[people chattering]
mazlee menuruni anak tangga yang terakhir. dia menjengah kepala di sebalik dinding berbatu kasar di sebelah kanannya.
seorang wanita yang mengepalai meja sedar akan kehadiran mazlee. mukanya kelihatan sedikit terkejut.
krottttttttt.
bunyi kerusi yang ditolak pelipat sambil dia berdiri.
bunyi kerusi yang ditolak pelipat sambil dia berdiri.
ahli ahli meja yang lain berpaling ke arah mazlee.
[mute]
mazlee berasa aneh. memikirkan bahawa dirinya tidak terdedah kepada apa apa bahaya pada ketika itu, dia memberanikan diri berdiri berhampiran dengan meja lonjong tersebut. tapi tangannya digenggam kemas. kalau jadi apa apa, dia hempuk aje yang mana dan.
akhirnya awak dah sampai.
ujar seorang lelaki dalam lingkungan 40an duduk selang dua orang daripada wanita yang masih berdiri itu. pakainya macam seorang pengakap. barangkali cikgu yang baru balik daripada mengajar koko.
apakah...(what the...) kenapa saya di bawa ke sini? awak semua ni siapa?
tiada siapa yang bawa awak ke sini. awak sendiri yang kata yang awak akan datang hari ini.
jawab wanita berdiri dengan suara yang lembut.
lagilah mazlee berasa aneh. kenapa mereka semua seperti sudah mengenali dan menjangkakannya. adakah mereka semua pernah menjadi penumpang grabcar part time mazlee? kalau betul pun, apa isunya. ataupun pernahkah dia berbuat dosa kepada orang orang ini?
sementara itu, otak mazlee mengimbas dosa dan kesilapan yang pernah dilakukannya terhadap orang lain, sehinggakan dibawa ke sebuah bilik bawah tanah. tipikal pemikiran manusia cuak. banyak juga dosanya tapi rasanya tiada yang berkaitan. dosa dengan tuhan mazlee tolak tepi.
habis yang berkuda kuda tadi apanya?? suaranya sedikit ditekan.
wanita itu tersenyum. ada lesung pipit yang tak berapa nak dalam di pipinya.
jangan tergesa gesa. nanti saya jelaskan satu persatu. jangan risau, kami bukan nak apa apakan awak.
cik man sambung dulu ya. saya nak bawak dia ke bawah. pesan wanita tersebut kepada lelaki yang disebut sebagai cik man. cik man hanya mengangguk. tak ada pulak dia cucuh rokok tangan berbelit belit.
mari ikut saya.
mazlee hanya mengekor wanita itu. tiada bercakap sepatah pun. hanya matanya meliar cuba mentafsir keadaan sekeliling.
mereka melepasi sebuah pintu penghadang api yang merupakan akses kepada satu ruangan lain. seperti sebuah gudang yang besar. rak rak yang tinggi tinggi, serta disusun barang barang. keadaannya seperti di ikea tak lama dahulu. terdapat juga beberapa buah kenderaan dan beberapa lelaki seperti pomen yang sedang membaiki. sedikit bising.
sambil berjalan mendahului, wanita tersebut berpaling ke arah mazlee.
oh lupa saya nak cakap. selamat kembali ke bukit nanas.
entah kenapa mazlee rasa senyuman itu adalah sesuatu. mazlee cuba menafikan perasaannya. eceh. maklumlah dalam keadaan darurat macam ni, mazlee harus memikirkan keadaan dan keselamatan dirinya terlebih dahulu. bukannya soal cinta. eh. cinta pejadahnya. bentak pemikiran mazlee sebelah lagi.
sini.
dia mengajak mazlee masuk ke dalam sebuah bilik yang mempunyai cermin luas menghadap ke ruang gudang. lampu bilik tersebut kuning berbalam balam.
duduklah. tolak pintu kasi rapat. bunyi bising luar tak masuk.
bilik tersebut kelihatan seperti bilik bini tokey kalau dekat bengkel. kalau nak bayar ke, nak tanya stok ke, haa kena datang ke situ. mereka duduk bertentangan. daripada tempat duduk dia dan mazlee, boleh meninjau hampir keseluruhan ruang gudang.
ok awak cerita sekarang.
mazlee memulakan proses ala ala temubual berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi detektif pasaraya.
hunfffffffff.
dia mengeluh berat. seakan separuh masalah kehidupan dihembus keluar. matanya kelihatan sedikit bergenang untuk sebab yang mazlee tidak dapat agak.
baiklah. saya hannah. dan saya.. maksud saya, kami di sini dah lama tunggu awak.
tiba tiba cahaya daripada lampu kereta yang sedang dibaiki menembusi cermin besar dan terpancar ke muka hannah.
[mute]
[mute]
mazlee tersentak.
kerusi yang digoyang goyangnya terhenti di sudut 110 darjah.
sepertinya dia pernah lihat kejadian ini. situasi ini. otaknya digali gali di setiap lipatan memori cuba mengingat kembali.
hannah mengecilkan sedikit matanya akibat silau sambil terus bercerita. tapi cerita hannah tidak ada suara. hanya mulutnya terkumat kamit dalam gerak perlahan dan tangannya yang terkapang kapang menggayakan cerita. kerana otak mazlee sedang digali dan diimbas secara aktif, cuba mencari andainya terdapat memori berkaitan dengan wajah seorang wanita disuluh lampu terang, dan carian tersebut berlatarbelakangkan runut bunyi jigsaw puzzle falling into places.
bila?? di mana??
wong wong wonggg.
bunyi fikiran menerawang.
No comments:
Post a Comment