25.5.17

22.5.17

sepak teranjang

kerugian boleh datang dalam pelbagai bentuk
wang ringgit,perasaan,kenangan,dan sebagainya
dan apabila rugi
anda akan mengeluh
haih.apa aku nak buat sial
(terutamanya ketika anda terkelip kelip di tengah malam tidak boleh tidur)

jadi anda berfikir
patutlah seperti drama drama
bila si pembawa watak telah rugi
dia melepaskan kesakitannya dengan mabuk mabuk,berjoget joget atau apa saja yang memuaskan
tak kurang juga yang mengadu kepada tuhan

jadi anda bagaimana?

merasakan anda tidak mahu pedulikan dunia
mahu menentang segalanya
untuk kali ini sahaja
sekejap sahaja
untuk melegakan kesakitan

tapi
beranikah anda?
atau lebih tepat pengecutkah anda?
atau anda takut dengan dosa?
atau takut dengan mulut orang?

beranikah anda?
pengecutkah anda?

pergi matilah semua.