29.12.16

KIL

tengah malam tadi, sengaja aku bukak tv kononnya nak layan mata sebab dah lama tak tertidur depan tv. channel dibukak sedang menayangkan filem filem melayu. 

masa aku bukak tu, cerita apa entah tajuknya baru nak habis; aaron aziz kena hukum gantung sebab bunuh sapa entah. lepas tu ada scene kat POJ yang nampak tak kena. kredit keluar. habis.

cerita seterusnya. logo grand brilliance muncul, kemudian flux visual lab. aku rasa aku tahu dah cerita apa. seterusnya scene ekzos kereta. ya.. ini ialah kil. dapat agak sebelum keluar scene beb. kerana aku tengok lebih dari sepuluh kali.

sejujurnya aku amat terkesan dengan cerita ini. perasaan itu sangat sampai. kerana pada waktu ianya muncul di pawagam, kehidupan aku sedikit sunyi dan tertekan. pada masa itu aku anggap diri aku adalah seorang anak muda bekerjaya yang tinggal berseorangan di apartment, di kota raya yang sesak. hah begitu. oleh sebab itu, aku begitu mendalami karakter akil. tapi tidaklah nak bunuh diri. cuma kesunyian itu dirasai.

cerita tu pun kurang ajar. terdapat beberapa moment kiut yang janggal. yang meruntun hati seorang lonesome lantas membuatkan lonesome tersebut senyum sendiri. terutamanya akibat lakonan cristina suzanne yang tenang dan bersahaja. sehinggakan aku terhafal dialog dialognya. cih. aku yang acah acah tak berperasaan ni boleh ter cair dengannya. betul betul cih. tak salah jika aku katakan, sejak dari itu aku idamkan gadis yang misteri, dan pada masa yang sama kiut, bersahaja, seperti zara.

kil juga mengingatkan tentang hidup di masa aku bersendirian. hidup sendiri sebenarnya tidaklah terlalu jelik. itu adalah masa sendiri. banyak yang kau boleh faham tentang diri sendiri. banyak yang kau boleh simpan sendiri sehingga tak perlu menghadap judgement dari orang lain. hidup sendiri bukanlah tak berkawan dengan orang langsung. busuk busuk, kawan kawan di pejabat kenalah ada. kawan kawan ketawa. kawan rapat yang memahami tapi tak boleh bantu pun takpa. kawan seperti zara pulak merupakan satu bonus. hihi. kawan itu merupakan warna. ketawa pula merupakan ubat kesunyian.

dan apabila keseorangan, kau lah yang pilih macam mana nak kasi warna. terjaga tiga empat pagi, pandu kereta pusing pusing kl. beli barang dapur pukul 4 pagi di NSK. basuh baju di kedai dobi 24 jam. buat rare sembahyang subuh jemaah. kejar matahari terbit dan terbenam. sarapan pagi sedap sedap ketika awal pagi orang tak ramai lagi kat kedai. berlari pagi pagi. tengok 24 hours in A&E, melekat dengan tv, kenal dengan orang bukan bukan, dapat hobi masuk hutan. boleh buat kerja sampai malam di rumah. masak macam orang putih. acah acah kool. eh. banyak warna la tu. tapi statusnya masih lonesome, mungkin status tersebut agak keras di mata masyarakat. tapi peduli apa. kau ok kot.

jadinya hidup bersendirian tidaklah se jelik mana (jelik adalah terjemahan aku sendiri terhadap perkataan sucks). selagi kau adalah seorang manusia yang waras, boleh sara diri sendiri, ianya boleh jadi indah dan boleh berakhir dengan indah. nikmatilah waktu waktu itu, kerana ia akan menjadi sesuatu yang dibanggakan, dirindukan, dan dihargai, di masa akan datang. 

*ps: aku dan zara tidak hidup bersama. tapi cinta misteri kami berkekalan.hiksss.





27.12.16

akas

di bahu jalan
ada kereta kereta diparkir
ada pemandu ada penumpang
ada yang pemandu sahaja
dan ada juga kereta kereta yang kosong

ada yang cari jalan
ada yang tak larat
ada yang menangis kesa-orangan
ada yang makan
ada yang menyiapkan kerja sebelum masuk mesyuarat
ada yang sedang buat keputusan
ada yang berkaseh kasehan
ada yang putus asa
ada yang sedang menipu
ada yang menunggu
dan ada juga yang masih tidak tahu apa yang telah dilakukannya untuk hari itu

semuanya sedang mencuri masa 
sebelum sampai ke destinasi

kamu yang mana satu?