4.9.11

setiap awan ada garisan peraknya.

9.30 pagi tadi bangun gosok baju stok seminggu. itulah tanda rutin hidup pekerja kolar ikut dan akan bermula balik. cuti satu minggu laju je habis.habis dah hari hari yang indah. tinggallah hari yang kau kena pulun 24 jam.

bukan takat cuti aja, banyak lagi benda lain yang dah habis.ramadhan dah habis. pertama kali dalam hidup terasa sangat ramadhan dah habis. on the way balik kampung malam raya hari tu tiba tiba sedih pulak. eceh. tapi betul. bukan nak cakap bagus tapi aku rasa sangat rugi. ramadhan aku kalut dengan dunia ke sana sini. tak di utilize .bukan nak kata bagus sangat tapi bila sampai satu ketika kau akan rasa kerugiannya sendiri. dah kena tunggu tahun depan.tu pun kalau dan.

benda lain hilang adalah wang.wang memang la hilang manjang tapi kali ni hilang RM 1899 dalam masa satu jam setengah dua hari sebelum raya. jaga lah atm card anda yang boleh buat debit card tu. hari hari kau shopping memanglah kau rasa benda ni amatlah memudahkan hidup kau. tapi sekali kau tercicir terhilangkan, dapatlah merasa niger shopping ipad nak beli kamera bagai pakai duit kau. bank tak boleh buat apa jep. yang menyenangkan tu lah fragile ya rabbi. kena  mengadu ttpm jugak. bukan nak sangat duit tu tapi nak tengok duty and justice nya tu boleh pergi takat mana.

hah raul meireles pun hilang?suka hati lah. hilang player peveret aku. babai abg mei semoga menyesal di sana.

tapi takda lah semua hilang. raya kan mendekatkan.heh. paling bagus berkumpul dengan kawan kawan sekolah rendah.biarpun kami semua orang kampung tapi alhamdulillah semuanya bekerjaya. kalau kecik kecik dulu berebut dragon ball, tangkap ketam, main bedil, tapi besar besar molek jadinya. itulah pentingnya pelajaran. budak budak ni bukan takat bekerjaya, ada yang bakal jadi pemimpin haa. raya dengan budak sekolah menengah tetap jalan macam tahun sebelum sebelumnya. terima kasih organizer semoga tak putus semuanya.

dah mari makan pulut mak kirim dan teruskan hidup di kota, danau kota dan plaza kota rayah. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada semua termasuk yang enggan memaafkan.saga nya kalah saga fabregas.

lahhh dalam rempit v3 ni ada lisa surihani rupanya. baik bagi tunggul je watak dia tu. patut aku rasa ada chemistry tadi lalu layan cita ni.

8.8.11

better than playing eggs. (lebih baik dari main telo)

bangun tidur cirit birit pertama kali sahur makan makanan bazar petang semalam konon tak mahu membazir.

dalam tandas minta tolong pada tuhan tak mahu sakit tak mahu cuti mahu cuti esok hari.

bontot pedih pakai setokin seluar baju turun bawah tunggang jetski laju laju.

sampai tempat kerja buat kerja bahagi kerja tipu kerja takut kerja kesian kerja.

balik rumah bukak tv tengok kartun basuh baju masak nasi lauk berbuka.

hidup laju laju malas melayan perasaan.

doni tu puasa.

bila aku bukak.berkobar kobar.

bila berkobar kobar.sampai tak tahu nak tulis yang mana.

sempoi.

hah.

kalau hujung hujung musim lepas abang mei dengan acik suarez. musim ni siapa pulak yang sedap?


1.8.11

satu remdan

ketua kantin: satuuuuu!!!
rakyat jelata: ramadan!!!
ketua kantin: satuuuuu!!!
rakyat jelata: ramadan!!!
ketua kantin buah last: satuuuuu!!!
rakyat jelata: ramadan la wehhh!!!

begitulah bersemangatnya warga kilang bantal kekabu di endau rompin selepas berbuka puasa. kelihatan 15-16 budak budak muda beransur mengelat tak nak teraweh. ketua kantin hanya geleng kepala. tak mampu berbuat apa apa. namun dia berazam mengubah approach berbaju batik kepada sesuatu yang boleh menarik minat orang muda. mungkin menganjurkan pertandingan meriam buluh selepas teraweh. atau menjemput maher zain jadi imam.

