28.3.15
21.3.15
mereput.
bila malas, aku campak saja barang barang atas katil
kemudian mandi
kemudian pasang kipas laju laju
tutup lampu dan baring
sambil tendang kuis kuis barang barang yang dicampak mula mula tadi
aku rasa macam king.
18.3.15
ah sudah.
orang baru kena transfer tumpang bilik aku. dah macam mana aku nak tidur bawah meja time lunch?nanti dia tersepak kepala aku.
17.3.15
bengap.
kadang kala peluang hanya datang satu kali dalam seumur hidup
kerana terkhayal tiada disedari
kerana cuai
kerana penakut
ya barangkali kerana penakut
lalu kamu abaikan
dan datang perkara yang disangka takdir
kerana ianya mudah jadi
lancar sekali
membuat kamu mudah untuk berfikir, "barangkali ini lah takdir aku"
"mungkin inilah yang direncanakan tuhan"
dianggap sudah cukup masak, kamu percaya
namun setelah lama dialami
takdir yang disangkakan itu palsu
mungkin diri belum cukup iman untuk kenal mana satu takdir tuhan
atau mungkin palsu itulah takdir kamu
dan jangan sesekali sesalkan peluang dahulu.
kerana terkhayal tiada disedari
kerana cuai
kerana penakut
ya barangkali kerana penakut
lalu kamu abaikan
dan datang perkara yang disangka takdir
kerana ianya mudah jadi
lancar sekali
membuat kamu mudah untuk berfikir, "barangkali ini lah takdir aku"
"mungkin inilah yang direncanakan tuhan"
dianggap sudah cukup masak, kamu percaya
namun setelah lama dialami
takdir yang disangkakan itu palsu
mungkin diri belum cukup iman untuk kenal mana satu takdir tuhan
atau mungkin palsu itulah takdir kamu
dan jangan sesekali sesalkan peluang dahulu.
10.3.15
psukan perang khas likum barta jiz gold giniu.
sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua vs practice makes perfect.
namun jika tupai melompat dengan bersungguh-sungguh, adakah tupai tak akan jatuh? jika menipu hari hari, mungkin tupai juga akan menjadi penipu yang berjaya. setaraf conmen peringkat antarabangsa.
sejak bertugas di dalam pasukan perang khas fliza ini, berbagai conmen yang telah aku temui. ada yang sembang kencang. ada yang alim alim kucing. ada juga yang tak alim tapi tiba tiba jadi ustaz kazim.
salah satu petanda jelas (setelah kukira kebarangkalian dalam beberapa masa jagung ini), orang yang membuat aktiviti kejahatan adalah hidupnya tiadalah terurus. jika diserbu rumah mereka, pastilah rumahnya tongkang pecah. barang bersepah sepah. kereta pun begitu juga. sungguhpun rumah besar bergema, selamba bersepah. dalam kereta bersepah. majoritinya begini. jadi benarlah berdasarkan pemerhatian aku, jika seseorang hidupnya bersepah, pasti dia ada masalah. tak kira lah apa benda sekalipun.
bukan setakat rumah. keluarga pun berpecah belah. aku rasa tupai tupai malaysia tidak begitu pandai menguruskan kehidupan.
bila ditangkap, senyap dahulu. kadang kadang aku cuba menerobos fikiran mereka sewaktu di dalam kereta apabila digari. mulutnya senyap. tapi otaknya menerawang. memikirkan apa yang hendak dijawab nanti. nak mengaku salah jarang sekali. cuma memikirkan jalan bagaimana untuk melepaskan diri guna mulut. terkelip kelip mata memikir alasan. dan dialah nampak paling lemah sekali, paling sayur sekali, paling tua sekali, paling sakit sekali.
yang jelas mereka hanya pentingkan diri sendiri. mungkin tupai tupai malaysia harus menguruskan kehidupan dahulu sebelum melompat lebih tinggi. sayangi keluarga atau sebagainya. jika terlalu cintakan dunia dan mementingkan diri sendiri, praktis lah lebih sikit. supaya tak jatuh. senonoh sikit hidup ni. takpun percayalah pada kuasa cinta. hihi.
10.2.15
dalam sejuk palsu
sudah menjadi kebiasaan aku datang kerja memakai sweater gunung kerana centralized air cond bukan di bawah kuasa aku mahupun aku tahu di mana punca kuasanya.bimbang keremajaan aku hilang, aku taip entri ini.
sejak 18 Januari aku berada di AOR, (remaja di sini menggelarkan Alor Setar sebagai AOR.aku fikir mereka ambil dari singkatan penerbangan.mungkin ianya lebih hip) aku sedikit sebanyak telah mula mengasimilasi budaya di sini.
