21.11.16

belebas

[people chattering]

mazlee menuruni anak tangga yang terakhir. dia menjengah kepala di sebalik dinding berbatu kasar di sebelah kanannya.

seorang wanita yang mengepalai meja sedar akan kehadiran mazlee. mukanya kelihatan sedikit terkejut.

krottttttttt.

bunyi kerusi yang ditolak pelipat sambil dia berdiri.

ahli ahli meja yang lain berpaling ke arah mazlee. 

[mute]

mazlee berasa aneh. memikirkan bahawa dirinya tidak terdedah kepada apa apa bahaya pada ketika itu, dia memberanikan diri berdiri berhampiran dengan meja lonjong tersebut. tapi tangannya digenggam kemas. kalau jadi apa apa, dia hempuk aje yang mana dan.

akhirnya awak dah sampai.

ujar seorang lelaki dalam lingkungan 40an duduk selang dua orang daripada wanita yang masih berdiri itu. pakainya macam seorang pengakap. barangkali cikgu yang baru balik daripada mengajar koko.

apakah...(what the...) kenapa saya di bawa ke sini? awak semua ni siapa?

tiada siapa yang bawa awak ke sini. awak sendiri yang kata yang awak akan datang hari ini. 

jawab wanita berdiri dengan suara yang lembut.

lagilah mazlee berasa aneh. kenapa mereka semua seperti sudah mengenali dan menjangkakannya. adakah mereka semua pernah menjadi penumpang grabcar part time mazlee? kalau betul pun, apa isunya. ataupun pernahkah dia berbuat dosa kepada orang orang ini?

sementara itu, otak mazlee mengimbas dosa dan kesilapan yang pernah dilakukannya terhadap orang lain, sehinggakan dibawa ke sebuah bilik bawah tanah. tipikal pemikiran manusia cuak. banyak juga dosanya tapi rasanya tiada yang berkaitan. dosa dengan tuhan mazlee tolak tepi.

habis yang berkuda kuda tadi apanya?? suaranya sedikit ditekan.

wanita itu tersenyum. ada lesung pipit yang tak berapa nak dalam di pipinya.

jangan tergesa gesa. nanti saya jelaskan satu persatu. jangan risau, kami bukan nak apa apakan awak.

cik man sambung dulu ya. saya nak bawak dia ke bawah. pesan wanita tersebut kepada lelaki yang disebut sebagai cik man. cik man hanya mengangguk. tak ada pulak dia cucuh rokok tangan berbelit belit.

mari ikut saya.

mazlee hanya mengekor wanita itu. tiada bercakap sepatah pun. hanya matanya meliar cuba mentafsir keadaan sekeliling.

mereka melepasi sebuah pintu penghadang api yang merupakan akses kepada satu ruangan lain. seperti sebuah gudang yang besar. rak rak yang tinggi tinggi, serta disusun barang barang. keadaannya seperti di ikea tak lama dahulu. terdapat juga beberapa buah kenderaan dan beberapa lelaki seperti pomen yang sedang membaiki. sedikit bising.

sambil berjalan mendahului, wanita tersebut berpaling ke arah mazlee.

oh lupa saya nak cakap. selamat kembali ke bukit nanas.

entah kenapa mazlee rasa senyuman itu adalah sesuatu. mazlee cuba menafikan perasaannya. eceh. maklumlah dalam keadaan darurat macam ni, mazlee harus memikirkan keadaan dan keselamatan dirinya terlebih dahulu. bukannya soal cinta. eh. cinta pejadahnya. bentak pemikiran mazlee sebelah lagi.

sini.

dia mengajak mazlee masuk ke dalam sebuah bilik yang mempunyai cermin luas menghadap ke ruang gudang. lampu bilik tersebut kuning berbalam balam.

duduklah. tolak pintu kasi rapat. bunyi bising luar tak masuk.

bilik tersebut kelihatan seperti bilik bini tokey kalau dekat bengkel. kalau nak bayar ke, nak tanya stok ke, haa kena datang ke situ. mereka duduk bertentangan. daripada tempat duduk dia dan mazlee, boleh meninjau hampir keseluruhan ruang gudang.

ok awak cerita sekarang. 

mazlee memulakan proses ala ala temubual berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi detektif pasaraya.

hunfffffffff.

dia mengeluh berat. seakan separuh masalah kehidupan dihembus keluar. matanya kelihatan sedikit bergenang  untuk sebab yang mazlee tidak dapat agak.

baiklah. saya hannah. dan saya.. maksud saya, kami di sini dah lama tunggu awak.

tiba tiba cahaya daripada lampu kereta yang sedang dibaiki menembusi cermin besar dan terpancar ke muka hannah.

