20.5.13

kursk

tenggelam di dasar laut
tunggu dengan harapan
hac dikunci rapi
bimbang lemas
bimbang dikeronyok tekanan
gelap
gelap
gelap
sepasang kaki mendarat
tuang susu dalam laut
di sekitar bibir
tidak disedut tidak diluah
hanya terapung dibuai arus dalam
ketika itu
semua tahu
semuanya telah berakhir.

28.4.13

kairul zaman seorang pengundi berdaftar.

"anne.teh tarik satu.roti kosong satu."

zrussss.... teh tarik gelas besar digelongsor ke hujung kaunter bar tempat kairul zaman bertongkat dagu. ditangkapnya guna tangan kanan sambil mata ke tv. diangkat ibu jari tanda thumbs up kepada anne.

"saya kalau saya menjadi wakil rakyat di kawasan ini, saya akan pastikan lif lif berfungsi dan blok blok dicat semula. kita akan tunaikan permintaan rakyat kerana itu adalah tanggungjawab yang kita pikul. bukan macam orang lain yang hanya tahu menimbulkan masalah kepada rakyat dengan 3-4i012dqn q0duq09w dqhjdq0mp9 -023492mmn2d0iu2+2:5....."

burrrrrrr! seraya mulut kairul zaman berbuih! jantungnya berdegup kencang seperti kompang dipalu pengantin baru. kairul zaman cuba meraba pil ubat di dalam kocek seluar slack orlando nya yang baru dibeli di sogo. seperti scene cerita melayu nak mati terkapai-kapai nak ubat. dan macam selalu, kairul zaman tak dan. maka tersidai lah beliau di hujung kaunter bar.

kairul zaman alah dengan orang yang memburukkan orang lain. alahannya tahap merah.

zrusss.....roti kosong bersama kuah kari ikan digelongsor ke hujung kaunter bar. mengentam muka kairul zaman.


17.4.13

nasik lemak sambal kerang.

bila makan pagi sakit perut.
bila tak makan pagi pun sakit perut.
barangkali makan pagi hanyalah propaganda untuk memajukan industri makanan bijirin dan milo.
barangkali juga takdir pagi adalah sakit perut.
dan barangkali juga perut aku terlalu panjang.

12.4.13

tiga.

sudah lama tapak kaki tidak menyentuh tanah
bau rumput yang baru dipotong menambah perisa si penghirup udara
lalu aku menari ballet
ya aku inginkan sebuah pengembaraan!

tiga bulan beralas cadar putih
mesin mesin mengira nyawa
menginjak dalam limbo
menangis dan ketawa di dalam vakum

ada satu yang ku rindu
aku rindukan misteri mu
tapi sedikit aku tak gelisah
ya aku perlukan sebuah pengembaraan!

11.4.13

stay together for the kids.

ketika pulang dari tempat kerja dengan gaya tunggangan safee yang menunggang, terserempak dengan dua tiga puntung budak sekolah hisap rokok sambil main sepak sepak beg sekolah. sorang rakam pakai telipon pintar. aku memperlahankan motosikal buat buat usha, susah sikit nak brek maklumlah stem bengkok akibat sliding mengelak daripada kereta bahlol bulan lepas.ha boleh pun brek.aku bukak visor.

budak budak beransur buat buat macam nak naik bas.hah.tau takut dengan orang dewasa yang bertanggungjawab macam aku.kututup kembali visor sambil angkat kening sorang sorang macam ziana zain.

budak budak sekarang tak true betul. lagi teruk daripada budak tahap hisap rokok pakai alat goyang.

28.3.13

mengapa sinar neon dan gedung indah.

6.50 pagi.satu panggilan terlepas.mak.

8.50 pagi.ok telefon mak.

"ha assalamualaikum mak.kenapa mak telefon pagi tadi.saya tidur lagi sebenarnya sebab jadual saya hidup saya mula pukul tujuh".(sambil cuba menyembunyikan fakta aku semayang subuh lambat).

"ha waalaikumussalam.ha takda apa abang.mak mimpi abang mati eksiden.menangis nangis mak cerita kat abah. abang sihat?", sambil nak menangis lagi tu.

"ishh mak ni...orang sihat aje lah".

"ha takpalah kalau macam tu.."

"eh mak, nanti saya..".

tut...tut...tut...

lah dah dia letak pulak. mana aci main menangis. sebagai orang super saiya aku mana reti nak handle orang menangis. ok lah aku balik hujung minggu ni.

21.2.13

gila gila edisi bumper pilihanraya.

dari cahaya polos di dalam selimut hingga ke bingkai bingkai gambar di dinding. bila kali terakhir kamu lihat pemimpin sebenar. jasad dan roh tiada sekelumit benci. sokongnya tidak diumpan dibeli. naiknya tak pernah mengangkat diri. pesaing bukan musuh sejati apatah lagi memburuk burukkan. khidmatnya tidak membelenggu. bilakah kali terakhir kamu melihat pemimpin sebenar, selepas tuhan tidak lagi pilih untuk kamu.

apakah menjadi pemimpin itu sebuah cita cita. apa yang cuba dibuktikan melalui cita cita itu. adakah manusia perlu berusaha keras yakni melakukan apa saja untuk menjadi pemimpin. jika kamu bercita-cita menjadi pemimpin, bagaimana dengan orang lain. mahukah mereka dipimpin kamu dan mampukah kamu menjadi kepala. dan apa benar kuasa hadiahnya.

sesat sebentar adalah lumrah. lalu tercipta satu sistem suci dengan membuat pilihan. agar dapat mendapat persetujuan siapa yang layak membawa kamu kepada setiap hajat. seorang pemimpin dijulang julang. apa hajat kamu semua sama? lalu kitaran yang sama berulang dan kegilaan untuk menggapai cita cita sebagai pemimpin menjadi jadi. bila sudah gila bagaimana mahu suci.

sesat sebentar adalah lumrah. pada kulit belakang ada lipat lepat. dicantum gambar, dapatlah pemimpin yang sebenar. sementara itu, sesat sebentar adalah sebuah pilihan.