waktu huruf "w" ini ditaip adalah jam 7.31 pagi hari sabtu. di dalam bilik air, komputer riba di atas riba sementara penyahtinjaan yang berjalan tidak berapa lancar akibat maggi goreng mamak yang cuba aku buat macam mamak malam tadi.
kenapa riba bukan peha? kerana riba adalah peha belah atas masa kau duduk. sebab tu orang panggil komputer riba bukan komputer peha.
dunia fesyen yang aku ceburi (bukan kerjaya sebenar) telah mengambil 3/4 daripada masa hidup aku. aku nak update team fantasy football pun susah. maklumlah nak pertahan kejuaraan sambil tak nak rugi dua ringgit tiap minggu.
berbalik kepada masa yang hilang. buktinya jam tangan aku dah jadi lambat. padahal bateri baru je tukar dua dua beberapa bulan lepas.
pesan gertrude ederle ketika kami sama-sama berenang merentasi selat inggeris, "apabila masa dunia sudah memintas masa kamu, maka tiadalah apa yang kamu dapat lakukan selain daripada mencari peluang dan kecuaian masa. di situ lah loophole akan muncul dan kamu akan dapat mengejar dan merampas kembali masa itu.
simptom-simptom masa hendak memotong kita berlaku begitu semula jadi. jarang sekali manusia sedar akan perkara-perkara seperti ini. sebagai contoh, anda sedang sibuk mereka fesyen musim sejuk, lalu anda berasa penat. anda berehat sebentar, terlayan perasaan, mengelamun.habis.habis anda beb. hilanglah masa anda seminit dua kepada masa dunia. masa tu, anda cakap anda awal ke, jam anda betul ke, satu dunia tak kan percaya.siapa yang percaya anda. semua orang ikut jam dunia.
terlupa, terlelap, tertinggal semuanya sama. tapi masa takkan bunuh manusia. dia hanya bunuh perasaan. bergantung kepada orangnya. kalau tak sedar jadilah robot. zap zap zap. masalahnya susah kalau nak cari kecuaian masa. dia bergerak tak henti. satu-satu kelemahan masa adalah suasana ketika pergerakan masa. rujukan boleh dibuat berdasarkan buku time thieves dan hanya boleh didapati ketika masa-masa senggang dekat senja. kalau jam anda lambat, pergilah pertama tukar bateri baru.
No comments:
Post a Comment