sebagai seorang warganegara tipikal. kadangkala aku mengejar lampu isyarat, sebelum ianya bertukar menjadi merah. tapi bergantung kepada mood lah. kot. seperti sewaktu hendak ke tempat kerja semalam, di lampu isyarat besar HICOM.
"ting,ting,ting" (bayangkan lampu isyarat dengan bunyi ala ala loceng di dalam kepala anda. nak lebih canggih, bayangkan lampu isyarat tersebut berwarna kuning)
aku mencilok dengan sedikit tergesa gesa. ada suatu ketika, ruangnya senipis kulit bawang, barangkali senipis sel, namun celus dengan gaya serong, di antara lori dan teksi lama.
kelihatan kenderaan sebaris di hadapan aku juga laju. ya. mereka pasti warganegara sejati. beberapa saat lagi lampu akan bertukar merah. untuk memudahkan tindakan meloloskan diri, aku berpindah dari lorong 3 ke lorong 4.
sudah aku kira mengggunakan abakus kepala. jika aku dan kereta barisan hadapan bergerak dalam kelajuan selari seperti ini, aku akan lepas ke lorong 4 dengan sempurna dan lolos lampu isyarat. dan seperti hari hari biasa, aku tenang melakukannya. kerana mereka juga tiada tanda tanda berhenti.lalu aku menyerongkan pusat graviti badan, bertukar lorong.
ketika hendak habis lorong itu aku potong...
kereta tu brek la sial! kepala bana dia! apahal goyang di saat akhir!
dan berbondong bondong lah carutan terpacul di dalam kepala di dalam pecahan saat bunyi brek tayar motor yang menyeret. carutan itu kutujukan khas kepada pemandu kereta di hadapan kerana mengalah di saat saat akhir, sedangkan kereta lorong lorong lain ada yang lolos,
"dukkkk"
tayar motor aku membelah bumper kereta nya. ketika itu aku terapung di udara dalam aksi wikang. apa yang aku fikir, aku tak mahu terbang ke hadapan. kerana aku tahu ianya pasti sakit nauzubillah. lalu aku genggam grip handle sekemas seutuh karang.
"duk duk duk"
tayar belakang landing dengan gayanya.
"alahaiii asal kau brek tiba tiba!" maksud aku, tadi kau bukan main laju, lepas tu goyang, brek mengejut. macam tak patut marah kalau ikut undang undang jalanraya kerana itu memang tempat brek. tapi nak marah juga. mengenangkan gayanya tadi.
keluar seorang lelaki dalam 50 an. "padan lah goyang. orang tua rupanya", bisik aku dalam hati,
setelah bertaki sepam dua, aku pun setuju lah untuk bayar bumper pak cik tersebut. nak bertaki lama lama pun tak guna sebab aku yang hentam belakang dia. jadi aku bertaki light light je.
kami berdiskusi di stesen minyak. dia telefon pomennya, aku telefon botak untuk mendapatkan harga bumper. tapi dia habis telefon dulu. mungkin tak rapat dengan pomen barangkali.
dan bila bercakap dengan botak sudah pasti besertakan caci maki. aku ketawa besar dengan perangai lahanatnya itu. bersungguh berdekah dekah.
pak cik terbelah bumper hairan melihat aku. "sudahlah karate bumper kereta orang, sport rim motor dah jadi bujur, kaki hencot hencot, lepastu nak bayar aku RM300 lagi, masih boleh ter kah kah kah kah?" barangkali di dalam hatinya.
aku berjalan ke arahnya sambil tersenyum.
kalaulah semua benda nak fikir beria sangat, nak ambil hati sangat, nak rasa malang sangat, boleh jadi gila. kan? jadi kalau masih mampu bergelak tawa tu, haa gelak, gelak.
setelah nego macam beli barang kat mudah.my, aku korbankan modal balik kampung aku kepada pakcik tersebut. di dalam sinar matanya aku nampak bumper baru yang memanchor manchor. pesannya kepada aku agar lebih berhati hati. eleh, dia pun sama la!
teringat aku ada yang berkata orang seperti aku ini liat nyawanya. panjang umur barangkali. amin.
No comments:
Post a Comment