[mute]

mazlee tersentak.

kerusi yang digoyang goyangnya terhenti di sudut 110 darjah.

sepertinya dia pernah lihat kejadian ini. situasi ini. otaknya digali gali di setiap lipatan memori cuba mengingat kembali.

hannah mengecilkan sedikit matanya akibat silau sambil terus bercerita. tapi cerita hannah tidak ada suara. hanya mulutnya terkumat kamit dalam gerak perlahan dan tangannya yang terkapang kapang menggayakan cerita. kerana otak mazlee sedang digali dan diimbas secara aktif, cuba mencari andainya terdapat memori berkaitan dengan wajah seorang wanita disuluh lampu terang, dan carian tersebut berlatarbelakangkan runut bunyi jigsaw puzzle falling into places

bila?? di mana??

wong wong wonggg.

bunyi fikiran menerawang.


1.11.16

tertekan

kadang kadang kan, kita tertekan. sebab apa disebut tertekan? besar kemungkinan "ter" bermaksud sesuatu yang tidak dijangkakan. atau tidak disengajakan. mana ada orang mahu tertekan.

rasa tertekan itu sakit kepala, mata sedikit sepet, badan sedikit panas, muka sedikit berminyak, sedikit hitam barangkali, dan jelas sekali gemar mencarut.

28.9.16

belebas

kedekuk kedekak kedekuk kedekak.

mazlee berjalan mengekori buntut kuda. sekali sekala ekornya dikibas kibas. bau ba'eng.

mereka berhenti di hadapan sebuah pondok kayu kecil. lebih kurang saiz tandas di rumah papan perpindahan banjir, yang terletak di luar rumah. kalau nak berak kena bawak ubat nyamuk lingkaran untuk mengelakkan mati malaria.

encik nak berak ke?

si penunggang geleng kepala sedikit sahaja. tak sangka mazlee bahawa dia akan melayan pertanyaan bodoh tersebut. mungkin dia ini seorang sopan yang berlagak ganas sahaja. 

dikeluarkan telunjuknya ke arah pondok tersebut.

saya? masuk dalam? tanya mazlee.

si penunggang angguk ringkas.

pintu pondok kayu tersebut berkunci dengan mangga. mazlee rentap dua tiga kali tak terbuka.

tuk tuk.

kepalanya diketuk kecil dengan cokmar si penunggang. dia membuat isyarat kunci.

ohhh. bukak pakai kunci tadi ke. manalah orang tahu. kata mazlee dengan muka sedikit menyampah.

mazlee jolok anak kunci ke buntut mangga. dengan sekali pulas, tap! mangga tersebut terbuka.

mazlee menguak daun pintu pondok tersebut. dijengah kepalanya masuk ke dalam. terdapat anak tangga lebih kurang lima enam meter curam kebawah. dihujungnya cahaya berbalam kekuning kuningan.

bagai ada satu tarikan yang hebat, mazlee tidak teragak agak melangkah masuk dengan kaki kanan. kaki nya diatur satu persatu menuruni anak tangga yang sempit. muat kaki saiz 7 aje agaknya anak tangga tu. tangannya diseret ke dinding untuk mengawal keseimbangan. 

dalam tenang langkah tersebut, jantungnya berdebar debar. agak kuat.

lain pula ceritanya di luar. setelah mazlee tidak lagi kelihatan, muncul lebih kurang sepuluh ekor kuda dan setiap satunya ada penunggang berbaju zirah.

mereka saling merapati dan kemudiannya membuka pelindung kepala masing masing. ternyata mereka adalah manusia biasa. mereka saling bersalaman dan ada yang berpelukan, bertepuk tepuk belakang.

seperti meraikan sesuatu.

21.9.16

belebas

si penunggang mengelilingi mazlee perlahan lahan. mazlee tak dapat teka apa niatnya. mungkin kerana tiada mata. jika tiada mata, bagaimana mahu turun ke hati?

keadaan tersebut berlarutan beberapa minit, buat mazlee terasa bosan. sikit sikit sudah lah.

encik ni siapa ya? bila nak berhenti? saya pening. luah mazlee, lembut.

dicocok cocoknya beg yang dipeluk mazlee. di dongak dongak kepalanya tiga empat kali. pemahaman mazlee adalah; apa benda dalam beg ni?

tak ada apa. ni beg sekolah saya. ponteng sekolah tadi. tipu mazlee.

hnsssssss hnsssss. dengus si penunggang. rasanya mazlee kantoi kencing dia. muka macam erman manan. budak sekolah apanya.