AOR adalah satu tempat yang penuh dengan penjimatan. makan pagi kau boleh dapat rm1 untuk nasi lauk ikan, takpun mee goreng. kalau aku datang mood saving mood swing, aku belanja rm2 beli dua bungkus.satu buat makan pagi satu lagi makan dalam pukul 12 macam tu.dah kau ingat pengembara ada banyak duit?
makan tengah hari kalau nak sedap mahal la sikit.konteks mahal di sini adalah rm5,6,7 ringgit.dapatlah makan ayam bakar tempayan ke,ikan bakar cicah air asam perghhh amenda lagi entah.di sini makannya sungguh berbeza dengan kolumpo.di kolumpo kita makan untuk isi perut, level kesedapannya kita tolak tepi sikit.janji perut diisi untuk teruskan hidup.
manakala di sini, keperluan untuk isi perut dan tahap kesedapannya adalah sama rata.terbukti bahawa orang kedah berjaya isi perut dengan masakan yang sedap sedap.
tiba waktu malam, aku kembali dengan menu keji aku.nasi lemak bungkuih lauk ayam.rm1.50.kalau kebulur beli la dua.baru rm3.nampak tak?
baru-baru ni aku makan laksa ikan sekoq.jujurnya aku fan laksam.laksa ni macam terpaksa makan bila orang buat.tapi kat sini sedap la pulak laksa dia.entahlah.
daripada segi nak hidup alhamdulillah tak perlu keluar belanja banyak.cuma yelah takda la makanan mengada-ngada macam kat kolumpo, atau shopping mall untuk cuci cuci mata.tapi bagus juga.itu semua punca papa dikala bergaya.duduk sini pakai baju cap cheetah sudah memadai.
kalau jenis suka tengok wayang kena redha lah.apa yang ada kat mbo tu,itu je lah.jangan mengada-ngada nak lebih.nak lebih p sp tu ha 40 minit.sanggup?semata mata untuk gsc.
sekali tu cengih datang melawat aku dari kolumpo.jadi aku ajak dia buat aktiviti yang kami selalu buat dulu iaitu tengok wayang.dia tanya aku, "tak payah beli online ke?" "tak payah", jawab aku."melambak seat kosong nanti".dia buat muka tak percaya.
sampai di mall,parking tak payah bayar,parking space bersepah sepah.nak beli tiket brader kaunter tunjuk seating dalam panggung.cengih ketawa sedikit melihat seat yang melambak sedangkan wayang nak main setengah jam lagi.
sementara aku melayan akak kaunter sebelah buat kad mbo saja melayan,beberapa remaja datang nak beli tiket.aku sebut datang sebabnya tak perlu beratur.wakil mereka bertanya kepada brader kaunter,"bang,harini ada cerita apa main bang?"
aku tergelak.cengih pun tergelak.tak tahu tapi rasanya pertanyaan tersebut agak jarang dibuat.sebab kebiasaannya orang akan check dulu cerita apa yang nak ditonton dan pukul berapa.tak tahu apa yang kami gelakkan itu betul atau tidak,kami menahan gelak tekup tangan kat mulut.bunyi ketawa ikut hidung macam lembu disembelih.tapi volume rendah.
abang kaunter tenang explain satu satu.ok cerita ni ada pukul lapan bla bla bla..cerita ni ada pukul bla bla bla...
bukanlah niat aku untuk poyo dan maafkan jika kelihatan sedemikian.mungkin kalau di kolumpo kita akan dipandang sinis oleh budak kaunter kerja sementara tunggu spm kat cinema kerana bertanya soalan macam tu.habis habis pun kena perli.tapi di darul aman ni,memang aman.
mungkin juga kerana jiwa aku telah lama tersepit di kesesakan kolumpo secara tak sengaja pemikiran negatif aku terbina.dan aku cuba mencari jiwa dan menghargai kehidupan di sini.
6.1.15
dalam dinginNya
hari ini aku berpeluang balik awal. pukul tujuh dah boleh mandi. lalu aku buat sesuatu yang begitu lama aku dah tak buat. berjemaah maghrib di surau depan.
azan. seperti biasa sesambil keluar aku cucuh rokok peter biru. rokok yang baru aku hisap sejak bulan lepas rasanya. setelah kecewa dengan winston light. hampir sepuluh tahun aku pelanggan setia. tak pernah ada usaha untuk upgrade kotak. peter harganya sama. kotak pun ada sealed. walaupun dia sedikit buat kulit aku kering. nah. ini bukan cerita rokok.
aku tekan starter motor berkarat dan pulas pendikit minyak. hujan sedikit renyai renyai. setiba aku ambil air sembahyang dan masuk. kelibat jemaah pekerja asing sedikit sebanyak mengurangkan persepsi negatif terhadap mereka. mereka ini lah rupanya yang meramaikan rumah Tuhan. malu rasanya.
dah lama betul aku tak singgah ke sini. tarawikh raya lepas rasanya. bau minyak atar yang light light, suasana sunyi dan sedikit sedikit terdengar bunyi kipas berpusing. beberepa kerat yang ada semuanya diam sambil menunggu iqamah. barangkali berzikir dalam hati. barangkali berfikir tentang nikmat ilahi. ataupun sekadar seperti aku. rindukan sesuatu. rindukan saat saat aku begitu hampir denganNya. fikiran menerobos dalam ketenangan.
iqamah. imam bacakan al-fatihah. air mata aku bergenang. ampunkan hambamu yang jahil dan mudah lupa ini. berikanlah aku peluang begini selalu. Allahuakbar.
Subscribe to:
Posts (Atom)