26.1.12

entri cinta yang serius.

apa pasal panggil entri? pasal fynn jamal panggil entri? kalau ikut pusat rujukan persuratan melayu entri maksudnya  perkara seperti butiran dan maklumat yang dimasukkan dalam satu senarai dan disusun mengikut abjad seperti dalam kamus. atau karya yang dikemukakan untuk masuk pertandingan.

habis pasal apa panggil entri walaupun maksudnya tak berapa kena? sebab kau tulis, setiap kata yang ditulis adalah subjektif pada hematnya. bermain dengan definisi, kreativiti dan manipulasi. kalau semua benda dalam dunia mengikut definisi secara harfiah dan kaku, maka tidak akan wujud istilah kreativiti. bila wujud kreativiti, bayang-bayang akan mendorong kepada manipulasi. walau apa pun yang berlaku di antara ketiga-tiganya, kecenderungannya adalah ke arah yang positif.

semakin luas penggunaan maka semakin luas pengetahuan dan pengalaman.jika sekeliling tidak dimanfaatkan, maka berlaku dua kerugian.rugi yang pertama rugi bila tak menang.rugi yang kedua yang lebih teruk adalah ruang yang ada tidak digunakan.

sebagai contoh seorang yang memiliki pengetahuan yang tak seberapa tapi nak masuk tv rancangan 1 Juta Money Drop. walaupun otak tak seberapa, tapi dengan pembahagian wang ringgit yang baik, iaitu dengan memanfaatkan setiap ruang yang ada, akan meningkatkan peluang survival. setidak-tidaknya gunakan apa yang yang ada daripada pada yakin dengan pasangan yang tak pernah tengak rancangan dokumentari.

kesemua ini menjurus kepada kepentingan untuk bermain bola sepak moden. tradisi dan sejarah adalah perkara yang tak dapat diubah. ia hanyalah kenangan manis yang harus dibanggakan bila mengecapi satu kenangan manis yang lain. bukannya kenangan manis yang harus dilaung laung ketika melawan cemuhan lawan.ianya kenangan manis untuk aspirasi bukan mengungkit perkara yang basi.

bola sepak moden berkait rapat dengan kreativiti, kawalan bola dan hantaran sempurna. tiada lagi kekerapan hantaran jauh seperti meriam untuk mencari penyerang tunggal. tiada lagi kekerapan berlari di sepanjang garisan tepi padang dan membuat hantaran lintang ke tengah.itu adalah gaya bola sepak masa dulu.atau encik jamil kata orang itali jaman dulu. daripada gol gol champions league musim lepas, 35% hasil dari hantaran permainan terbuka.through pass, lambung sikit lepas pertahanan,celah bedah dan sewaktu dengannya. 22% aja hasil daripada permainan tradisional.

kreativiti bukanlah kaki sentiasa kena berbelit belit. itu seekor sotong. ianya kreativiti untuk menjana serangan. pemain tengah adalah sangat penting untuk menjana serangan. contoh terbaik la ni silva. kreativiti seperti inilah yang wajib ada bagi setiap pemain tengah di dalam satu pasukan. dengan memanfaatkan setiap ruang yang ada dan visi yang baik, bola boleh masuk ke kotak penalti lawan tak kira lah ikut tepi ke, tengah ke, mana manalah. kreativiti diatur melalui taktikal cikgu di luar padang. bila di atas padang, ia akan datang sendiri kepada pemain kerana bola sepak ada di dalam darah mereka. kalau takda, baik main patuk ular, iaitu konda kondi dalam bahasa bandarnya.

mempunyai penyerang yang boleh sumbat gol adalah perkara yang biasa diisytiharkan ada dalam satu satu pasukan. tetapi dalam bola sepak moden, tanggungjawab penyerang untuk membantu menghasilkan gol dah jadi sama penting dengan sumbat gol. penyerang juga perlu kreatif memancing kawan penuhkan bahagian depan.bukan takat terpacak kat depan sorang sorang. musim lepas messi 50 gol, tapi bikin 21 gol untuk orang lain. terpacak sorang sorang tu orang main layang layang kat taman metropolitan.

berbalik kepada kawalan bola dan dan hantaran sempurna. 14 daripada 32 pasukan dalam champions league edisi sudah lagi, memiliki lebih separuh masa kawalan bola. bila sampai peringkat semi final, shalke aja yang mampu menempatkan diri dengan 44 % kawalan bola. jangan kira lah barca. purata hantaran sempurna dalam satu perlawanan adalah sebanyak 791 hantaran. pak cik roxburgh cakap, "the art of passing the opposition to death". memang pemain barca bagus bagus.tapi tak mustahil pasukan lain boleh buat benda yang sama.atau cuba mempraktikkan pendekatan baru sebagai usaha mencapai hasil yang sama.

haa.macam gol tadi kan?macam tu lah.hehehe.tak semestinya perlu ada pemain sebijik macam barca atau pun siapa siapa yang power. pendekatan baru dan penjenamaan semula paten bola sepak yang tak terlalu ortodoks dengan apa yang ada dan ortodoks dengan posisi. dunia makin berubah. spain yang tak setinggi mana pun juara dunia.

god speed craig bellamy.in anfield we trust.jumpa di wembley.YNWA.



No comments:

Post a Comment