gruurghhhhh. sambil menemukan kedua-dua buku limanya, dan memisahkan mereka. mazlee paham itu adalah isyarat suruh buka beg dan tunjuk isi.

ok ok sekejap. mazlee menggelabah melutut dan letak begnya di lantai hutan. kotor di seluar kerja padininya dia tak peduli. walaupun seluar tersebut sedikit lusuh, mazlee tetap selalu pakai. bukan kerana tak ada seluar lain, tetapi seluar tersebut sudah serasi dengan punggungnya.

mazlee buka tali jerut beg. ini saja. tak ada apa yang lain. cuma laptop dan buku. jelas mazlee.

si penunggang menguis nguis barang barang mazlee dengan hujung cokmarnya. makhluk ni, jangan rosak laptop aku sudah. kerja kerja dah la tak ada backup lain. laptop pejabat dah berkurun kurun mintak. tak dapat dapat.  lemak je rasa mazlee bila mengenangkan muka orang IT tu.

tap tap tap tap. hujung cokmar diketuk pada sebuah buku kulit keras. lamunan mazlee terhadap orang IT tersentak.

rasanya si penunggang tahu tujuan mazlee. kerana dia seolah olah tahu pasal buku tu. mazlee bercampur campur. tersengih sengih dongak ke muka si penunggang. sekejap sekejap muka takut macam muka nak terberak, tercebik cebik bibir.

si penunggang menggenggam tangan kirinya, ibu jari diluruskan. kemudian digerakkan separuh kiri dan separuh kanan. separuh kiri separuh kanan.

apa benda pulak ni..ni yang payah kalau tak bercakap ni..

si penunggang ulang sekali lagi. separuh kiri separuh kanan. mazlee tercengang. di angkat kedua belah tapak tangannya, di dongak dongak kepalanya berkali kali dengan maksud; apa dia? apa? tak paham.

thuzzzzsssss!!!

cokmar direjam deras ke tanah. tercacak bergoyang goyang lebih kurang 5 inci dari lutut  kiri mazlee. terpejam mata mazlee terkejut takut. dia tak pernah berhadapan dengan orang main teka teka yang garang macam ini.

dibuka matanya perlahan lahan. si penunggang kuda berbaju zirah menganjakkan kudanya merapati mazlee. si penunggang lentur jari jari tangan kanannya seperti nombor kosong. dijolok tangan kirinya yang dalam bentuk seperti tadi, ke dalam bentuk nombor kosong di tangan kanannya. di gerakkan pergelangan tangan kirinya, separuh kiri, separuh kanan. separuh kiri, separuh kanan.

kunci!!!!

teriak mazlee dalam minda sambil mulut ternganga dan angkat tangan jari telunjuk ke atas seperti jawab soalan.

kelam kabut dia mengeluarkan kunci kunci yang ada dalam poket depan beg. kunci rumah, kunci motor, kunci pejabat. ditunjukkan satu satu kepada si penunggang tapi tiada respon. 

si penunggang mencabut cokmarnya. ah sudah kena rodoklah aku kejap lagi! kunci apa la sialll!!!

dalam klimaks dilemanya, mazlee menepuk nepuk peha. terasa sesuatu di dalam kocek seluarnya. pantas mazlee berdiri dan seluk tangan dalam kocek kanan. dikeluarkan benda tersebut, dan, dan, dannnn!!! ditunjukkannya kepada si penunggang yang kelihatan seperti stretching hendak lontar lembing.

ini???

kunci dari tempat sewa basikal.

si penunggang kuda berbaju zirah kaku sebentar. kepalanya angguk kecil.





18.9.16

belebas

mazlee tiba di kaki bukit nanas. hutan bandar yang diselamatkan oleh orang orang kaya. sedangkan mereka menebang hutan sebenar demi emas. 

waktu sudah suku maghrib. masih lagi terang terang tanah. hiruk pikuk bandar mana masih lagi biasa. mazlee bertongkat lutut sedikit mendaki.

babi.sumpah mazlee.

kedekuk kedekak kedukuk kedekak. ehehehehekkk.

seekor kuda hitam beserta penunggang betul betul wheelie depan mazlee. terbeliak biji matanya. penunggang berbaju zirah memegang cokmar panjang tajam dihujungnya.

hoi.buta ke?! teriak mazlee. marah. dibuatnya macam terserempak dengan orang naik kuda dalam hutan adalah perkara biasa. padahal mazlee takut nak mampus. marahnya itu sahaja untuk mengaburi ketakutannya di mata si penunggang kuda. dan mazlee juga takut dengan kuda tersebut. 

tetapi kemarahan palsu itu tiba-tiba terasa sia-sia. kerana dijelingnya, penunggang kuda tersebut tiada mata.

lagi babi macam ni. getus mazlee dalam hati. 

