30.1.12

manusia dengan tindakan genius.

sebagai seorang rakyat yang sakit gigi, aku pergi ke klinik gigi rakyat kampung baru pagi tadi. sesudah register aku dipanggil ke kaunter. tak semena mena bau busuk. rupanya ada seseorang telah menyelek taik kucing atas lantai depan kaunter gigi. akak kaunter klinik biasa perasan kejadian tersebut lalu bersuara.

"laaa taik kucing rupanya. patut busuk sangat. cuba cek tapak kasut selipar masing masing. siapa yang bawaknya tadi". kerana dia tegas, semua usha usha tapak masing masing.

"haa dia tu kot. saya nampak dia keluar tadi". cakapnya sendiri. seorang bangla terkelidat kelidat depan pintu kat luar.

tettt.akak bukak pintu.

"haa u. tengok tapak kasut?".

kantoi bangla tu. habis la dia kena tarik telinga dengan akak kaunter.

"haa u la. dalam sudah busuk u terpijak taik kucing. pergi kesat sana betul betul lepas tu basuh selipar tu kat toilet. sabun ada kat depan tu".

lalu akak tu masuk dalam mop kesan taik kucing tersebut guna dettol dengan pencuci lantai paling wangi. bangla tu dah cuci selipar rasa lega sebab dia ingat dia kena belasah. semua orang dalam klinik lega sebab bau dah tak busuk.

genius.
yang tengah aku punya. tapi dia ke atas sikit. campur lubang yang tak berapa nampak. sakitnya macam kepala kena lenyek pelan pelan dengan tayar kereta. wajib dicabut tapi mahal nak mampos.


26.1.12

entri cinta yang serius.

apa pasal panggil entri? pasal fynn jamal panggil entri? kalau ikut pusat rujukan persuratan melayu entri maksudnya  perkara seperti butiran dan maklumat yang dimasukkan dalam satu senarai dan disusun mengikut abjad seperti dalam kamus. atau karya yang dikemukakan untuk masuk pertandingan.

habis pasal apa panggil entri walaupun maksudnya tak berapa kena? sebab kau tulis, setiap kata yang ditulis adalah subjektif pada hematnya. bermain dengan definisi, kreativiti dan manipulasi. kalau semua benda dalam dunia mengikut definisi secara harfiah dan kaku, maka tidak akan wujud istilah kreativiti. bila wujud kreativiti, bayang-bayang akan mendorong kepada manipulasi. walau apa pun yang berlaku di antara ketiga-tiganya, kecenderungannya adalah ke arah yang positif.

semakin luas penggunaan maka semakin luas pengetahuan dan pengalaman.jika sekeliling tidak dimanfaatkan, maka berlaku dua kerugian.rugi yang pertama rugi bila tak menang.rugi yang kedua yang lebih teruk adalah ruang yang ada tidak digunakan.

sebagai contoh seorang yang memiliki pengetahuan yang tak seberapa tapi nak masuk tv rancangan 1 Juta Money Drop. walaupun otak tak seberapa, tapi dengan pembahagian wang ringgit yang baik, iaitu dengan memanfaatkan setiap ruang yang ada, akan meningkatkan peluang survival. setidak-tidaknya gunakan apa yang yang ada daripada pada yakin dengan pasangan yang tak pernah tengak rancangan dokumentari.

kesemua ini menjurus kepada kepentingan untuk bermain bola sepak moden. tradisi dan sejarah adalah perkara yang tak dapat diubah. ia hanyalah kenangan manis yang harus dibanggakan bila mengecapi satu kenangan manis yang lain. bukannya kenangan manis yang harus dilaung laung ketika melawan cemuhan lawan.ianya kenangan manis untuk aspirasi bukan mengungkit perkara yang basi.

bola sepak moden berkait rapat dengan kreativiti, kawalan bola dan hantaran sempurna. tiada lagi kekerapan hantaran jauh seperti meriam untuk mencari penyerang tunggal. tiada lagi kekerapan berlari di sepanjang garisan tepi padang dan membuat hantaran lintang ke tengah.itu adalah gaya bola sepak masa dulu.atau encik jamil kata orang itali jaman dulu. daripada gol gol champions league musim lepas, 35% hasil dari hantaran permainan terbuka.through pass, lambung sikit lepas pertahanan,celah bedah dan sewaktu dengannya. 22% aja hasil daripada permainan tradisional.

kreativiti bukanlah kaki sentiasa kena berbelit belit. itu seekor sotong. ianya kreativiti untuk menjana serangan. pemain tengah adalah sangat penting untuk menjana serangan. contoh terbaik la ni silva. kreativiti seperti inilah yang wajib ada bagi setiap pemain tengah di dalam satu pasukan. dengan memanfaatkan setiap ruang yang ada dan visi yang baik, bola boleh masuk ke kotak penalti lawan tak kira lah ikut tepi ke, tengah ke, mana manalah. kreativiti diatur melalui taktikal cikgu di luar padang. bila di atas padang, ia akan datang sendiri kepada pemain kerana bola sepak ada di dalam darah mereka. kalau takda, baik main patuk ular, iaitu konda kondi dalam bahasa bandarnya.

