artikel ini dipeti daripada majalah “tumbesaran selepas zaman dinosor”.
tumbesaran adalah satu proses magis.konsep tumbesaran dipengaruhi oleh dua faktor, yakni “fak” dan “tor”. tumbesaran boleh dilihat daripada segi mental dan fizikal.pada chapter ini, maaf terlepas cakap bahasa asing pula.semula.pada bab ini kita akan berbicara daripada segi mental.
mental lelaki dewasa |
rajah di atas adalah contoh mental seorang laki-laki dewasa.sepertimana yang kita lihat mental laki-laki ini berwarna putih kecoklat-coklatan dan kekuning-kuningan. ini menunjukkan berlakunya pelbagai jenis renjatan berlaku di dalam hidupnya setakat ini.renjatan adalah merujuk kepada pengalaman perasaan.setiap kelopak yang terdapat pada mental melambangkan satu-satu pengalaman perasaan.
sebagai contoh, pada kelopak dua dari kiri.bila dijamah sedikit, kita dapat merasai kelopak itu mewakili perasaan gembira atas kejayaan yang dikecapi selama ini. namun begitu, apabila melihat pada tong cat, botol dan kotak di atas lantai,kita boleh fahami lelaki ini tidaklah seberjaya manapun.
pilihan yang baru dibeli |
rajah di atas pula menunjukkan bahagian yang sering menghadapi masalah pada mental.bahagian ini dipanggil pilihan.ia terletak pada pangkal mental.pilihan sering ditendang-tendang untuk mendapatkan keputusan.pilihan yang dipaksa, tidak dibuat dengan teliti,atau gagal dirancang tidak akan mendatangkan hasil yang baik.maka dengan itu, pilihan hendaklah dikaji daripada segala aspek.ini kerana, keputusan tersebut bukan sahaja untuk pada masa sekarang, bahkan untuk masa hadapan dan mungkin selama-lamanya.subjek yang tidak dipilih,sama ada di bawah pengaruh atau tidak, tidak akan kembali lagi.maka sepanjang hayat akan dikenang.meskipun anda berkelah di pantai cenang, tidak akan dapat meghilangkan perasaan tersebut.
seterusnya kita akan membincangkan tentang bagaimana mengatasi masalah pilihan.cakap mulut memang senag, tapi buku ini mengambil daripada situasi kehidupan sebenar.oleh kerana saya cakap tadi “kita akan membincangkan”, jadi kita akan berbincanglah. sekiranya saya sudah tiada, maka tiadalah perbincangan tersebut.jika ada umur yang panjang boleh kita bermain ragbi. maksud saya, bolehlah kita menyambung perbincangan isu ini di muka surat sebelah.
rumit! cukup rumit!
ReplyDeleteaku pun ada tajuk pasal rumit!
ReplyDelete