berkurun aku tak menulis.semuanya gara-gara laptop si pendek yang diserang virus.dia makan huruf satu -satu.gilababi.harini tak boleh tekan L.besok tak boleh tekan K.sampai harini C pun tak boleh tekan.aku nak eja chaon pun tak boleh.
besok aku kena pergi satu summit ni.kat one world hotel pj.aku ingat pj belah mana.kat ou rupanya.buat penat aku gelabah je.ceh.tajuknya smart sourcing summit-globalization of services in a techno-savvy era.aku rasa dia nak cerita pasal kereta savvy yang pakai spoiler besar.yang penting aku tak payah fikir pasal file besok dan jumaat.isi borang kursus mintak mintak ada benda boleh aku paham.bila bos tanya boleh aku buat-buat terer.
dari minggu lepas lagi sebenarnya aku nak update petak-petak ni.tapi syaitan dalam laptop musnahkan impian aku.gambar-gambar yang aku nak upload pun hilang.isnin aku jatuh motor.ala-ala luca cadalora.aku ingat aku nak buat buku yang bertajuk "the safe way in road accident".maksudnya walaupun berkali-kali accident,masih belum mati.
hari rabu telepon aku kena roket.sempoi je.dia kutip telepon aku atas jalan.bila aku telepon balik,dia ajak jumpa kat kajang.samuri satay.bila find pakai telepon lain, dia ada kat segambut.banyak cantik muka dia.dah la mencuri,menipu pulak tu.buatnya aku mati masa pegi kajang,berdosa taraf tutankhamun la kau.
nanti nak korek balik gambar-gambar tu.mata dah berat.besok nak belajar cara-cara modify savvy.dah la dapat vip pass.entah macam mana aku nak tido.ceh.