10.3.15

psukan perang khas likum barta jiz gold giniu.

sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua vs practice makes perfect.

namun jika tupai melompat dengan bersungguh-sungguh, adakah tupai tak akan jatuh? jika menipu hari hari, mungkin tupai juga akan menjadi penipu yang berjaya. setaraf conmen peringkat antarabangsa.

sejak bertugas di dalam pasukan perang khas fliza ini, berbagai conmen yang telah aku temui. ada yang sembang kencang. ada yang alim alim kucing. ada juga yang tak alim tapi tiba tiba jadi ustaz kazim.

salah satu petanda jelas (setelah kukira kebarangkalian dalam beberapa masa jagung ini), orang yang membuat aktiviti kejahatan adalah hidupnya tiadalah terurus. jika diserbu rumah mereka, pastilah rumahnya tongkang pecah. barang bersepah sepah. kereta pun begitu juga. sungguhpun rumah besar bergema, selamba bersepah. dalam kereta bersepah. majoritinya begini. jadi benarlah berdasarkan pemerhatian aku, jika seseorang hidupnya bersepah, pasti dia ada masalah. tak kira lah apa benda sekalipun. 

bukan setakat rumah. keluarga pun berpecah belah. aku rasa tupai tupai malaysia tidak begitu pandai menguruskan kehidupan. 

bila ditangkap, senyap dahulu. kadang kadang aku cuba menerobos fikiran mereka sewaktu di dalam kereta apabila digari. mulutnya senyap. tapi otaknya menerawang. memikirkan apa yang hendak dijawab nanti. nak mengaku salah jarang sekali. cuma memikirkan jalan bagaimana untuk melepaskan diri guna mulut. terkelip kelip mata memikir alasan. dan dialah nampak paling lemah sekali, paling sayur sekali, paling tua sekali, paling sakit sekali. 

yang jelas mereka hanya pentingkan diri sendiri. mungkin tupai tupai malaysia harus menguruskan kehidupan dahulu sebelum melompat lebih tinggi. sayangi keluarga atau sebagainya. jika terlalu cintakan dunia dan mementingkan diri sendiri, praktis lah lebih sikit. supaya tak jatuh. senonoh sikit hidup ni. takpun percayalah pada kuasa cinta. hihi.

No comments:

Post a Comment