16.7.16

abang 92

hari ini aku berusia 29 tahun.orang panggil hari jadi. seperti biasa, hari jadi adalah hari yang sentimental. jauh dari isteri,keluarga, dan insan insan lain yang disayangi. memang menjadi tradisi bahawa harijadi diisi dengan melayan perasaan sendiri.  memandu sambil diiringi lagu lagu yang menghanyutkan perasaan. mengenangkan apa yang telah aku capai dan juga kesilapan yang telah dilakukan.

tahun ini kurang ucapan selamat hari jadi aku terima. yang nyatanya semakin lama semakin berkurangan. ini bukan soal populariti. ini soal kawan kawan. aku mengaku terdapat kekurangan di dalam menjaga perhubungan dengan kawan kawan. barangkali semasa muda aku dulu, aku terlalu mengikutkan perasaan. dan semakin berusia juga, semakin ramai kenalan yang ditambah. tetapi, susah nak capai level kawan kawan. kawan kawan lama juga yang dirindui.

kepada kawan yang sama sama susah payah pada waktu muda dulu, aku minta maaf banyak banyak. dan terima kasih kerana berada di situ. tidak perlu lah aku sebutkan nama, kerana jika kamu menganggap aku sebagai kawan pada ketika itu, kamu lah orangnya. sesungguhnya aku gembira dapat berkawan dengan kalian. dan berharap hubungan silaturahim itu dapat dijalin kembali dan berkekalan. realitinya aku tak banyak berubah pun. kebangangannya sama. cuma tidaklah bangang yang merosakkan hubungan. maksud aku bangang yang menghiburkan dan sedia membantu insyaAllah. #monologharijadi