21.2.11

dunia ini buat kau hilang art.


ini bukan dunia aku.dunia aku ada scene dia.aku boleh flashback.satu satu scene dunia aku lalu macam slide show.pastu hilang.pastu ulang.macam scene turbo flower power pulak.

ini betul-betul lain.jadi ini adalah mimpi.

aku tak suka dengar lagu lagi pagi pagi.bila bawak remy aku tutup radio.buto.mana mood aku ni.

pagi tadi pun aku mimpi 2 siri kejadian berlaku ke atas remy.series of unfortunate events la tu gamaknya.mula-mula ada orang yang memang aku tak suka bawak remy pastu gesel pintu remy kat satu moto.bodo.dah la aku tak suka kau, bawak la elok elok.

kendian remy punya body kena curik masa aku nak bungkus makanan.ada dua brader duduk atas remy yang tinggal rangka dan tayar.aku dengan gaya terkejut bukan fake tanya duo tu, "kena roket?"

diorang jawab, "bukan.sebab nak 20,000 dah.kena servis sekarang.nak body kena hantar servis dulu.nak sekarang kena bayar".

aku panas je tengok gaya dua brader pakai baju ijau katak pisang tu.

aku kata, "ahh apa pulak nak kena bayar.suka hati aku la nak servis bila.nanti hantar la.belum sampai lagi pun".

yang panjang sikit tu jawab, "ha mampus kau.nak ambik body nanti datang bawak duit", sambil melangkah ke dalam kereta diarong.teksi saga merah putih.

aku mencarut sorang sorang, "apa pulak macam ni!" sambil tetonggeng tengok nombor plat teksi tu.JCI 1179.(sapa nak tikam ekor ambik nombor tu).konon konon ambik pastu repot polis.

tiba tiba si panjang tu keluar.dia rangkul leherku lalu bedebuk bedebuk.dua kali tumbuk rusuk.

aku terjaga.itulah kick yang aku cari.sakit sial badan aku bila aku bangun.boleh tahan penumbuk panjang tu.

jadi sekarang aku kembali pada mimpi stage satu.mimpi yang duit dalam bank aku ada lapan ringgit lebih.aku tak nak lama kat sini.dunia ni buat aku takda art.otak aku penyet dan buntu.aku sentiasa bad mood.yang aku konfiden ni mimpi sebab aku dah lama tak jumpa gasing.tudung saji berbentuk kon pun tak berpusing. 

moga moga bulan depan aku boleh merempit kembali.kolumpo.aku cabar kau.

9.2.11

koperasi kapsul





sejak waras si jet ski kejang otot & enggan bergerak, aku terpaksa memandu remy si hoverkraf.bagi mat jet ski seperti aku, memandu hoverkraf bukan perkara yang menyeronokkan.tiap-tiap hari kena bangun awal.kena hadap jem,kena bayar tol,kena bayar parking.waras tak begitu.ada jalan motor, boleh selit-selit,boleh parking kat bawah.

jadi aku harap bulma & bapaknya bukak branch kat malaysia.kalau boleh kat kota kemuning.aku nak order kapsul hoverkraf, toilet, mesen atm dan kedai makan noorizan gerak 21.yang lain-lain aku fikir dulu.sebijik tu mahal aku dengar cerita.

3.2.11

sifat ingin tahu seorang pembodoh.

pukul 10 lebih malam tadi aku dah tertidur.disebabkan life aku yang takda life sekarang, hari raya cina pertama aku pergi opis.sebagai orang pertama sampai, aku dihadiahkan sekuntum ceramah tentang corak parking di depan lobi.memang pacik guard tu dah lama aim aku kerana sikap aku suka parking kat depan.memo memo memo tak habis ulang benda sama.aku sengih je lah.benda bukan tulis nama orang pun.dah nampak kosong caru je lah.customer customer.ni bukan kedai makan.yang datang pun orang banyak duit.takat bayar parking rm3.50 sejam kat manu tu tak jadi hal kot.kot....

ambik kunci tingkat dua.tonet tonet tonet dah pukul 11.lepas photostat satu surat aku nampak pintu keluar.pintu kecemasan.aku dah lama berminat dengan pintu tu.haritu aku penah bukak sekali.sebab aku ada bau rokok.aku ingat ada orang hisap rokok kat tangga kecemasan tu.boleh aku join tak payah turun bawah.tapi aku usha kejap haritu takda orang aku tutup lah.

