19.6.15

ramadhan si jilbab

salam 1 ramadhan.

teringat zaman kejahilan duduk di rumah sewa.macam macam cara asalkan tak haus tak lapar ketika ramadhan.zaman itu juga muzik indie sedang berkembang rencak. zaman beli ladies jeans kat tesco.beli baju kosong di giant dan print sendiri.mungkin terma indie agak poyo tapi ilmu muzik aku tak dalam sanga. zaan liyana jasmay baru nak up lah senang kata.

sedang waktu tengah hari pacak aku dan yu kebulur. kami membeli beras timbang di padang jawa. lalu pulang ke batu tiga.masak.ada sekali kami dari tingkat 5A apartment ke bawah, memanggil alip yang baru pulang dari sembahyang jumaat.aku konyok konyok duit campak ke alip. "beli beras!"

dasar melayu kuat makan nasik.

kelas lecture adalah paling menggembirakan lagi lagi di lecture hall di menara. kami pergi kelas semata mata untuk bergembira jumpa kawan kawan. belajar sekali lah.selepas lecture kami ke tesco.beli barang barang untuk masak spaggethi. batu tukang masaknya.lalu kami makan tengah hari bersama sama.batu cuba mengekalkan puasanya.namun bila mengenangkan dosanya yang memasak untuk orang orang tak puasa, batu turut makan sama.

teknik batu untuk memastikan spagetthi cukup masak ialah dengan melempar spaghetti ke syiling flat.kalau spagetthi melekat bertepek di syiling, maksudnya ia sudah cukup lembut untuk dimakan.hebat beliau.

bila aku pulang kelas habis 3.30 petang kadang kala aku dengar jeritan daripada tingkat 5 rumah. ahli ahli rumah bertepek di tingkap.baling duit ke bawah lalu aku menjadi pelanggan pertama mak cik nasi berlauk di bazar ramadhan.bila di tanya aku cakap, beli awal senang.balik rumah boleh tidur lepas tu bangun terus berbuka.

ada sekali duit tu lekat atas pokok sebab ditiup angin dari atas.tengah tengah hari tu aku panjat pokok dan ke bazar ramadhan.

tapi tidak lah hari hari begitu.kami dah ganti ok.kawan kawan aku alhamdulillah semuanya berjaya.dan entri ini akan dipadam nanti.bimbang mereka dah jadi datuk datuk, orang orang besar, jadi tohmahan pulak.

walau tidak bertemu lagi aku doakan kamu semua sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah S.W.T.

minggu depan kalau aku dapat keluar dari pusat, aku nak ziarah kubur arwah robert.rindu robert si manusia genius. semoga dia di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.

untuk robert.




15.6.15

bila bicara soal mindu

ketika di pusat, ada satu modul berbentuk penghayatan. ada satu soalan dari penceramah berbunyi lebih kurang begini;

sesudah beberapa bulan tuan tuan di sini, tak boleh keluar, apakah yang tuan tuan rindu?

haram jadah. aku tak rindu apa doh benda kat luar. aku rindu kenangan dulu dulu. yang dah tak ada.

aku sakit jiwa barangkali. atau ironi seorang manusia rindukan benda yang dah tiada. aku tipikal ke radikal?