5.9.16

belebas

sebagai meraikan hari tidak bercakap dengan orang orang palsu, mazlee menyanyikan beberapa bait lirik lagu;

we don't talk anymore.we don't talk anymore.like we used to do.

sejujurnya mazlee tidak tahu lagu siapa itu. tapi beliau rasa lirik tu "in" betul dengan suasana. mazlee fikir dia terlalu berlembut selama ini sehingga dipergunakan orang. sudah sampai masa mazlee mengabaikan mereka.

kelihatan budak budak dari jet prepulsion lab tengah tunggu tren. nathan ake, victor wanyama, georginio wijnaldum dan beberapa orang yang mazlee tak cam. budak budak ni cakap melayu pun tak pandai. inglisth pun berterabur. georginio wijnaldum asyik cakap belanda. kepala bapak dia. mentang mentang dia tenaga kerja import yang penting. sikit tak peduli pasal sensitiviti kaum melayu. meeting tengah hari jumaat habis lambat. budak budak joli tak payah sembahyang jumaat. habis siapa yang berdosa? takkan georginio wijnaldum?

bzzzzingggggggg.tusssssssss.

tren ke sentral sampai. mazlee lihat jam tangan. ada satu jam sebelum sampai kuala lumpur. satu jam untuk memutuskan sama ada dirinya akan jadi  katalis revolusi. atau sekadar kecut telor. atau diejek sampai tua.

mazlee genggam erat beg ditangannya. lebih ke arah peluk. topinya direndahkan supaya mata resahnya tak kelihatan. kakinya dihentak kecil. mengikut beat lagu we don't talk anymore. sedikit rasa nak terkencing, sedikit rasa nak terberak. gemuruh barangkali. matanya dipaksa pejam. sampai berair. 

bzzzzingggggggg.tusssssssss. tetttt tetttt teett. kuala lumpur. stesen kuala lumpur. 

bingkas dia bangun. sedikit tergesa gesa. kelihatan beberapa bangsat di muka pintu tren yang menggelabah tak dan dan nak masuk. ingin saja mazlee menerangkan teori keselarian kepada mereka, tapi mazlee rasa sia sia. tengok muka sahaja mazlee sudah tahu mereka tidak mempunyai rekod pendidikan yang baik. 

mazlee keluarkan not RM20 dan letak di kaunter. dia dapat token hijau dan kunci. mazlee masukkan token di pintu dan buka. sebuah basikal berwarna perak di dalam locker. pantas dia mengheret basikal perak tersebut keluar stesen dan kayuh dengan steady. rambut ikalnya melayang layang di udara. cantik. tapi mazlee adalah seorang lelaki. hari ini mazlee rasa dia silver surfer. cumanya dia meluncur menggunakan sebuah basikal berwarna perak.

*********************************************************************************





16.7.16

abang 92

hari ini aku berusia 29 tahun.orang panggil hari jadi. seperti biasa, hari jadi adalah hari yang sentimental. jauh dari isteri,keluarga, dan insan insan lain yang disayangi. memang menjadi tradisi bahawa harijadi diisi dengan melayan perasaan sendiri.  memandu sambil diiringi lagu lagu yang menghanyutkan perasaan. mengenangkan apa yang telah aku capai dan juga kesilapan yang telah dilakukan.

tahun ini kurang ucapan selamat hari jadi aku terima. yang nyatanya semakin lama semakin berkurangan. ini bukan soal populariti. ini soal kawan kawan. aku mengaku terdapat kekurangan di dalam menjaga perhubungan dengan kawan kawan. barangkali semasa muda aku dulu, aku terlalu mengikutkan perasaan. dan semakin berusia juga, semakin ramai kenalan yang ditambah. tetapi, susah nak capai level kawan kawan. kawan kawan lama juga yang dirindui.

kepada kawan yang sama sama susah payah pada waktu muda dulu, aku minta maaf banyak banyak. dan terima kasih kerana berada di situ. tidak perlu lah aku sebutkan nama, kerana jika kamu menganggap aku sebagai kawan pada ketika itu, kamu lah orangnya. sesungguhnya aku gembira dapat berkawan dengan kalian. dan berharap hubungan silaturahim itu dapat dijalin kembali dan berkekalan. realitinya aku tak banyak berubah pun. kebangangannya sama. cuma tidaklah bangang yang merosakkan hubungan. maksud aku bangang yang menghiburkan dan sedia membantu insyaAllah. #monologharijadi