19.9.12

kenapa lupa tuhan?

kenapa lupa tuhan?
kerana bila pagi pilih untuk tidur sepuasnya
kerana bila celik mata penuh jadualnya
kerana bila bangun rezeki mahunya
kerana bila mandi naik serinya
kerana bila becermin riak rasanya
kerana bila sarapan lupa pembukanya
kerana bila bekerja mengelat akalnya
kerana bila tengah hari tamak nafsunya
kerana bila terlalu penuh kuyu matanya
kerana bila masuk waktu melengah sikapnya
kerana bila petang rumah rindunya
kerana bila bebayang panjang lelap letihnya
kerana bila gelap lapar perutnya
kerana bila lapang suka hatinya
kerana bila lewat esok mengganggunya
lupakah dia?

No comments:

Post a Comment