15.1.12

klpickers

klpickers baru ja tat sat ni wujud pagenya kat facebook. ideanya senang saja.sedang aku memusing bundle kat klang dengan yu dan kebetulan aku jumpa baju brand sedap sedap, aku timbulkan persoalan mana kita nak jual baju kita sendiri kalau kita tak nak pakai dah?kalau tolak ke kedai bundle berapa sen je dapat?barang-barang tu bukannya dua tiga posen kita beli.ye dak?

ada banyak sebab kau tak nak dah baju baju atau barang barang yang kau beli dulu. sama ada kau dah gemuk baju tak padan, kau beli rasa lawa pakai dua tiga kali pakai rasa pening kepala,kau memang asyik beli pakaian tiap bulan sampai almari ada lapan, kau memang pakai baju ikut musim, kau nak pindah rumah, kau fashion victim, kau nak buat duit sikit daripada kau bagi kat adik adik kau pakai atau pun kau memang jenis keluar rumah minum teh tarik dah tak pakai baju dah.

jadi mana nak letak benda ni? kalau kau pergi pasar malam, kau pacak payung jual baju kau yang ada enam helai. sebelah kau ada mamat lain jual seluar baju dia tujuh helai. sebelah lagi ada makwa jual baju dia lapan helai. sebelah lagi ada lagi ada lagi ada lagi. tak manis lah macam tu. apa kata semua yang ada tadi tu dilonggokkan setempat. orang yang minat nak beli tak payah tengok kat satu satu tempat pastu pergi tempat lain dah. semuanya ada kat situ dan diorang boleh pilih.

itulah yang cuba diaplikasikan dalam page klpickers ni. senang aja. kau ambik gambar pakaian yang kau nak jual, macam format yang ada sekarang, tulis brand, saiz, harga, nama contacts dan apa apa descriptions yang kau rasa perlu, hantar kat email. habis mudah dan menjimatkan masa dah ni. bila admin dapat email, bukak and post gambar gambar tu. dan admin akan sort them out dalam album. contohnya bila dah februari 2012, orang masih boleh view album januari 2012.

transaksinya antara kau dengan orang yang nak beli. admin ni orang tengah apa dia nak sibuk. bukan barang dia bukan dapat duit kat dia pun. habis kuat pun dia akan alert kan kau bila ada orang berminat dengan barang kau.

barang barang yang boleh di pos ke sini adalah pakaian. tak kisah la apa rupa bentuk pun. kasut kasut pun boleh jugak. di sini brand dan kualiti adalah nombor satu. kenapa mengutamakan jenama? bukannya nak poyo tapi kalau beli ada harga, tak kan nak buang.ye dak? baik jual dengan harga yang boleh diterima akal. lagipun orang carik branded punya barang untuk rotate dia punya nafsu memakai. sesetengah orang lah. hee.lagi satu kenapa kualiti? yelah mestilah nak kualiti. biarpun baju tu kau dah pakai, nak jual pun mesti la dalam keadaan elok. kalau dah lusuh sangat nak jual jugak, ha suka hati lah.letak lah murah murah.

kesimpulannya klpickers adalah satu platform untuk semua orang yang nak jual pakaian terpakai mereka.tak rugi kau cuba jual daripada kau pening nak letak mana. untuk lihat page tersebut, please log on to http://www.facebook.com/klpickers dan untuk hantarkan gambar barang barang anda, ianya boleh dibuat ke klpickers@gmail.com. terms & conditons applied. bergerak seiringan.



28.12.11

kuda yahudi

makin hari makin kurang
u'wang u'wang u'wang ke mana melayang

makin hari makin kurang
u'wang u'wang u'wang
hilang dimakan beruang

makin kumpul makin kurang
dapat barang lagi kurang
u'wang u'wang u'wang
ke mana melayang

u'wang temanku u'wang cintaku
u'wang ku puja jangan diriku kau siksa

tanpamu tidurku tak lena
tanpamu selera tiada
tampamu butalah dunia
tanpamu diri ternganga

u'wang u'wang u'wang
ke mana melayang
dimakan beruang

u'wang u'wang u'wang
buto lah hampa kaki bodek
yes yes yes.

