1.9.12

sampah dari draf

benda yang tak habis dan basi. dikeluarkan supaya jadi tapai pulut dan tak bertajuk:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
i.
beginilah.bila aku tiada nanti, bilang sama semua orang aku pergi berunding dengan raksasa pemakan tenaga letrik itu. aku tak akan beradu tenaga dengan sang suria. kerana seseorang tak perlu bertarung apabila pertarungan itu bukan miliknya. kau pulak berhenti menipu. pergi ke sekolah. belajar supaya kau tahu apa itu dunia. rasa apa yang orang lain rasa. jangan malu kelak nanti kau jadi seperti aku. ini topeng plastik. pakai supaya dapat bermuka muka. kerana hidup ini adalah tentang diri sendiri jua akhirnya saat kau jatuh dan dijatuhkan. bila tiba saat itu kau tekan butang reset pada alat kawalan ni.bas aku dah sampai. nanti bila kau nak pulang akan aku pesan sama ibu untuk buatkan kuih bijan rangup. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ii.
lalu kau tanya dalam hujan ke mana aku nak pergi. aku berpaling meninggalkan kau dengan plastik merah berisi tiga biji buah mangga. trafik sesak buat aku tiada masa lihat cermin pandang belakang kerana penuh kenderaan kiri kanan longkang. terkenang foto pertama kita di hagia sophia semasa kau masih berambut panjang dan sedikit kerinting di hujung. sengaja kau buat untuk keluar dengan ku aku tahu. tabiat kau susah senyum dan muka garang buat aku senyum seorang.dan aku lambai tangan kanan tanda ikhlas. lalu aku bergegas menjadi kelindan memburu harta. satu haram duit aku tak keluar. dan bila pulang ku hulur wang tunai, mesen basuh, tv lcd dan mangkuk corning untuk kau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
iii.
dah lama aku tak dapat sesuatu yang baru.ia membuatkan aku terasa lama.



No comments:

Post a Comment