mempunyai penyerang yang boleh sumbat gol adalah perkara yang biasa diisytiharkan ada dalam satu satu pasukan. tetapi dalam bola sepak moden, tanggungjawab penyerang untuk membantu menghasilkan gol dah jadi sama penting dengan sumbat gol. penyerang juga perlu kreatif memancing kawan penuhkan bahagian depan.bukan takat terpacak kat depan sorang sorang. musim lepas messi 50 gol, tapi bikin 21 gol untuk orang lain. terpacak sorang sorang tu orang main layang layang kat taman metropolitan.

berbalik kepada kawalan bola dan dan hantaran sempurna. 14 daripada 32 pasukan dalam champions league edisi sudah lagi, memiliki lebih separuh masa kawalan bola. bila sampai peringkat semi final, shalke aja yang mampu menempatkan diri dengan 44 % kawalan bola. jangan kira lah barca. purata hantaran sempurna dalam satu perlawanan adalah sebanyak 791 hantaran. pak cik roxburgh cakap, "the art of passing the opposition to death". memang pemain barca bagus bagus.tapi tak mustahil pasukan lain boleh buat benda yang sama.atau cuba mempraktikkan pendekatan baru sebagai usaha mencapai hasil yang sama.

haa.macam gol tadi kan?macam tu lah.hehehe.tak semestinya perlu ada pemain sebijik macam barca atau pun siapa siapa yang power. pendekatan baru dan penjenamaan semula paten bola sepak yang tak terlalu ortodoks dengan apa yang ada dan ortodoks dengan posisi. dunia makin berubah. spain yang tak setinggi mana pun juara dunia.

god speed craig bellamy.in anfield we trust.jumpa di wembley.YNWA.



15.1.12

klpickers

klpickers baru ja tat sat ni wujud pagenya kat facebook. ideanya senang saja.sedang aku memusing bundle kat klang dengan yu dan kebetulan aku jumpa baju brand sedap sedap, aku timbulkan persoalan mana kita nak jual baju kita sendiri kalau kita tak nak pakai dah?kalau tolak ke kedai bundle berapa sen je dapat?barang-barang tu bukannya dua tiga posen kita beli.ye dak?

ada banyak sebab kau tak nak dah baju baju atau barang barang yang kau beli dulu. sama ada kau dah gemuk baju tak padan, kau beli rasa lawa pakai dua tiga kali pakai rasa pening kepala,kau memang asyik beli pakaian tiap bulan sampai almari ada lapan, kau memang pakai baju ikut musim, kau nak pindah rumah, kau fashion victim, kau nak buat duit sikit daripada kau bagi kat adik adik kau pakai atau pun kau memang jenis keluar rumah minum teh tarik dah tak pakai baju dah.

jadi mana nak letak benda ni? kalau kau pergi pasar malam, kau pacak payung jual baju kau yang ada enam helai. sebelah kau ada mamat lain jual seluar baju dia tujuh helai. sebelah lagi ada makwa jual baju dia lapan helai. sebelah lagi ada lagi ada lagi ada lagi. tak manis lah macam tu. apa kata semua yang ada tadi tu dilonggokkan setempat. orang yang minat nak beli tak payah tengok kat satu satu tempat pastu pergi tempat lain dah. semuanya ada kat situ dan diorang boleh pilih.

itulah yang cuba diaplikasikan dalam page klpickers ni. senang aja. kau ambik gambar pakaian yang kau nak jual, macam format yang ada sekarang, tulis brand, saiz, harga, nama contacts dan apa apa descriptions yang kau rasa perlu, hantar kat email. habis mudah dan menjimatkan masa dah ni. bila admin dapat email, bukak and post gambar gambar tu. dan admin akan sort them out dalam album. contohnya bila dah februari 2012, orang masih boleh view album januari 2012.

transaksinya antara kau dengan orang yang nak beli. admin ni orang tengah apa dia nak sibuk. bukan barang dia bukan dapat duit kat dia pun. habis kuat pun dia akan alert kan kau bila ada orang berminat dengan barang kau.

barang barang yang boleh di pos ke sini adalah pakaian. tak kisah la apa rupa bentuk pun. kasut kasut pun boleh jugak. di sini brand dan kualiti adalah nombor satu. kenapa mengutamakan jenama? bukannya nak poyo tapi kalau beli ada harga, tak kan nak buang.ye dak? baik jual dengan harga yang boleh diterima akal. lagipun orang carik branded punya barang untuk rotate dia punya nafsu memakai. sesetengah orang lah. hee.lagi satu kenapa kualiti? yelah mestilah nak kualiti. biarpun baju tu kau dah pakai, nak jual pun mesti la dalam keadaan elok. kalau dah lusuh sangat nak jual jugak, ha suka hati lah.letak lah murah murah.

kesimpulannya klpickers adalah satu platform untuk semua orang yang nak jual pakaian terpakai mereka.tak rugi kau cuba jual daripada kau pening nak letak mana. untuk lihat page tersebut, please log on to http://www.facebook.com/klpickers dan untuk hantarkan gambar barang barang anda, ianya boleh dibuat ke klpickers@gmail.com. terms & conditons applied. bergerak seiringan.