16.5.11

how to make side income by involving in road accident

kali ni aku nak kongsi pengalaman buat duit poket sikit.insyaallah buku ni akan keluar kat pasaran tak lama lagi.tapi kat malaysia lambat sikit,aku nak fokus scene belah belah scandinavian & balkan dulu.

tajuk dia seperti di atas.kalau dalam bahasa bunyi dia kasar sikit."side income lu tak true" aku letak.target reader adalah penunggang motosikal yang bersopan di jalan raya.scene ni baru nak naik.jadi lebih baik ceburkan diri dengan cepat.kalau dah ramai nanti susah nak untung.

asas di senang saja.kau terlibat dalam kemalangan, tapi tak mati dan dapat duit.buku ni ada 8 bab.sini ada brief sikit la pasal buku ni.

chapter 1: introduction
-pengenalan lah.pengasas, tokoh tokoh,sejarah la bagai


chapter 2: protection vs strength
-cerita pasal basic.tak perlu protection beria sangat.pakai jacket minnie mouse kakak kau pun boleh.janji badan sedap.tak perlu katang katang & cara cara latih badan supaya payah nak cedera


chapter 3: innocent is power
-jenis jenis motosikal yang sesuai digunapakai.elakkan motosikal yang mat rempit selalu pakai.lagi ayam motosikal tersebut, lagi senang nak buat duit.juga dresscode yang senang nak buat claim.paling penting jangan kelihatan seperti mat rempit.paling sedap baju pejabat.juga senarai kedai motosikal dan kedai jahit


chapter 4:obey rules in seeking opportunities
-ini adalah core bagi bidang ni.undang-undang jalan raya kena patuh.sistem kejara kena hafal.paling penting kena tahu saat bila pemandu kereta melakukan kecuaian.kat situlah kita akan intervene & buat duit.kenapa dia core?kalau kau sendiri buat salah,macam mana nak salahkan orang lain?macam mana nak masyuk?

chapter 5: rolling thunder
-nak tumbang kena ada cara.takkan nak main terjun je daripada motosikal anda.rolling thunder adalah cara berguling dengan meminimumkan kecederaan.rekod rolling thunder sekarang dipegang oleh saudara johari daripada poland.beliau intervene ketika kereta kelisa masuk simpang tak bagi signal kat iceland.satu luka pun takda beb.beliau dapat pow sembilan ribu polish zloty

chapter 6: sufficient measurement
-formula bagaimana nak kira duit yang sepatunya diminta (negligent + intervention = reasonable income).tak perlu tamak.hidup bukan lama.melambak lagi pemandu kereta yang cuai ok


chapter 7:enjoy responsibly
-bidang ni bukan takat nak mintak duit aje.khidmat nasihat mengenai keselamatan jalan raya kepada pemandu cuai wajib diberi agar mereka sedar akan kesilapan diri.kalau boleh buat sampai mereka menangis dan rindukan ibu bapa di kampung.potongan ayat ayat menginsafkan disertakan

chapter 8:bonus
-senarai senarai klinik panel, ruangan berkenalan dan beberapa indoor games bagi merehatkan diri di rumah selepas buat duit.kertas buku matematik petak petak untuk main kepong dan SOS disediakan

sekarang pihak penerbit di malaysia cuba melobi JKJR bagi mendapatkan sokongan moral bagi buku ini.kami percaya pemandu kereta di malaysia akan lebih berhati hati.budak budak scene ni bukan nak duit sangat.mereka cuma prihatin.

10.5.11

dibelai langsir yang ditiup angin


"otak awak macam manusia normal saja", bilang doktor.

"dah tu amenda masalahnya?", tanya aku.

"hurm...iq awak terlalu tinggi.setakat bacaan alat pengukur iq ni, iq awak adalah setinggi 1334434.03 hp.terlalu tinggi untuk sebuah otak manusia biasa",jelas doktor yang tadi beria nak balik sebab dah dekat 12 tengah malam.

"habis?macam mana ni?",tanya aku lagi.

"awak tak boleh macam ni lagi.hentikan segala pemikiran awak.otak awak dah tak mampu menahan beban yang sebegitu hebat sayang", tambah beliau lagi.

"maaf doktor.kita baru berkenalan.kita tak boleh bercinta", potong aku.

"oh maafkan saya.saya begitu teruja.ok.maksud saya tadi awak kena berhenti terlalu berfikir.senang kata mulai sekarang awak kena jadi bodoh.mesti jadi bodoh.tahu?kalau tidak otak tu akan hancur.macam buah epal dipijak kuda di ladang epal buchanan", serius doktor cakap.

aku tunduk.aku tak mahu jadi bodoh.

