dari cahaya polos di dalam selimut hingga ke bingkai bingkai gambar di dinding. bila kali terakhir kamu lihat pemimpin sebenar. jasad dan roh tiada sekelumit benci. sokongnya tidak diumpan dibeli. naiknya tak pernah mengangkat diri. pesaing bukan musuh sejati apatah lagi memburuk burukkan. khidmatnya tidak membelenggu. bilakah kali terakhir kamu melihat pemimpin sebenar, selepas tuhan tidak lagi pilih untuk kamu.
apakah menjadi pemimpin itu sebuah cita cita. apa yang cuba dibuktikan melalui cita cita itu. adakah manusia perlu berusaha keras yakni melakukan apa saja untuk menjadi pemimpin. jika kamu bercita-cita menjadi pemimpin, bagaimana dengan orang lain. mahukah mereka dipimpin kamu dan mampukah kamu menjadi kepala. dan apa benar kuasa hadiahnya.
sesat sebentar adalah lumrah. lalu tercipta satu sistem suci dengan membuat pilihan. agar dapat mendapat persetujuan siapa yang layak membawa kamu kepada setiap hajat. seorang pemimpin dijulang julang. apa hajat kamu semua sama? lalu kitaran yang sama berulang dan kegilaan untuk menggapai cita cita sebagai pemimpin menjadi jadi. bila sudah gila bagaimana mahu suci.
sesat sebentar adalah lumrah. pada kulit belakang ada lipat lepat. dicantum gambar, dapatlah pemimpin yang sebenar. sementara itu, sesat sebentar adalah sebuah pilihan.
No comments:
Post a Comment