11.5.12

cari jarum jam

sebagai beruk, masa kecil aku banyak dihabiskan di atas pokok bersama kawan kawan. aku suka makan buah malazom.rupanya macam epal tapi rasanya macam pisang goreng.masa tu aku sangka aku boleh bermain di atas pokok sampai mati.

namun musim berganti angin tak pernah berhenti. kawasan padang rumput dan pasir semakin meluas dan meracuni pokok pokok taman permainan aku.lalu aku dan kawan kawan mula berjinak jinak jejak kaki ke tanah untuk bermain dan cari makan.

kehidupan kami sekali lagi berubah bila paras air meningkat. tanah tempat aku bermain dibahagi bahagi  air. kawan kawan aku terpisah dan aku terpaksa mengayuh sampan untuk menziarah. pada masa yang sama aku semakin matang dan berdikari. aku sudah mula belajar lepak mamak minum teh tarik dan hisap rokok.

hari ini genap umur aku tujuh juta tahun 13 hari. aku ke pejabat seperti biasa. setelah penat membuat panggilan untuk menjual produk kesihatan seperti mesin urut, plaster nikotin, mesin laser jerawat  dan sebagainya, aku berehat sebentar di pantri sambil membaca.

datang beruk beruk lain. mereka ketawakan apa yang aku baca. ejek mereka aku tiada pegangan. aku soal apa pegangan mereka. tiada jawapan hanya derai tawa. aku bilang aku punyai pegangan sendiri bukan pegangan seperti mereka. mereka bilang pegangan mereka adalah tidak seperti aku dan pegangan mereka paling benar dalam dunia. sehingga kami bertikam lidah. oleh kerana pantri tak sedap nak bertikam lidah, kami bertumbuk di atas jalan tar.

sedang aku overhead kick kepala salah satu beruk, kami dengar jeritan daripada atas.

"hoi bahalol!!!jadi manusia rasional sikit boleh tak !!!hidup takda pegangan ke!!!"

jeritan itu terngiang ngiang dalam kepala otak aku. fikiran menerawang sambil menunggang jet ski pulang ke rumah.siapa manusia rasional?apa pegangan mereka?

aku pulas habis pendikit minyak untuk sampai ke rumah segera.



10.5.12

kerana diciptakan

maaf tak pegang janji
maaf lupa diri
maaf muka masam
maaf tak mahu sembang
maaf tak ikut hukum
maaf sifat tak maksum
maaf.semua pun sama.maaf.