25.5.17

22.5.17

sepak teranjang

kerugian boleh datang dalam pelbagai bentuk
wang ringgit,perasaan,kenangan,dan sebagainya
dan apabila rugi
anda akan mengeluh
haih.apa aku nak buat sial
(terutamanya ketika anda terkelip kelip di tengah malam tidak boleh tidur)

jadi anda berfikir
patutlah seperti drama drama
bila si pembawa watak telah rugi
dia melepaskan kesakitannya dengan mabuk mabuk,berjoget joget atau apa saja yang memuaskan
tak kurang juga yang mengadu kepada tuhan

jadi anda bagaimana?

merasakan anda tidak mahu pedulikan dunia
mahu menentang segalanya
untuk kali ini sahaja
sekejap sahaja
untuk melegakan kesakitan

tapi
beranikah anda?
atau lebih tepat pengecutkah anda?
atau anda takut dengan dosa?
atau takut dengan mulut orang?

beranikah anda?
pengecutkah anda?

pergi matilah semua.

17.4.17

meeting pagi yang cakap perkara bukan bukan adalah satu benda yang memurungkan.

jadi mari aku ceritakan sebuah kisah
tentang seorang anak
seorang putera
seorang kesatria

telah dihantar bapanya, Raja di Timur
negeri pasir yang tandus
untuk mencari sebutir mutiara
mutiara yang adanya di laut yang sangat dalam

namun setibanya si putera 
dia dijamukan dengan secawan minuman
secawan yang memadamkan ingatan dan kenangan
hingga terlupa dirinya seorang anak Raja
terlupa tentang mutiara
dan hanyut dalam tidur yang sangat menyenyakkan

tetapi si Raja tidak pernah lupakan anaknya
tiada putus menghantar pesanan
utusan
panduan
tetapi si putera terus tertidur

wahai anakku
lihatlah pohon pohon di sekelilingmu
mereka berpesan bahawa segalanya mungkin
kamu boleh jadi apa saja yang kamu mahu
buat apa sahaja, semuanya

wahai anakku
kamu sama sahaja seperti aku
tidakkah kamu dapat cari apa ertinya kehidupan?
tidakkah kamu dapat menyelesaikan teka teki hidup?

sama seperti aku
seorang musafir
orang yang terasing
serpihan
sebahagian

wahai anakku
aku kenal kamu
aku tahu jiwa kamu
hakikatnya kamu tidak pernah keseorangan
adanya Dia memimpin dan menunjukkan jalan
dengan cara yang tidak dapat kamu lihat

jika kamu tidak gembira
janganlah kamu terlalu berduka
anggaplah ia pentanda dariNya
hanya sebaliknya
barangkali ia petanda yang Dia sangat sayangkan kamu
Dia tunjukkan kasihNya
bukan dengan cara membantumu lari dari kepahitan
tapi dengan menghantarkan kamu keperitan
hanya untuk memastikan bahawa kamu masih berdiri
berpijak di bumi

ada masanya kamu fikir 
kamu menghadapi sesuatu yang lebih dari kemampuan kamu
jauh hebat dari tekad kamu
hakikatnya
Dia mencabut kamu dari dunia
dan 
membuat kamu jumpa apa yang di sebaliknya

wujudnya kita bukan sekadar untuk bertahan
bersabar dengan dugaan
adanya kita 
menerimanya sebagai satu pemberian
pemberian yang sangat berharga
berharga daripada kegembiraan yang diangan angankan

(bawah sedar si anak)
dari mana hendak aku mulakan?
ayah
berikanlah aku semangat
kekuatan

ayah bangga dengan kamu
kamu akan lakukannya dengan baik sekali
lebih baik dari ayah
dengan cara yang sepatutnya bagi seorang seperti kamu
untuk mencari cahaya di timur
yang ditakdirkanNya untuk kamu

bulan
bintang
adanya mereka berkhidmat untuk kamu
merekalah petunjuk bagi pelayaran
cahaya cahaya di mata yang lain
mutiara

bangkitlah
lihatlah
jelmakanlah

anakku
ingatlah

mulakan.

(kesatria cawan/2015)










5.2.17

ombak hitam getaran jahat.

hidup ini penuh cabaran.benda paling mencabar adalah menjadi penyokong liverpool.serius.signifikan kehidupan.

2.2.17

home part 3.

she was pretty beat up by the society.

she wake up and scream.

''LIBERTAD! LIBERTAD! LIBERTAD!"

and the walls started to crack.

brick by brick.

for some reason, she knows it will be a breakthrough.

so she decided to sit and watch.

with tired eyes, tired minds, tired souls, she fall asleep.

and she has a flower in her hand.

god speed you cherry blossom.