10.2.15

dalam sejuk palsu

sudah menjadi kebiasaan aku datang kerja memakai sweater gunung kerana centralized air cond bukan di bawah kuasa aku mahupun aku tahu di mana punca kuasanya.bimbang keremajaan aku hilang, aku taip entri ini. 

sejak 18 Januari aku berada di AOR, (remaja di sini menggelarkan Alor Setar sebagai AOR.aku fikir mereka ambil dari singkatan penerbangan.mungkin ianya lebih hip) aku sedikit sebanyak telah mula mengasimilasi budaya di sini.

AOR adalah satu tempat yang penuh dengan penjimatan. makan pagi kau boleh dapat rm1 untuk nasi lauk ikan, takpun mee goreng. kalau aku datang mood saving mood swing, aku belanja rm2 beli dua bungkus.satu buat makan pagi satu lagi makan dalam pukul 12 macam tu.dah kau ingat pengembara ada banyak duit?

makan tengah hari kalau nak sedap mahal la sikit.konteks mahal di sini adalah rm5,6,7 ringgit.dapatlah makan ayam bakar tempayan ke,ikan bakar cicah air asam perghhh amenda lagi entah.di sini makannya sungguh berbeza dengan kolumpo.di kolumpo kita makan untuk isi perut, level kesedapannya kita tolak tepi sikit.janji perut diisi untuk teruskan hidup.

manakala di sini, keperluan untuk isi perut dan tahap kesedapannya adalah sama rata.terbukti bahawa orang kedah berjaya isi perut dengan masakan yang sedap sedap.

tiba waktu malam, aku kembali dengan menu keji aku.nasi lemak bungkuih lauk ayam.rm1.50.kalau kebulur beli la dua.baru rm3.nampak tak?

baru-baru ni aku makan laksa ikan sekoq.jujurnya aku fan laksam.laksa ni macam terpaksa makan bila orang buat.tapi kat sini sedap la pulak laksa dia.entahlah.

daripada segi nak hidup alhamdulillah tak perlu keluar belanja banyak.cuma yelah takda la makanan mengada-ngada macam kat kolumpo, atau shopping mall untuk cuci cuci mata.tapi bagus juga.itu semua punca papa dikala bergaya.duduk sini pakai baju cap cheetah sudah memadai.

kalau jenis suka tengok wayang kena redha lah.apa yang ada kat mbo tu,itu je lah.jangan mengada-ngada nak lebih.nak lebih p sp tu ha 40 minit.sanggup?semata mata untuk gsc.

sekali tu cengih datang melawat aku dari kolumpo.jadi aku ajak dia buat aktiviti  yang kami selalu buat dulu iaitu tengok wayang.dia tanya aku, "tak payah beli online ke?" "tak payah", jawab aku."melambak seat kosong nanti".dia buat muka tak percaya.

sampai di mall,parking tak payah bayar,parking space bersepah sepah.nak beli tiket brader kaunter tunjuk seating dalam panggung.cengih ketawa sedikit melihat seat yang melambak sedangkan wayang nak main setengah jam lagi.

sementara aku melayan akak kaunter sebelah buat kad mbo saja melayan,beberapa remaja datang nak beli tiket.aku sebut datang sebabnya tak perlu beratur.wakil mereka bertanya kepada brader kaunter,"bang,harini ada cerita apa main bang?"

aku tergelak.cengih pun tergelak.tak tahu tapi rasanya pertanyaan tersebut agak jarang dibuat.sebab kebiasaannya orang akan check dulu cerita apa yang nak ditonton dan pukul berapa.tak tahu apa yang kami gelakkan itu betul atau tidak,kami menahan gelak tekup tangan kat mulut.bunyi ketawa ikut hidung macam lembu disembelih.tapi volume rendah.

abang kaunter tenang explain satu satu.ok cerita ni ada pukul lapan bla bla bla..cerita ni ada pukul bla bla bla...

bukanlah niat aku untuk poyo dan maafkan jika kelihatan sedemikian.mungkin kalau di kolumpo kita akan dipandang sinis oleh budak kaunter kerja sementara tunggu spm kat cinema kerana bertanya soalan macam tu.habis habis pun kena perli.tapi di darul aman ni,memang aman.

mungkin juga kerana jiwa aku telah lama tersepit di kesesakan kolumpo secara tak sengaja pemikiran negatif aku terbina.dan aku cuba mencari jiwa dan menghargai kehidupan di sini.

No comments:

Post a Comment