21.6.11

di dalam hati tidak ku lupa sebagai rambut bersimpul mati

dulu aku kreatif.aku banyak memerah otak bersama untuk kemajuan. aku hampir selesaikan masalah kewangan greece. aku hampir dapat selesaikan masalah perpaduan malaysia. aku discover banyak teori.sebut saja.dolphin melarikan diri ke angkasa akibat kecewa dengan manusia, penangan mat rempit bila mula mampu memiliki kereta, tahyul tipikal melayu, dan  macam-macam lagi.

tapi sekarang tidak macam dulu.

semuanya bermula pada petang ahad.aku ke kedai beli berus lukisan halal.tiba tiba aku ternampak gam power.aku fikir boleh la aku gam lantai parquet bilik aku yang selalu tercabut bila aku berjalan di atas permukaannya.kerana aku rasa tertekan terpaksa memilih mana padanan yang betul dan memasukkannya kembali ke ruang yang sepatutnya.bangun tidur pagi pagi pun aku kena main puzzle tu.

sambung balik cerita petang ahad.sampai rumah dengan belengasnya aku gam kepingan kepingan parquet tu dengan rakus.dah sudah aku baring bawah kipas tengok tv sambil minum air sejuk.tiba tiba aku rasa kosong.aku masuk bilik.aku jalan jalan pusing pusing.takda apa yang berlaku.aku masih kosong.

bila malam aku tak boleh tidur.aku tengok lantai.takda kepingan bersepah.takda ruang kosong untuk aku penuhi.kosong dan rata.

aku cuba cabut kepingan yang aku lekatkan petang sebelum tu.tapi gam 14 ringgit tu memang power.aku baring semula.tangan kanan atas dahi mata tengok siling.dan aku kekal macam tu sampai harini.

4.6.11

tahyulism mencengkam mindamu tatkala cinta bertamu


sekarang ni sana sini ada hantu.mulut orang kata macam macam.tapi menurut encik zambry ishak ketua rukun tetangga taman batu permai, ini petanda pilihanraya dah dekat.

masa kecik dulu borak borak hantu datang bila ada tayang main main hantu kat tv1.bala bala.bapak cuak tengok diorang kena makan belalang kunyit.

dah dah.tak nak main sangat bab bab ni.melayan lebih lebih nanti tahyulism.baik lepak minum teh bunga dengan nancy foo berborak pasal amalan manusia pada tuhan.