komposer : karim benzema
lirik : hamzah taipan usj
penyanyi : marhanum

11.12.11

itulah tandanya jika mahu diuji

wahai sukiman senyaplah sayang.

eh suka hati akulah nak pasang ekjos bunyi kuat. tak true tau tak kalau bunyi perlahan. baik naik basikal. budak-budak naik basikal pun buat bunyi guna mulut. promm prommm promm.

lain kali kalau tak nak bising masa tidur, tukar tingkap rumah tu. mana ada orang pakai cermin berlapis-lapis tu lagi. semua tingkap panel sekeping keliling ada getah, jangan kan air hujan nak masuk, bunyi ekjos macam aku ni pun tak dengar sangat. kami ni memang suka test ekjos masa orang tidur. tenang sikit fikiran kami bila jalan kosong.

ada ke nak komplen komplen pulak. orang kerja siang malam ikat perut semata-mata nak beli ekjos bunyi kuat ni. bila pakai ekjos ni, perasaan laju lain macam tahu tak.

maafkan sukiman. sukiman bukan jahat. mungkin sukiman tidak berfikir seperti kamu.

kepler dua puluh dua b.

aku seorang pelupa. jadi aku yang jumpa dulu.
aku punya gaji sikit. jadi aku kaya dulu.
aku punya hati lembut. jadi aku yang tumbuk dulu.
aku punya mata rabun.jadi aku nampak dulu.
aku punya otak sederhana. jadi aku dapat tangkap dulu.
aku hisap rokok sambil makan gula-gula.jadi aku pergi dulu.

15.10.11

biar di wichita tak pernah melupakanmu

waktu huruf "w" ini ditaip adalah jam 7.31 pagi hari sabtu. di dalam bilik air, komputer riba di atas riba sementara penyahtinjaan yang berjalan tidak berapa lancar akibat maggi goreng mamak yang cuba aku buat macam mamak malam tadi.

kenapa riba bukan peha? kerana riba adalah peha belah atas masa kau duduk. sebab tu orang panggil komputer riba bukan komputer peha.

dunia fesyen yang aku ceburi (bukan kerjaya sebenar) telah mengambil 3/4 daripada masa hidup aku. aku nak update team fantasy football pun susah. maklumlah nak pertahan kejuaraan sambil tak nak rugi dua ringgit tiap minggu.

berbalik kepada masa yang hilang. buktinya jam tangan aku dah jadi lambat. padahal bateri baru je tukar dua dua beberapa bulan lepas.

pesan gertrude ederle ketika kami sama-sama berenang merentasi selat inggeris, "apabila masa dunia sudah memintas masa kamu, maka tiadalah apa yang kamu dapat lakukan selain daripada mencari peluang dan kecuaian masa. di situ lah loophole akan muncul dan kamu akan dapat mengejar dan merampas kembali masa itu.

simptom-simptom masa hendak memotong kita berlaku begitu semula jadi. jarang sekali manusia sedar akan perkara-perkara seperti ini. sebagai contoh, anda sedang sibuk mereka fesyen musim sejuk, lalu anda berasa penat. anda berehat sebentar, terlayan perasaan, mengelamun.habis.habis anda beb. hilanglah masa anda seminit dua kepada masa dunia. masa tu, anda cakap anda awal ke, jam anda betul ke, satu dunia tak kan percaya.siapa yang percaya anda. semua orang ikut jam dunia.

terlupa, terlelap, tertinggal semuanya sama. tapi masa takkan bunuh manusia. dia hanya bunuh perasaan. bergantung kepada orangnya. kalau tak sedar jadilah robot. zap zap zap. masalahnya susah kalau nak cari kecuaian masa. dia bergerak tak henti. satu-satu kelemahan masa adalah suasana ketika pergerakan masa. rujukan boleh dibuat berdasarkan buku time thieves dan hanya boleh didapati ketika masa-masa senggang dekat senja. kalau jam anda lambat, pergilah pertama tukar bateri baru.

