20.1.16

kapsul.

mehmet berkira kira untuk lari ke alaska. setelah mengira statistik hilang di sana yang misteri.

cadangannya untuk lari dari masalah. untung untungnya dia hilang diculik makhluk asing. atau jumpa dimensi yang baru. ianya benar benar sesuatu yang baru.

15.1.16

sesaran


kami suka bermain teka teki.
kadangkala terlalu dalam sehingga kami tidak mengerti.
ia bagaikan sebuah penyeksaan.
penyeksaan itu membantu kami berkekalan.

ditambah jarak.
maka jadilah kami dua kuantiti yang mungkin dianggap mempunyai maksud yang sama.
tetapi zahirnya definisi berbeza.




8.1.16

sisa.

lalu kupujuk diriku sendiri.

"tidurlah dulu.esok kita hadap lagi ya.."



4.1.16

berbicara dengan rusa: trajektori

"tenenenet tenenenet tenenenet tenenenet!"

bunyi penggera telefon bimbit. 0615hrs. Allah. Hari ni Isnin. Mesti banyak kenderaan di jalan raya. Rusa punya pasal lah ni.

Aku ambil jalan mudah dengan mandi tanpa cukur misai dan janggut. Di situ sudah jimat masa lebih kurang 5 minit. Aku bungkus pencuci muka  bawa ke pejabat. Cukur di pejabat lah.

Tiba di pejabat buat kerja pejabat. Lupa cukur.

Petang.

Hujan seperti petang petang biasanya. 1900hrs bertolak pulang. Hari hampir gelap. Sisa sisa hujan masih ada.

Dalam masa masa meluncur di lebuhraya, hujan telah berhenti. Ternampak sedikit gaya gaya awan. Barangkali sisa sisa matahari yang mahu terbenam.

1945hrs. Lebuhraya sesak teruk. Awan putih bertompok tompok. Langit membiru bagai pagi.

2000hrs. Aku memberhentikan kenderaan di tepi bahu lebuhraya menyertai kereta kereta lain. Aku buka separuh pintu. Memusingkan badan 90 darjah keluar kereta. Kaki bertenggek pada bucu bingkai pintu kereta. Sedikit bongkok.

Aku cucuh rokok 555 yang didapati dari seorang kenalan dari pelabuhan. Sedap asapnya. Hembus ke udara dengan sederhana laju sambil memerhatikan orang orang di sekeliling.

Kebanyakan mereka resah barangkali. Atau sekadar resah melihat orang lain mulai resah melihatkan hari yang semakin cerah. 

Manakala bagi aku, inilah cuaca yang paling cantik pernah aku lihat!