sejak terpaksa bertanding untuk pejabat dalam konvensyen kreatif & inovatif atau KIK peringkat wilayah, aku selalu balik lambat melayan matnor, si ketua kumpulan. sebab apa aku cakap melayan? sebab aku memang jem pasal tools yang digunakan. kalau takat sembang mulut aku boleh la.ni nak pareto bagai mana aku nak tau. lalu pada satu masa renggang di antara maghrib dan isyak, matnor berbunyi.
"ahh pou ni lapar la pulak".
aku dalam hati apa cerita la orang tua ni main pou. aku yang belia remaja ni pun tak main. untuk makluman matnor sudah pertengahan 30-an anak sorang. beliau memang berpewatakan pertengahan 30-an.
"macam mana nak bagi dia makan matnor?", aku tanya memang aku tak tau pun. sambil sambil tu aku nak menduga knowledge matnor tentang pou. adakah dia memang into it, atau pun sekadar poser pou.
"haa nak bagi dia makan kena macam ni..kadang-kadang aku susah payah beri dia makan, dia tak nak pulak. buat penat aku je. lemak betul. kalau dia macam dah gemuk ko kena bagi dia bersenam. bagi dia main bla bla bla.....".
ok dia power. aku syak dia dah carried away dah ni.
"asal ko boleh minat pulak main game ni pulak?"
"anak aku la yang main. ni dia takda duk ngan mak dia. aku la yang kena jaga. haritu orang rumah aku telipon semata-mata nak tanya pou dah bagi makan ke belum".
untuk makluman, orang rumah matnor posting kat sarawak dan anaknya kadang di kampung kadang di sarawak. tinggal la matnor sorang sorang kat nilai jaga pou.
pada hati aku, matnor memang bapak yang bertanggungjawab.
*********************************************************
kebetulan masa aku masuk simpang flat aku yang menyamar sebagai apartment elit, orang di masjid masih lagi berjemaah isyak. lalu aku park tepi tempat ambik air semayang ala-ala cub prix sebab nak kejar takut tak dan. memang dah lama aku nak join, tapi tak dan dan juga kadang kadang ada sebab yang tak sedap nak cerita kat orang. aku bukak kasut sorok dalam raga motor ambik air sebahyang masuk dalam.
nyaman.
masa kecik aku dulu aku memang pening bau minyak atar. tapi bila masa masa begini, bau minyak atar yang ringan match dengan ambiance nya.
patutlah orang suka berjemaah biarpun penat balik kerja lewat atau lain lain. ia menenangkan.
*********************************************************
singgah jap kedai uncle. oleh kerana aku dah bosan makan nasik dan sisa-sisa ayam goreng petang tadi ada lagi dalam perut, aku beli makanan yang sempoi bak hang je. air soya kotak besar, roti kelapa & eskem traffic light. masa nak bayar aku kena tunggu turn sebab ada akak bawak anak dalam umur tiga tahun beli biskut meri timbang dua ringgit. akak tersebut juga beli sugus dua bijik untuk anaknya.
*********************************************************
tulisan yang bosan ini sebenarnya cuba menyampaikan satu meset (bak kata awin). hargailah kehidupan dan juga perkara perkara kecik yang lain, kerana ia sangat bermakna pada sesetengah sudut, ataupun pada orang orang yang tertentu.
No comments:
Post a Comment