19.9.11

aji terbang ke merseyside.

balik rumah aji terus kemas barang. masuk ni dah dua tahun berturut-turut dia terpaksa terpaksa terbang ke sana secara tergesa-gesa. dalam usia menjangkau 68 tahun, bukan mudah nak travel jauh-jauh. antara kerja dan ibadat, komitmen kena bahagi-bahagi.

aji capai beg besar dia pergi mekah dulu-dulu. kepala merewang memikirkan solution. aji percaya tak perlu urut sangat budak-budak tu. aji rasa mentaliti. asalnya dia tak nak campur kerja king. yelah siapa lah aji. tukang urut on call basis. tapi aji pegang berani kerana benar.

susun baju, kain pelikat, kopiah. buku catatan, al-quran kecik atas sekali. aji zip beg, baring tengok siling rumah. kipas slow speed dua berbalam-balam lampu 40 watt pesen lama.mentol baru ni mahal.

aji bangun balik. tak senang hati.dikeluarkannya buku catatan kuning-kuning kertas gelek. pen kilometrico merah aji pakai. ditulisnya takut lupa. kadang dia tak lupa. cuma tak berani nak cakap. lepas ni dia nak hadap king, dibacanya aje skrip tu.

"king, saya rasa kita tak boleh terus main macam ni. lantun-lantun bola ke atas. long ball sana sini. susah. kita kena banyakkan main short pass. possession tengah padang. ini hold, tendang balik ke belakang. yang belakang, pommm ke depan. penat saya tengok king. orang lain tengok tak berapa fun. nak-nak pulak kalau kalah. player kita bagus-bagus. corak kita yang kureng king."

"caroll tu nanti saya urut dia bagi berguna sikit. defend pun sama. si carra tu bagi dia rehat sikit. dia dah tua mata tak berapa nampak. bagus ada masa. kesian pepe. budak-budak fantasy pun tak nak ambik dia dah selalu sangat bolos. bukan salah dia pun. midfielder nanti saya lembutkan kaki. pasal tu la si suarez kesian tak dapat bola. saya makan hati lagi dengan king pasal lepaskan meireles itu hari."

noktah besar-besar aji buat.

zap!zap!zap!

aji pangkah-pangkah pulak skrip tadi. macam tak sedap la pulak. esoklah karang semula dalam flight. aji kunci jam siap-siap tutup mata dengan lengan.

haji hassan haji murad mengurut di atas padang. - ikhsan LFC News.

12.9.11

cinta datangnya dari ketidaksempurnaan.

dup dish dup dish dup dish dup dish.

nama aku rosman nor. aku ni senang kata urban lah. maklum la minat muzik muzik genre house,disko disko ni ha, DJ la bagai. tak percaya tengok FB aku RosmanvsDJBlend. haaa. hobi? mestilah kelabing der. asal dari kampung belah belah tanjung kapit nu. siapa kata orang kampung tak boleh kelabing. orang kampung mesti kena up dari orang bandar. ye dak. mak bapak bukan tahu pun dia orang kat kampung.

dup dish dup dish dup dish dup dish.

letih la pulak menari sambil pegang gelas ni kan. ye lah party tak kan duduk duduk je haa. kena la menari. party ramai makwe. sepsi sepsi pulak. kat tanjung kapit mana nak dapat. dup dish dup dish dup dish dup dish. diorang ni advance. takat minum ke apa tu tak payah nak jakun la. malu? kau nak cakap pasal malu? kemon la. ini urbanisasi la.urbanisasi! mana ada perkataan malu dalam kamus kelabing dan party! tengok tu makwe menari lebih lebih kita sorak tepuk tangan! sorry aku cakap kuat pasal muzik latar ni kuat!

dup dish dup dish dup dish dup dish!

cinta datangnya dari ketidaksempurnaan? apa buto cakap time time macam ni. cinta mesti lah nak yang sempurna. tak payah fikir pasal cacat cela. sempurna macam makwe yang tadi tu ha. tu la. tu tu. yang hujung tu. putih melepak hidung mancung tinggi macam omputih. tu baru sempurna. kau ni pun. nampak sangat tak sempurna. dah aku nak menari dengan makwe tu.

dup dish dup dish dup dish.