abu tarik tangan murad.
"nak sembunyi mana?", tanya murad. abu toleh kiri kanan.
"bawah. bawah jeti. turun perlahan lahan". mereka rendamkan badan ke dalam air, meranduk selut ke bawah jeti. dari celah celah papan mereka lihat lelaki lelaki itu masuk ke dalam bot. bau rokok suria menerawang ke udara yang tadinya nyaman.
"pantas. kita kena check-in pukul 11", tegas lelaki yang agak tegap badannya. mungkin dia kaki gym. kuat main besi dan minum protein. enjin bot menderu. dalam lima minit, mereka hilang dalam bayangan malam.
spat spat spat. langkah abu dan murad dengan kaki berlumpur menghala ke pintu rumah alice yang tak tertutup pintunya sejak tiga lelaki tadi keluar. sunyi, tiada sebarang getaran bunyi dari dalam rumah.
"jangan masuk. kaki kita kotor. tengok dari luar saja" , pesan abu. murad angguk tanda faham. tak semena mena, muka mereka berdua pucat. seorang wanita terbaring di atas karpet berdarah di dahi. di atas sofa, seorang lelaki tertiarap dengan kepala berlumuran darah. di tangannya sepucuk pistol terpasang silencer.
"encik! puan!kamu tak apa apa?! kami tak boleh masuk. kaki kami kotor. hello!!!encik?! puan?!", tanya murad dengan suara kuat tetapi di kawal tonanya. senyap tidak berbalas. "dah mati ke encik?! puan?!".
"dah matilah bu..patut lah tak jawab salam mula mula tadi..habis kita nak buat apa ni?", tanya murad pada abangnya. sambil menggigit kuku yang agak payau dengan air tasik.
puk! abu melepuk kepala murad. "kau ni pun satu! alice kan cina. memang padanlah bagi salam tak berjawab! kejap kejap aku cuba berfikir. mungkin mereka ni ibu bapa alice. hummmm kita telefon polis! eh tak. kita cari alice dulu", cadang abu.
sampai kering tekak mereka menjerit nama alice. lalu mereka buat keputusan untuk mengayuh pulang. kedua duanya tidak bercakap semasa menunggang basikal. fikiran masing masing melayang di udara. pertama kali melihat orang mati tertembak bukanlah satu pengalaman yang mengujakan. mereka singgah sebentar di pondok telefon awam untuk memaklumkan polis. murad buat suara rosyam nor untuk tidak dikenali. lalu pulang naik ke rumah senyap senyap.
No comments:
Post a Comment