"tekanan darah awak 140.ini biasa untuk stage pertama", doktor cakap lagi sambil ambik sesuatu dari laci dia.

sekeping gambar.dia tunjuk depan mata aku.

"awak kenal dia ni?".

gambar bezita.

shit.....

8.5.11

ahad yang celaka kami bercinta

pagi ahad:
dah dua kali akak call aku tak angkat. bukan aku tak nak angkat. kadang-kadang aku pun tak ingat mana telepon tangan aku letaknya.

setelah mendapat sindiran berbisa melaui sms, aku pinjam dua ringgit dari maxis, aku telepon sama dia.

“hanim (adik aku yang last) masuk uitm 21 haribulan ni. dapat asasi law kat kuantan”, katanya.

“habis ni, nak makan duit aku la ni?”, balas aku.

“ha yelah apa lagi.ini kan turn kau.rasakan. hahahaha”, tak ubah macam maimon talib dera menantu yang tak berkenan di hati.

ya.budak ni memang tanggungjawab aku. salasilah menanggung adik beradik mengikut turutan. yang last ni kerja aku. aku pulak dah berzanji sama mak nak beli laptop kalau budak ni masuk U.impian aku ingin menghias rumah sewa ala ala eric leong pelan pelan di bawa angin.fade away.

tengah hari pacak ahad:
aku hubungi yu. bilang samanya aku mahu cari laptop. aku memang bodoh dengan teknologi. pernah aku kena sound dengan budak jual laptop kat PAS. masa tu aku bayar harga, lepas tu dia kata tunggu 40 minit dia nak install semua benda.sementara tu aku melantak sama nat kat bistro mahal bodoh kat depan tu.dah 40 minit aku naik.

“dah siap bang.tengok tengok lah”, katanya.

aku dalam hati, “apa benda yang aku kena tengok ni”. nat pun sama bangang jadi aku tak salahkan dia.

aku buat-buat godek sikit, tak sampai dua minit aku cakap,”haa ok lah ni”.

“macam tu aje?baik saya tipu je abang tadi”, tepet budak tu.

“alah nak balik cepat. banyak benda aku kena buat”, alasan tak kuat langsung.

“takkan kau nak tipu pulak kan”, tambah nat. nat badan besar.kekuatan dia boleh tahan.kalau alat ukur kuasa macam bezita pakai tu nak check power nat, boleh tergendala jugak la.jadi budak tu diam tak cakap banyak.

sekarang aku dah import yu. aku,awin,yu,inas kami pergi digital mall. segala perbincangan teknologi aku serah pada yu.budak dua ekor tu beli berus kuali reti lah.aku beli laptop kenit untuk hanim dengan harapan dia senang nak usung kulu kilir. rupanya  laptop mini ni takda cd drive.pandai pandai kau lah yu installkan office dalam tu. diam diam aku pinjam driller bapak yu. niat eric leong aku masih ada.

ha lagi satu,laptop aku beli dulu tu, ok je sampai hari ni.

dah petang ahad pun selamba je panas:
baki pinjam dua ringgit maxis tadi ada lagi. aku telepon mak.dua kali.tak angkat.tiba-tiba ada sms.

“ada apa abang telepon mak?”, tulis sms tersebut.

aku balas,”hanim masuk uitm tu bila?”

mak balas balik , “21hb daftar kat jengka”.

eh apahal pulak main main sms ni.aku tak selesa tambah sedikit curiga aku telepon untuk further information. bla bla bla cite pasal hanim. lab la bla rupanya mak sakit telinga.bedengung katanya.tak boleh cakap lama lama.sakit.dah datang balik sakit telinga dia.

sebagai penutup bicara kami, aku bilang,”mak, selamat hari ibu”.

 mak diam sekejap.terkedu.aku tak pernah wish apa apa.memang selalunya trend keluarga aku.kami tahu tapi kami tak wish.mungkin kami semua gangster tak main la wish wish.

“terima kasih anakku.semoga jadi orang yang baik dan bertaqwa”, balas mak tiru gaya drama tv9. kononnya nak bergurau. tapi suara dia bergetar lain macam.aku tahu itu lain macam.

“amin..jawab aku automatik. mak cepat cepat nak letak dengan suara bergetar tadi tu. sama ada effect getaran jiwa wish aku tadi ataupun telinga dia dah tak tahan aku tak tahu.tapi mak tahu.

ahad yang selebihnya:
panas nak mampos.

21.4.11

lain macam #2.

murad brek emergency."for fuck sake", katanya.gila babi la murad ni.style gila bak hang.mungkin sebab gerak khas minggu lepas ada banyak cakap omputeh.

jalan duta penuh dengan kereta.tapi tak bergerak.semua kosong.sunyi macam kampung kelola pukul 9.30 malam.beza dia kampung kelola hutan dan banyak kerbau.

