15.9.12

apakah itu pembangunan sumber manusia berhad dan hrdf



kali ini aku nak berkongsi sesuatu yang lebih bermanfaat. kau tahu pasal pembangunan sumber manusia berhad? orang panggil psmb tu. kalau nak town sikit orang panggil hrdf. hrdf tu human resource development fund. samalah tu. hrdf tu produk psmb. ibunya akta pembangunan sumber manusia berhad 2001. alah yang kena bayo levi tiap tiap bulan tu. tak tau lagi? berapa lama jadi orang hr ni? macam mana nak jadi tokey besar ni?? ada hati nak jadi co sec daftarkan company orang?? ajje gile.

ini la masalahnya. epf socso tau belaka. hrdf tak tahu. takpa ni aku kongsi sikit apa aku tahu. pasal sejarah nanti lah aku cerita. cerita awal awal kang tak sedap lah. buku teks sejarah pun dia letak gambo kat first page. takut orang tido.

begini. mula mula aku nak cerita siapa yang diliputi (gila bahasa kerajaan ni) bawah hrdf ni. kalau memenuhi requirements di bawah, haa kena la tu. tengok jadual kat bawah nu ha.

Sektor
Deskripsi Aktiviti
Kelayakan Majikan
Tarikh kuatkuasa

Perkilangan
Pembuatan atau pemprosesan supaya bahan tersebut dapat digunakan, dijual, diangkut ,dihantar, dilupus, temasuklah pembinaan kapal dan pemasangan bahagian-bahagian kapal
50 pekerja
1/1/1993
50 pekerja &
modal berbayar
RM 2.5 juta

1/1/1995

50 pekerja &
modal berbayar
RM2.5 juta 
(kategori pilihan)
 

Tarikh
pendaftaran


Servis

Perhotelan, Pengangkutan Udara, Pengendalian Pelancongan, Telekomunikasi, Penghantaran Angkutan, Perkapalan, Pos/Kiriman Cepat, Pengiklanan, Perkomputeran




10 pekerja






1/1/1995

Tenaga, Latihan, Pendidikan Tinggi


10 pekerja

17/2/2000

Jualan Langsung, Pelabuhan, Sokongan dan Penyenggaraan Kejuruteraan, Penyelidikan dan Pembangunan, Penggudangan, Keselamatan, Hospital Swasta






10 pekerja






1/1/2005
Pengangkutan Darat Perdagangan, Pengangkutan Kereta Api


10 pekerja


1/12/2007
Pasar Raya Besar
50 pekerja
1/1/2005


dah diliputi tu kena buat menda? kena daftar la wehh. dah jadi wajib tu. daftar senang je isi borang 1 campur dokumen sokongan yang basic basic tu lah. 9, 24, 49, epf/ socso statement. pentingnya kena tahu hrdf ni sebab tarikh kau kena bayar tu bukan ikut tarikh kau daftar. tapi tarikh akta tu menjadi berkuatkuasa ke atas kau. contohnya, kau ada lapan kapal terbang dan pengangkutan udara tu la bisnes kau. kau ada 10 orang pekerja warganegara Malaysia awal tahun ni. maknanya di situ dah jadi wajib untuk berdaftar. kena daftar awal tahun dulu sepatutnya. kalau kau dah jadi wajib tapi kau loklei loklei tak nak daftar lagi, ha mendapat la nanti. jangan kata tak tahu, aku dah bagitahu ni. tak nak daftar tak nak bayar nanti kena kena dakwa kena kompaun kena jel dengan geng geng kementerian, aku tak nak campur.

yang kena bayor bayor levi tu amenda pulok? ok kalau company kau dah jadi wajib sebab diliputi di bawah akta, dia kena daftar lepas tu bayar levi. levi ni kena bayar tiap tiap bulan. alah macam epf socso tu jugak lah. nak mengiranya senang je. 1% x basic salary + fixed allowances semua pekerja warganegara Malaysia tu. kalau o.t ke mileage ke jangan la campur sekali. tu bukannya fixed. kang tak pasal pasal kena bayar mahal. lepas tu bising. eh chop. ni bukan potong gaji pekerja tahu. ni company yang bayar.

amboi amboi amboi. apa kerajaan ni bang. itu nak kena bayor ini nak kena bayor. macam mana rakyat nak maju? company company hak sedang sedang ni macam mana nak hidup? makan duit rakyat ke apa? ni lagi apa pasal kira warganegara Malaysia pulak? cukai foreign workers pun kena bayor ni orang kita sendiri pun nak cukai ke?haa??haa???

ha itu la kau. itu la dia. iiiiituuuuu la dia. tau nak mengamuk aje. jangan mengamuk. episod akan datang aku cerita kenapa  kena daftar kena bayar semua ni. simpan dulu amukan tersebut. aku nak tengok cerita cina tibi dua ni.


