31.12.14

keramat

kampung aku banjir tapi tidaklah sampai ke rumah. mak dengan sedikit keras kepala tak mahu ikut akak balik ke kolumpo. tinggallah dia di kampung sorang-sorang di dalam musim banjir hujan tanpa henti.
***
akibat banjir api tak ada, air pun tak ada.line telipon pun tak ada.
***
isnin kelmarin. tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. bimbang orang tua tu tergolek masa ambik air ke apa ke.udah la sorang-sorang. udah la aku ada mak aje. tiba-tiba aku teringat abah dulu pun aku tak sempat bersama dia di saat-saat terakhirnya.
***
memandangkan tomi sudah meletup akibat kemalangan di karak, aku roger kakak de untuk guna kereta lakinya. de yang tidak memiliki lesen memandu dan barangkali tak tahu memandu itu kata on. kebetulan lakinya sedang bercuti. el. rezo menyumbang kudrat rempit nya menunggang sym di dalam hujan menghantar aku ke ke sungai buloh. rezo yang menunggang. chaon yang membonceng. bagaikan pantun dua kerat pula.
***
akses utama memang tak boleh lalu. melencong ke bentong-benta-damak-jerantut.
***
sampai di rumah nampak macam ada tetamu. bimbang macam drama pulak. kalau drama biasanya balik kampung ada orang kampung kat rumah, ada sekujur jenazah. aku beri salam. orang lain yang menjawab. keluar di pintu rupanya acik la. disusuli mak. ok mak ada. aku salam acik la sambil berterima kasih melawat mak. mak sedikit drama peluk aku sambil menangis. aku sedikit kaget. biasalah orang tua makin lama makin sensitif. de, agus dan waiz budak sungai buloh yang kuat bercakap bahasa pulau tawar menyusul kemudian.
***
mak tidak diberi peluang untuk buang masa kerana bimbang air makin naik atau jalan makin rosak. jangan bebel kemas barang now.
***
tiba di sri kembangan jam 10.30 malam kerana jambatan bentong rosak.
***
sekarang. terdengar lagu bonda m.nasir. aku tersenyum. 
***

23.12.14

jatuh cinta

aku rasa aku jatuh cinta dengan internet di rumah. ia membuatkan aku rasa lebih muda dan acah acah rock. terima kasih sayang.

25.11.14

almost famous.

pernah tak pada satu ketika, hidup kau memang betul betul di atas. semuanya menyebelahi kau. usah kata nasib, kebahagian, rezeki, jodoh, sihat, semuanya kau menang. kau ada ramai kawan kawan yang begitu teruja nak berkawan kerana kau lah yang paling menggembirakan.

pada masa yang sama juga banyak benda yang kau tak ambil pusing. ye lah. apa nak heran. benda tengah "ong". layan lah "ong" tersebut.

tapi tu semua cerita dulu. sekejap je kau "flop". jangan menggelabah. itu adat resam dunia. disebalik down "kau", ingat lah kau pun pernah mempunyai kegemilangan kau sendiri. usahlah bimbang kata-kata orang. diam dan mulalah dari bawah. kali ini jangan banyak bunyi. diam diam aje buat semula. kalau berjaya pun diam kan aje. saja nak tengok orang lain macam mana.

16.9.14

tiba tiba menjelma cahaya ( feminin - kehadiran )

sehingga waktu ini, followers blog pusarpusar adalah 17 orang. gempak gila. serius. 17 tu pun belum tolak lagi mereka yang dah pencen.

satu ketika dulu aku rasa sayur gila pasal followers. ada kalanya aku sengaja mereka reka alasan untuk menyedapkan diri sendiri. terutamanya masa muda muda dulu. di kala umur awal 20 an di mana blogging was booming (dengan izin). aku sering menggunakan alasan, "alah, perempuan. memang lah senang dapat followers. tulis pasal benda paling tahik pun orang kata kool". atau "alah kawan kawan ramai boleh la ramai followers". tak kurang juga ada rasa sedikit cemburu terhadap rakan rakan yang mula mem blog sama sama. kerana aku rasa entri blog aku agak ok, atau setaraf, atau kurang taraf sikit je pun, daripada mereka (bagi seseorang yang berusia awal 20 an) . (boleh rujuk blog lama http://kelakuandanterjemahan.blogspot.com/ ).

hakikatnya, aku sama seperti orang lain. mahu berkongsi buah pemikiran. atau sekadar tunjuk perasaan. keadaan ini sama macam tersedarnya aku tentang fungsi hashtag.

dan sekarang. aku satu sen tak peduli! mana ada orang pedulu pasal blogging dah! hahaha. takda tekanan langung. mungkin kerana aku dah makin berumur dan malas nak ambik peduli pasal benda benda macam tu lagi. dan yang mana mana membaca entri ini, saya amat berterima kasih kepada anda. atau sekadar tumpang kasihan kerana terbaca sesuatu yang mungkin buat anda rasa tahik!

dan kenapa aku tulis entri ni? sebab aku rasa ini sajalah benda yang aku mampu buat hingga tua nanti (idea ni aku terfikir masa berak sambil hisap rokok tadi). sekurang-kurangnya aku tinggalkan sesuatu untuk anak cucu aku. baik buruk biarlah mereka nilai sendiri. pasti mereka jauh lagi bijak dari aku.heh. takda icon senyum senget pulak dalam ni. lemah.


27.8.14

budaya baru.

adalah satu kejutan budaya bagi aku di tempat majikan baru. semua orang meeting bawa laptop masing masing. dan keletap keletap jari masing menaip masing. bos bercakap di depan. aku rasa macam comel je situasi ini. memandangkan aku tak banyak sangat deal dengan orang apalah sangat aku nak sibuk bawak laptop.

hari ini aku bawak. aku update blog. hihi. hihi. macam gampang. walaupun aku hanya tulis hihi. apa kejadah meeting macam ni. pada aku, hampir 4 tahun di bawah kerajaan, kerajaan memang mempunyai gaya dalam meeting. cuma selalu merapu ke benda lain. syarikat macam ni ringan ringan je meeting. sambil sambil meeting boleh buat kerja. tapi kadang kadang kesian kat bos. hihi. (adakah aku masih dipengaruhi budaya kerajaan? adakah aku acah acah prihatin?)

12.6.14

cakap sa-orang diri.

tahukah anda, proses untuk menyayangi seseorang, sehinggakan bau dia pun kau rindu, adalah satu proses yang serius dan panjang? apatah lagi kehilangan.


28.4.14

sepeninggalan

aku pernah tengok di dalam wayang. katanya kita mati dua kali.pertama ketika ditanam. kedua, ketika orang kali terakhir menyebut nama kita. maka kita akan mati selamanya dan dilupakan. sebagaimana yang telah dilupakan.
bagi yang sentiasa dikenang, mungkin orang orang yang istimewa. dan orang orang istimewa ini tak selalunya minta dikenang. jadi mereka hanya mati sekali.
dalam ingatan tulus ikhlas abah tersayang.
16/12/1946 - 20/04/2014.
Al-Fatihah.