bahagian-bahagian kapal
50 pekerja
1/1/1993
50 pekerja &
modal berbayar
RM 2.5 juta

1/1/1995

50 pekerja &
modal berbayar
RM2.5 juta 
(kategori pilihan)
 

Tarikh
pendaftaran


Servis

Perhotelan, Pengangkutan Udara, Pengendalian Pelancongan, Telekomunikasi, Penghantaran Angkutan, Perkapalan, Pos/Kiriman Cepat, Pengiklanan, Perkomputeran




10 pekerja






1/1/1995

Tenaga, Latihan, Pendidikan Tinggi


10 pekerja

17/2/2000

Jualan Langsung, Pelabuhan, Sokongan dan Penyenggaraan Kejuruteraan, Penyelidikan dan Pembangunan, Penggudangan, Keselamatan, Hospital Swasta






10 pekerja






1/1/2005
Pengangkutan Darat Perdagangan, Pengangkutan Kereta Api


10 pekerja


1/12/2007
Pasar Raya Besar
50 pekerja
1/1/2005


dah diliputi tu kena buat menda? kena daftar la wehh. dah jadi wajib tu. daftar senang je isi borang 1 campur dokumen sokongan yang basic basic tu lah. 9, 24, 49, epf/ socso statement. pentingnya kena tahu hrdf ni sebab tarikh kau kena bayar tu bukan ikut tarikh kau daftar. tapi tarikh akta tu menjadi berkuatkuasa ke atas kau. contohnya, kau ada lapan kapal terbang dan pengangkutan udara tu la bisnes kau. kau ada 10 orang pekerja warganegara Malaysia awal tahun ni. maknanya di situ dah jadi wajib untuk berdaftar. kena daftar awal tahun dulu sepatutnya. kalau kau dah jadi wajib tapi kau loklei loklei tak nak daftar lagi, ha mendapat la nanti. jangan kata tak tahu, aku dah bagitahu ni. tak nak daftar tak nak bayar nanti kena kena dakwa kena kompaun kena jel dengan geng geng kementerian, aku tak nak campur.

yang kena bayor bayor levi tu amenda pulok? ok kalau company kau dah jadi wajib sebab diliputi di bawah akta, dia kena daftar lepas tu bayar levi. levi ni kena bayar tiap tiap bulan. alah macam epf socso tu jugak lah. nak mengiranya senang je. 1% x basic salary + fixed allowances semua pekerja warganegara Malaysia tu. kalau o.t ke mileage ke jangan la campur sekali. tu bukannya fixed. kang tak pasal pasal kena bayar mahal. lepas tu bising. eh chop. ni bukan potong gaji pekerja tahu. ni company yang bayar.

amboi amboi amboi. apa kerajaan ni bang. itu nak kena bayor ini nak kena bayor. macam mana rakyat nak maju? company company hak sedang sedang ni macam mana nak hidup? makan duit rakyat ke apa? ni lagi apa pasal kira warganegara Malaysia pulak? cukai foreign workers pun kena bayor ni orang kita sendiri pun nak cukai ke?haa??haa???

ha itu la kau. itu la dia. iiiiituuuuu la dia. tau nak mengamuk aje. jangan mengamuk. episod akan datang aku cerita kenapa  kena daftar kena bayar semua ni. simpan dulu amukan tersebut. aku nak tengok cerita cina tibi dua ni.