1.9.12

sampah dari draf

benda yang tak habis dan basi. dikeluarkan supaya jadi tapai pulut dan tak bertajuk:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
i.
beginilah.bila aku tiada nanti, bilang sama semua orang aku pergi berunding dengan raksasa pemakan tenaga letrik itu. aku tak akan beradu tenaga dengan sang suria. kerana seseorang tak perlu bertarung apabila pertarungan itu bukan miliknya. kau pulak berhenti menipu. pergi ke sekolah. belajar supaya kau tahu apa itu dunia. rasa apa yang orang lain rasa. jangan malu kelak nanti kau jadi seperti aku. ini topeng plastik. pakai supaya dapat bermuka muka. kerana hidup ini adalah tentang diri sendiri jua akhirnya saat kau jatuh dan dijatuhkan. bila tiba saat itu kau tekan butang reset pada alat kawalan ni.bas aku dah sampai. nanti bila kau nak pulang akan aku pesan sama ibu untuk buatkan kuih bijan rangup. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ii.
lalu kau tanya dalam hujan ke mana aku nak pergi. aku berpaling meninggalkan kau dengan plastik merah berisi tiga biji buah mangga. trafik sesak buat aku tiada masa lihat cermin pandang belakang kerana penuh kenderaan kiri kanan longkang. terkenang foto pertama kita di hagia sophia semasa kau masih berambut panjang dan sedikit kerinting di hujung. sengaja kau buat untuk keluar dengan ku aku tahu. tabiat kau susah senyum dan muka garang buat aku senyum seorang.dan aku lambai tangan kanan tanda ikhlas. lalu aku bergegas menjadi kelindan memburu harta. satu haram duit aku tak keluar. dan bila pulang ku hulur wang tunai, mesen basuh, tv lcd dan mangkuk corning untuk kau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
iii.
dah lama aku tak dapat sesuatu yang baru.ia membuatkan aku terasa lama.



28.8.12

baca buku cerita

ini buku cerita aku masa darjah tiga. terjumpa masa balik raya. buku ini diterbitkan pada tahun 1986.jutaan lionan kredit kepada penulis kerana otak yang canggih pada tahun tahun tersebut.genius.







 
nah. apa cerita happy ending. ini baru thrill. apa yang dibaca kecik kecik dulu sedikit sebanyak mempengaruhi tumbesaran kita. aku lebih suka jadi sotong kurita raksasa daripada jadi nikmat yang hensem tu. kena karan dalam laut. cerita cerita lain pun power. betul. kalau ada rezeki nak je aku sambung cerita sotong ni.

*karya ini nyatanya adalah hak milik penulis dan penerbit. paparan ini hanyalah untuk tujuan ilmiah semata mata.

23.8.12

usah la abang membuang waktu mari menuju ke rumah bonda.

"aku pun dah tunang," kata ijan.
"ahh pedo'oh," simpang aku.
"sumpah?"
"sumpah."
"wallah?"
"hehehehe," ijan gelak monotone."tapi betullah".

kalau macam tu betul la tu.dah tahu betul cakap je lah wallah tadi. masih mahu bermuslihat. as cunning as a fox.

"habis kawin bila?"
"tahun depan la rancangnya" balas ijan yakin.
"banyaknya duit kau. aku pun nak kawin. tapi aku takda duit."
"aku bukan banyak duit pun.tunang aje dulu.nanti kumpullah seberapa yang ada sebelum date kawin tu."

shhyplekkkk...(ini sound effect).
salah satu lipatan di otak aku terbuka lalu timbul kefahaman terhadap konsep tersebut dan bolehlah dikira sebagai inovasi yang menyahut kempen kerajaan najib.

lalu kami tiba di mamak yang nat bilang seberang big 10. seberang apa. jauh kot dengan big 10.ada jalan, ada terminal bas, ada roundabout, ada rumput, ada ekspo, ada jalan lagi. agaknya geng geng ukur tanah suka ambik jalan mudah.

lalu nampaklah nat tengak berborak dengan akmal (menurut ijan). sebenarnya itu adalah bon yang berpenampilan kemas setelah berkecimpung dalam bidang insurans menurut jejak ain caldina andak pudin.fuh panjang nama.

17.7.12

bukan salah bancuh

burung kepit celah kangkang
halus langkah halus gagah
rumput tumbuh atas bidang
pimpin tangan pegang pinggang

hello
luas sudut luas rezeki luas kurnia
tunasnya kamu penuh duga
suteranya kamu diberi tempat
segala keji keji ke atas kamu lain tiada berkat

lihat kutub kutubnya
utara utara tiada cinta
selatan selatan tiada nafsu selera
tanya dia
itulah panduan
fikirlah haluan

tiada karut untuk kamu bilang terperangkap
tiada lemah untuk kamu bilang takdir
sedang kamu semakin merimbun
sedang kamu semakin berhalkum
sedang kamu berkhatam dan sudah khatam

lalu kamu sekawan kuda
setuju pesong itu lurusnya
ajaib akal ajaib terbang
ajaib kata telanjang lalu kamu telanjang
tekadnya kamu untuk hak perasaan
ceteknya kamu terhadap kesan

lupa jalan di dalam taman
lalai lali salahkan syaitan
enam kosong terjaga dari mimpi
kalau diberi peluang tak habis bateri
bangun cepat sempat lagi

13.7.12

acu kuih karipap.

                                baru-baru ni aku tak bercakap sangat. kau pernah cabut 7 batang gigi? ha diam.

belah atas saja tak campur bawah & belakang sekali. macam mana entah nak rotate gambar ni.