kali ini aku nak berkongsi sesuatu yang lebih bermanfaat.
kau tahu pasal pembangunan sumber manusia berhad? orang panggil psmb tu. kalau
nak town sikit orang panggil hrdf. hrdf tu human resource development fund. samalah
tu. hrdf tu produk psmb. ibunya akta pembangunan sumber manusia berhad 2001. alah
yang kena bayo levi tiap tiap bulan tu. tak tau lagi? berapa lama jadi orang hr ni? macam mana nak jadi tokey besar ni?? ada hati nak jadi co sec daftarkan company orang?? ajje gile.
ini la masalahnya. epf socso tau belaka. hrdf tak tahu. takpa ni aku kongsi sikit apa aku tahu. pasal sejarah nanti lah
aku cerita. cerita awal awal kang tak sedap lah. buku teks sejarah pun dia
letak gambo kat first page. takut orang tido.
begini. mula mula aku nak cerita siapa yang diliputi (gila
bahasa kerajaan ni) bawah hrdf ni. kalau memenuhi requirements di bawah, haa kena la tu. tengok jadual kat bawah nu ha.
Sektor
|
Deskripsi Aktiviti
|
Kelayakan Majikan
|
Tarikh kuatkuasa
|
Perkilangan
|
Pembuatan atau pemprosesan supaya bahan
tersebut dapat digunakan, dijual, diangkut ,dihantar, dilupus, temasuklah
pembinaan kapal dan pemasangan bahagian-bahagian kapal
|
≧50 pekerja
|
1/1/1993
|
≧50
pekerja &
modal berbayar
≧RM
2.5 juta
|
1/1/1995
|
||
≦50
pekerja &
modal berbayar
≦RM2.5
juta
(kategori pilihan) |
Tarikh
pendaftaran
|
||
Servis
|
Perhotelan,
Pengangkutan Udara, Pengendalian Pelancongan, Telekomunikasi, Penghantaran
Angkutan, Perkapalan, Pos/Kiriman Cepat, Pengiklanan, Perkomputeran
|
≧10 pekerja
|
1/1/1995
|
Tenaga,
Latihan, Pendidikan Tinggi
|
≧10 pekerja
|
17/2/2000
|
|
Jualan
Langsung, Pelabuhan, Sokongan dan Penyenggaraan Kejuruteraan, Penyelidikan
dan Pembangunan, Penggudangan, Keselamatan, Hospital Swasta
|
≧10 pekerja
|
1/1/2005
|
|
Pengangkutan
Darat Perdagangan, Pengangkutan Kereta Api
|
≧10 pekerja
|
1/12/2007
|
|
Pasar
Raya Besar
|
≧50 pekerja
|
1/1/2005
|
dah diliputi tu kena buat menda? kena daftar la wehh. dah
jadi wajib tu. daftar senang je isi borang 1 campur dokumen sokongan yang
basic basic tu lah. 9, 24, 49, epf/ socso statement. pentingnya kena tahu hrdf
ni sebab tarikh kau kena bayar tu bukan ikut tarikh kau daftar. tapi tarikh akta tu menjadi berkuatkuasa ke atas kau. contohnya, kau ada lapan kapal terbang dan pengangkutan udara tu la bisnes kau. kau ada 10 orang pekerja warganegara Malaysia awal tahun ni. maknanya di situ dah jadi wajib untuk berdaftar. kena daftar awal tahun dulu sepatutnya. kalau kau dah jadi wajib tapi kau loklei loklei
tak nak daftar lagi, ha mendapat la nanti. jangan kata tak tahu, aku dah
bagitahu ni. tak nak daftar tak nak bayar nanti kena kena dakwa kena kompaun
kena jel dengan geng geng kementerian, aku tak nak campur.
yang kena bayor bayor levi tu amenda pulok? ok kalau company
kau dah jadi wajib sebab diliputi di bawah akta, dia kena daftar lepas tu bayar
levi. levi ni kena bayar tiap tiap bulan. alah macam epf socso tu jugak lah.
nak mengiranya senang je. 1% x basic salary + fixed allowances semua pekerja
warganegara Malaysia tu. kalau o.t ke mileage ke jangan la campur sekali. tu
bukannya fixed. kang tak pasal pasal kena bayar mahal. lepas tu bising. eh
chop. ni bukan potong gaji pekerja tahu. ni company yang bayar.
amboi amboi amboi. apa kerajaan ni bang. itu nak kena bayor
ini nak kena bayor. macam mana rakyat nak maju? company company hak sedang sedang
ni macam mana nak hidup? makan duit rakyat ke apa? ni lagi apa pasal kira warganegara Malaysia pulak? cukai foreign workers pun kena bayor ni orang kita sendiri pun nak cukai ke?haa??haa???
ha itu la kau. itu la dia. iiiiituuuuu la dia. tau nak
mengamuk aje. jangan mengamuk. episod akan datang aku cerita kenapa kena daftar kena bayar semua ni. simpan dulu
amukan tersebut. aku nak tengok cerita cina tibi dua ni.
boleh tak saya nk tahu lebih lanjut berkenaan dengan HRDF ni...? sebb sy cuba call HRDF tp x angkat...
ReplyDeletesaya nak tahu...
1) mcm mne if compny tu mempunyai tidak lebih dari 10 orang pekerja? perlu dftar HRDF jugak atau bagaimana?
*maafkan sy.. sy baru belajar...
ancau.babi
ReplyDeletei nk tau lebih lanjut tentang hrdf ni mcm mn? ade krusus ke? sorry br nk belajar
ReplyDeleteTahu tak peranan psmb apa
ReplyDeleteApa benda punya penerangan bahasa pon bahasa pasar
ReplyDeleteSambungan nak pergi kat mana?
ReplyDeleteArtikel ini sangat menarik dan memberikan banyak maklumat berguna tentang kepentingan latihan dan pembangunan diri. Bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran, saya syorkan untuk mendaftar dalam program HRDF. Ia dapat membantu dalam meningkatkan kualiti kerja dan kerjaya. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini!
ReplyDelete