29.7.13

pada zaman dahulu.

kerana hari ni awal, menggodek godek internet lalu jumpa benda lama. post pertama di blog lama. keanak-anakan disulami kejujuran konon. nak nak pulak emma. dah ada anak pun dia sekarang. ecah electricolor pulak dah jadi engineer. mana entah saing saing lain, budak budak acah acah bloggers dulu. http://kelakuandanterjemahan.blogspot.com/

10.7.13

salam ramadhan.

ayam goreng tidak lagi berkokok di pagi hari.
senyap berpeluk setahun menunggu.
rimdunya pada ramadhan.
moga moga diri ini terus terus dijauhi daripada kejahilan dunia.
kuatkan hati kami ya Allah.
kuatkan hati kami ya Allah.
kuatkan hati kami ya Allah.
AMIN.

8.7.13

maruah seorang lelaki.

ketika turun dari jalan tikus, aku nampak sebuah moto yang mencurigakan. bila keluar daripada terowong lampu rosak, brader yang menunggang moto tersebut mengayuh moto menggunakan kaki seperti pertandingan rowing. tapi guna kaki. sah brader ni dalam masalah. lantas aku buat pusingan separuh donut buat buat sibuk.

"kenapa bang?" aku bertanya.

"takde ape.minyok ite kering", jawab brader cuba cakap kolumpo. macam la aku tak cam pekat kelantan.

"dah nak tolak dak ni?"

"xpe depan tu je. boleh jalan lagi ni. tengok ni".

burr. burr. burmm cepes cepes cepes....brader buktikan bahawa moto tersebut masih boleh hidup.

"betul xpayoh tolak ni?" aku tanya sekali lagi.

cepes cepes cepess!!! beliau pulas pendikit minyak tanda moto masih mampu menganjing.

"betul betul. takpo takpo boleh lagi ni", katanya yakin.

 "kalau macam tu saya gerak dulu na?"

"ha bereh bereh terima kasih terima kasih".

dalam tiga hasta aku buat pusingan separuh donut untuk pulang, aku dengar enjin moto tu mati. dari cermin pandang belakang aku nampak brader terlompat lompat start motor. dan di kala itu juga aku nampak muka brader pucat. aku tak pusing balik sebab tak nak jatuhkan maruah brader yang tadinya begitu konfiden.

setelah tapau roti pisang dua keping kat maulana, aku berhenti kat traffic light. dari jauh aku nampak objek yang agak familiar. ya...brader tadi tengah tolak moto...


3.7.13

terang terang tanah.

makin lama makin banyak.
makin lama makin hilang.

misteri adalah misteri.
jika langsung tidak dapat dirungkai, ia akan mewujudkan tembok mati.
membelenggu buntu. menghilangkan nafsu penyelesaian.
jika mudah untuk difikirkan jawapan, tiada lagi rindu tiada ingin tahu.

makin lama makin banyak.
makin lama makin hilang.
mintak tunjuk garis nipis di tengah.