27.8.14

budaya baru.

adalah satu kejutan budaya bagi aku di tempat majikan baru. semua orang meeting bawa laptop masing masing. dan keletap keletap jari masing menaip masing. bos bercakap di depan. aku rasa macam comel je situasi ini. memandangkan aku tak banyak sangat deal dengan orang apalah sangat aku nak sibuk bawak laptop.

hari ini aku bawak. aku update blog. hihi. hihi. macam gampang. walaupun aku hanya tulis hihi. apa kejadah meeting macam ni. pada aku, hampir 4 tahun di bawah kerajaan, kerajaan memang mempunyai gaya dalam meeting. cuma selalu merapu ke benda lain. syarikat macam ni ringan ringan je meeting. sambil sambil meeting boleh buat kerja. tapi kadang kadang kesian kat bos. hihi. (adakah aku masih dipengaruhi budaya kerajaan? adakah aku acah acah prihatin?)

12.6.14

cakap sa-orang diri.

tahukah anda, proses untuk menyayangi seseorang, sehinggakan bau dia pun kau rindu, adalah satu proses yang serius dan panjang? apatah lagi kehilangan.


28.4.14

sepeninggalan

aku pernah tengok di dalam wayang. katanya kita mati dua kali.pertama ketika ditanam. kedua, ketika orang kali terakhir menyebut nama kita. maka kita akan mati selamanya dan dilupakan. sebagaimana yang telah dilupakan.
bagi yang sentiasa dikenang, mungkin orang orang yang istimewa. dan orang orang istimewa ini tak selalunya minta dikenang. jadi mereka hanya mati sekali.
dalam ingatan tulus ikhlas abah tersayang.
16/12/1946 - 20/04/2014.
Al-Fatihah.

14.11.13

dari sisi pembahagi jalan.

tiap kali adik perempuan aku cium pipi aku, aku berasa aneh. macam mak. mungkin dia adalah jelmaan mak.

aneh. dalam dunia ini masih ada yang sebegini sayang sama aku.

16.10.13

tak reti bercinta

aku ambik telefon pintar aku taip mesej kepada makwe yang baru aku kenal.

"satu hari nanti lu kena teman gua pergi kelantan. gua nak bergambar macam faizal hussein".

"kepala hotak kau". balasnya ringkas.

perempuan memang takda art. teruk betul.

14.10.13

antagonis.

sekarang aku adalah orang jahat dalam cerita ini. sebenarnya aku adalah orang runcit yang memperjuangkan hidup sendiri. namun tiada siapa tahu dan semuanya mengecap di dahi aku sebagai orang jahat.

aku juga adalah seorang jahat yang tenang. tidaklah aku campuri urusan kamu. dan juga kamu. yang aku tahu, aku dan bahagian aku, aku dapat. mungkin minda kamu tidaklah begitu baik sehinggakan gagal memikirkan benda yang baik baik.

9.10.13

tamakninah.

baru-baru ni mak datang ke kuala lumpur. sebagai anak yang rindukan kasih seorang ibu, dengan pantas gua muncul di rumah akak lepas kerja. lalu aku berborak dengan mak yang merungut sakit pinggang. kakak, anak buah aku yang paling tua darjah 4 sembahyang maghrib.

"ah budok ni!semaya takde tamakninah lalu! menyambung je bergerak nak deras ke mana tak tahu!", sound mak dalam bahasa ibunda jerantut tercinta.

kakak dah siap sembahyang tersengih-sengih hidung cengih. "alaaa wan ni..betul la kakak sembahyang tu.."

"tak boleh la begitu. nabi kabo pencuri hak paling jahat sekali, orang mencuri dala semaya. rukuk sujud entoh kemana-mana. bla bla bla". orang jerantut dia cakap "m" dgn "ng" tu tak bunyi sangat. sebab bercakap meleh-leleh kot.

lalu aku tanya mak. "mak, masa kecik kitorang dulu (merujuk kepada 20++ tahun lepas), mak membebel macam tu tak kat kitorang?"

"dak jugek. ustat deme kemaghe mengajo molek". jawab mak.sempoi. maksudnya tak jugak.ustaz korang dulu (kemaghe-kelmarin) ajar elok.

lantas aku berfikir. kalau dulu, ustaz yang elok ke budak-budak yang tak bebai macam sekarang ni. teringat aku tenaga pengajar masa fardhu ain kecik kecik dulu. ustaz abu. memang molek dia mengajar. ada satu ustazah tu aku dah lupa dah nama dia. kecik kecik suara halus. dia akan bawak kitorang lepak kat bawah pokok, dia cerita kisah-kisah nabi. ada jugak yang main-main kat pokok tapi end up semuanya dengar. indahnya zaman tu.

hah. dua hari kemudiannya mak suruh aku hantar dia balik kampung. dia malas balik sendiri sebab pinggang dia tak berapa best katanya. aku kata on dengan syarat, mak isi minyak. ini tengah bulan mana ada wang. seperti diduga mak sound tepet tapi dia tetap hulur juga. dalam kereta ternganga dia tidur.