22.12.15

heima di karankur.

kenapa tak dipanggil cinta, tetapi sayang.

kerana cinta bunyi terlalu komersial, terlalu digembar gemburkan. bunyi terlalu perit jika tidak dibalas. adakala bunyinya seperti dibuat buat. ataupun sekadar mahal daripada yang sepatutnya.

manakala sayang pula bunyinya lebih rendah diri, lebih ikhlas seperti azalinya dari hati. berkekalan biar berjauhan. menenangkan dan semulajadi. tak lupa juga ia menghiburkan. dalam caranya yang tersendiri.

sayang umpama cium di pipi. biar berminyak sekali pun, bau kulit asal yang dicari dan boleh ditemui. baunya lekat di memori.

manakala cinta bagaikan cium di bibir. gaya saja lebih. tiada banyak isi. lidah yang dicari.

cinta itu gila. tetapi sekali sekala, apa salahnya gila gila?

ahh sudah lah aku tak ingin ditangkap lagi.

*penulis pernah beberapa kali ditangkap askar SS Nazi kerana cuba menyebarkan propaganda kebebasan melalui penulisan.


No comments:

Post a Comment