1.8.11

satu remdan

ketua kantin: satuuuuu!!!
rakyat jelata: ramadan!!!
ketua kantin: satuuuuu!!!
rakyat jelata: ramadan!!!
ketua kantin buah last: satuuuuu!!!
rakyat jelata: ramadan la wehhh!!!

begitulah bersemangatnya warga kilang bantal kekabu di endau rompin selepas berbuka puasa. kelihatan 15-16 budak budak muda beransur mengelat tak nak teraweh. ketua kantin hanya geleng kepala. tak mampu berbuat apa apa. namun dia berazam mengubah approach berbaju batik kepada sesuatu yang boleh menarik minat orang muda. mungkin menganjurkan pertandingan meriam buluh selepas teraweh. atau menjemput maher zain jadi imam.

bagi aku remdan kali ini sedikit berbeza. kerana remdan lepas aku kakitangan pencetak baju yang bekerja ikut time U.S. siang remdan tidur.petang cari makan berbuka. malam sampai subuh bekerja. kegiatan bertumpu sekitar jalan cangkul dan kota kemuning. nama pun kerja time U.S. nak teraweh memang sempit masanya.

sekarang aku kuli di pejabat gomen yang berhad. sekali nak guna nama omputih sekali nak guna nama melayu. kecelaruan identiti. buat iklan dalam paper melayu makan half page, tapi dia tak pasal pasal bahasa omputih. ah raban kecelaruannya.

jadi kuli pejabat lain macam remdannya. tak sahur kerana pentingkan tidur, jam tiga petang dah sasau. aku fikirkan aku seorang yang kebal. rupanya aku lapar dan gagal mengkulikan diri dengan baik. stoned depan pc. cina sebelah pun nak lempang aku.

remdan ni memang art dia lain macam. selain pada kau boleh buat pahala, dia punya feel lain macam. nak nak pulak malam. malam tu rasa panjang. kau rasa happy ja. kalau hari biasa, pukul 11 dah berkira-kira nak tidur.kadang kadang bad mood nak tumbuk orang. tapi bulan remdan punya art, kau relax.

pagi bangun tidur tu je yang potong. dah jadi tabiat bangun pagi cucuh rokok dan berak. bila remdan, ketar bibir sampai ke bontot.

ahh dah la.nak makan kuih atas meja. kena banyak minum air masak.

2 comments:

  1. haha.. susah nak bangun sahur! tidor itu penting. pastu minom air byk giler asek nak kencing jekk. adoii.. membazir air yg telah diminom!! selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  2. klu sahur minum air byk nanti potong masa tidur.nak terkencing aje.rugi!

    ReplyDelete