bagi aku remdan kali ini sedikit berbeza. kerana remdan lepas aku kakitangan pencetak baju yang bekerja ikut time U.S. siang remdan tidur.petang cari makan berbuka. malam sampai subuh bekerja. kegiatan bertumpu sekitar jalan cangkul dan kota kemuning. nama pun kerja time U.S. nak teraweh memang sempit masanya.

sekarang aku kuli di pejabat gomen yang berhad. sekali nak guna nama omputih sekali nak guna nama melayu. kecelaruan identiti. buat iklan dalam paper melayu makan half page, tapi dia tak pasal pasal bahasa omputih. ah raban kecelaruannya.

jadi kuli pejabat lain macam remdannya. tak sahur kerana pentingkan tidur, jam tiga petang dah sasau. aku fikirkan aku seorang yang kebal. rupanya aku lapar dan gagal mengkulikan diri dengan baik. stoned depan pc. cina sebelah pun nak lempang aku.

remdan ni memang art dia lain macam. selain pada kau boleh buat pahala, dia punya feel lain macam. nak nak pulak malam. malam tu rasa panjang. kau rasa happy ja. kalau hari biasa, pukul 11 dah berkira-kira nak tidur.kadang kadang bad mood nak tumbuk orang. tapi bulan remdan punya art, kau relax.

pagi bangun tidur tu je yang potong. dah jadi tabiat bangun pagi cucuh rokok dan berak. bila remdan, ketar bibir sampai ke bontot.

ahh dah la.nak makan kuih atas meja. kena banyak minum air masak.

28.7.11

fakof

apa cakap bukan bukannya!

alah.memang trend zaman sekarang la.benda benda tenet ni.suka hati orang.nak mencarut tunjuk kat orang lain.hari hari kata orang lain bongok walaupun pakai serban.atau pun sekadar check in cakap kau perempuan melayu paling disko sekali walaupun kau gemuk.

satu lagi trend sekarang bola.malam ni kena menang.pasal aku tak reti kira point skuasy. walaupun dia mantain nombor satu dunia.

21.6.11

di dalam hati tidak ku lupa sebagai rambut bersimpul mati

dulu aku kreatif.aku banyak memerah otak bersama untuk kemajuan. aku hampir selesaikan masalah kewangan greece. aku hampir dapat selesaikan masalah perpaduan malaysia. aku discover banyak teori.sebut saja.dolphin melarikan diri ke angkasa akibat kecewa dengan manusia, penangan mat rempit bila mula mampu memiliki kereta, tahyul tipikal melayu, dan  macam-macam lagi.

tapi sekarang tidak macam dulu.

semuanya bermula pada petang ahad.aku ke kedai beli berus lukisan halal.tiba tiba aku ternampak gam power.aku fikir boleh la aku gam lantai parquet bilik aku yang selalu tercabut bila aku berjalan di atas permukaannya.kerana aku rasa tertekan terpaksa memilih mana padanan yang betul dan memasukkannya kembali ke ruang yang sepatutnya.bangun tidur pagi pagi pun aku kena main puzzle tu.

sambung balik cerita petang ahad.sampai rumah dengan belengasnya aku gam kepingan kepingan parquet tu dengan rakus.dah sudah aku baring bawah kipas tengok tv sambil minum air sejuk.tiba tiba aku rasa kosong.aku masuk bilik.aku jalan jalan pusing pusing.takda apa yang berlaku.aku masih kosong.

bila malam aku tak boleh tidur.aku tengok lantai.takda kepingan bersepah.takda ruang kosong untuk aku penuhi.kosong dan rata.

aku cuba cabut kepingan yang aku lekatkan petang sebelum tu.tapi gam 14 ringgit tu memang power.aku baring semula.tangan kanan atas dahi mata tengok siling.dan aku kekal macam tu sampai harini.

4.6.11

tahyulism mencengkam mindamu tatkala cinta bertamu


sekarang ni sana sini ada hantu.mulut orang kata macam macam.tapi menurut encik zambry ishak ketua rukun tetangga taman batu permai, ini petanda pilihanraya dah dekat.

masa kecik dulu borak borak hantu datang bila ada tayang main main hantu kat tv1.bala bala.bapak cuak tengok diorang kena makan belalang kunyit.

dah dah.tak nak main sangat bab bab ni.melayan lebih lebih nanti tahyulism.baik lepak minum teh bunga dengan nancy foo berborak pasal amalan manusia pada tuhan.