memandangkan hari ni takda orang,aku bukak pintu tu lalu aku masuk.laaa ok jugak tangga ni.awat laa diorang tak hisap rokok kat sini.tak payah turun bawah.aku pun membuat draf soalan untuk ditanya pada senior senior isnin nanti dengan tajuk "kenapa tidak merokok di tangga kecemasan".setelah berpuas hati, aku pun nak masuk balik lah opis.bila aku nak bukak balik pintu tu..

damn donkey kong country.pintu tak boleh bukak dari luar.boleh bukak dari belah opis aje.

aku menggelabah beberapa minit.nak korek pakai kad ke?ehh tak boleh..nak menjerit mintak tolong? tak boleh.. kalau lemas boleh la.gigit lidah sampai putus lalu mati? tahan nafas sampai mati? jangan...

lalu aku turun tangga ke bawah dengan perasaan "tolonglah ada jalan keluar yang boleh keluar".nasib baik access card ada kat leher.biasanya kalau berlegar-legar dalam opis aku campak dalam laci.akhirnya aku sampai pintu bawah.ada meja lintang pukang,baju pak guard jemur dan beberapa obstacles yang tak logik ada.keluar belakang cafe lompat pegi basement.

sekarang ni aku fikir, betul ke design pintu tangga kecemasan macam tu? buatnya ada kebakaran lepas tu orang lari ikut tangga kecemasan.tiba-tiba kat tangga kecemasan ada monster.orang tadi nak lari masuk dalam balik tak boleh.mati la semua kena makan dengan monster.ke aku yang silap.tapi ye lah aku mengaku la silap jugak.draf soalan tadi aku kunya-kunyah dan telan.

27.1.11

ubatnya mandi.

penat sampai nak muntah
penat sampai hilang lapar
penat sampai lutut longgar

moga bangun pagi hilang penat malam tadi

lalu diulang kembali
dan lagi
dan lagi.

22.1.11

pengalaman marko marin

kalau takda masa maksudnya masa tu berhenti.tak ada.kosong.jadi aku tak boleh guna alasan takda masa.yang hampir tepat adalah buang masa.masa tu ada,tapi kena buang.dicurah kat fifa manager aku rasa.binatang punya game.moga moga aku cepat bosan dengan game tersebut. takda lah masa aku terbuang dan boleh menguruskan kehidupan seperti biasa.tapi kenapa nak tunggu bosan?kenapa tidak sekarang?

2 minggu sudah baru aku nampak cik razak.bini dia baru meninggal sakit.lama dia cuti ni baru masuk opis.anak anak dia takda besar mana lagi.sayu aku tengok tapi aku tahu dia seteguh karang punya orang.aku nak jugak borak dengan dia.tapi tak terluah.perasaan tu sama macam aku dengan bapak aku.tengok dia macam kesian.nak berborak pasal kekesianan dia tu cukup susah.mungkin kami memang bercakap dalam hati.ha sekarang ni mungkin bapak aku dengar apa yang aku cakap dalam hati.kat 3 bulan dah aku tak balik jenguk dia.rilek je bah.gaji masuk kali ni bedesup aku balik.

futsal tournament ksm minggu lepas kami psmb c melangkah.tapi bukan melangkah.melangkah tu macam skip satu dua step.kami layak ke final.berbekalkan 3 orang penyokong dan kamera telipon, kitaorang lawan satu satu.lowerdog la katakan.kalah final pun sebab kitorang tengah hisap rokok sambil kutil kutil batu jalan tiba tiba kena main untuk final.yang penting aku ada gol tanduk paras keting.gol paling sangap untuk tempatkan nama dalam scorer list.

kelemahan produktiviti bekerja aku ialah lunch.bila aku lunch aku jadi insan yang tak berguna.aku insan yang lemah.hanya mampu berserah.bila lunch mata berair kepala jadi berat.ya Allah mengantuk gila.nak nak pulak tak dapat hisap rokok sambil cangkung dalam toilet.lagilah tak sedap badan.aku cuba ajukan masalah ni kepada najib.aku ada sms dia.tapi aku suruh maxis padam sebelum sampai kat dia.takut nanti dia cancel lunch break untuk satu malaysia.kesian kat orang lain.lalu aku mengambil jalan aku tak makan tengah hari.habis malas buat kerja pun,pegi hisap rokok sampai perit takpun main pingpong.

sekarang sabtu kat pukul 11 pagi.aku tak mandi mandi lagi dari semalam.patutlah aku hilang keyakinan kat acha sepriatasa kat kedai bawah tadi.

mandi.

1.1.11