"patah balik patah balik", pintaku pada murad dengan nada seorang pembonceng.

"tak boleh.aku pening kepala", jawab murad.

lailahailallah.takda ke alasan lain dia nak bagi.memang aku nak marah.tapi bila aku nampak beria benar dia picit kepala macam nak bukak buah manggis, aku mengalah.

"dah la.kau duduk belakang.aku bawakkan".

bila saat aku nak pulas throttle.

pinnnggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!

satu kali sentap kepala aku.macam otak tu getah, ditarik tegang tegang dan lepas.sakit dia lain macam!

bersambung.

apa yang kau tahu

lunchbreak.aku jarang turun lunch.aku pegang makan tengah hari jadi mengantuk.kadang kadang sebab aku dah tinggal enam posen.kadang kadang aku terperangkap.

jadi aku lepak meja sendiri dengan gaya nak buat kerja.aku selalu buat kerja masa lunch sebab tak payah angkat telipon.aku memang tak minat angkat telipon.kecik kecik dulu pun bila rumah mula mula masuk telipon, aku malas nak angkat.mesti kawan kawan mak yang telipon ajak mengumpat tak pun order barang cosway.tapi satu je pantang kat sini.jangan bukak internet.

sekali aku tekan gorila firefox ni lingkuplah semua benda.bak kata ah lim, "bende ini simple saje..".benda pertama aku bukak blog bodo ni.bukan aku nak update sangat.aku nak baca benda yang rare.kalau cerita kau nak kawin daripada tujuh bulan lepas tak habis habis punya excited aku tak baca.kalau cerita kau pergi klabing ejaan kau macam gampang aku tak baca.kalau kau perasan kau gozipgalz xoxo aku tak baca.

yang aku baca adalah benda yang kau tak dapat dalam keadaan kau pakai baju batik hari khamis, fake smile dengan orang atasan dan borak politik yang kau sendiri tak boleh nak ubah diri.

sempoi.aku hanyut baca blog.aku tak kenal langsung kau tapi cerita kau aku pun pernah rasa.macam tu la ibaratnya.punyalah pantek dia punya sempoi, aku tak reti nak explain dalam bahasa.art dia lain macam.


gaji ahad aku rasa.macam biasa aku akan jadi urban seminggu.lepas tu sampah balik.

14.4.11

lain macam.

balik dari briefing treasure hunt mk land langit hitam belah belah jalan duta.hitam lain macam.celah celah bangunan nampak klcc sama kl tower.cantik lain macam.belah kanan awan ada sikit cahaya.macam bulan.pun lain macam.

turun pusat bandar damansara sedas dua titis hujan tuju visor.murad sebagai jockey buat isyarat it's going to rain.it's going hapanya.dah rain la tu. macam mana entah isyaratnya aku tak ingat.susah macam buah tiga line.aku kecikkan badan menyorok belakang dia.supaya aku tak basah.borak volume 5.maklum la atas motor.nak kena ludah ke cakap pelan pelan.

masing masing terpana tengok keadaan yang lain macam. bila nak kona turun jalan besar,baru kami perasan.

fak...kita terperangkap dalam treasure hunt...

bersambung.

10.4.11

bengang awan nano

aku lama tak update pasal aku bengang.bila aku bengang aku tak banyak cakap.aku suka sepak barang.paling terkini sepak air oren peel fresh.besepai kotak tumpah ke tingkap dan lantai.puas.tapi kena lap la.

kesimpulannya everything comes with price.kenapa aku cakap omputeh?sebab tajuk paper harini "english works".kalau tak baca paper rujuk rajah di bawah.ini la yang orang nak kat kau kalau kau nak carik kerja.

rajah 1
english aku pun macam gampang.spekong jugak lah sikit sikit.tak spekong tu tak menjadi langsung.kalau malu nak spekong, berlatih cakap dengan tiang. dear mr.pillar, what is your biggest achievement so far? tanya je tiang tu.tukar tukar la soalan.lepas tu jawab sendiri.

simpanan.sampai sekarang aku takda simpanan.sampai sekarang jugak jetski aku tak repair repair.aku bukan la kaki joli pun.nak pegi kelab malam pun aku malu, apatah menari.bulan ni kontang sebab pindah rumah.habis, apa aku nak reply sms kat bawah ni?


rajah 2
besok isnin.sekarang aku ingat nak sepak iron.biar rosak.besok pegi kerja baju konyok.baru puas hati aku.lepas tu aku nak sepak tiang flyover biar semua orang tak boleh pegi kerja.nak sepak kepala sendiri tapi tak boleh.konon konon nak bangun pukul tiga buat kerja.zaman sekarang muse pun tahu nyanyi lagu ali baba eh.