23.8.12

usah la abang membuang waktu mari menuju ke rumah bonda.

"aku pun dah tunang," kata ijan.
"ahh pedo'oh," simpang aku.
"sumpah?"
"sumpah."
"wallah?"
"hehehehe," ijan gelak monotone."tapi betullah".

kalau macam tu betul la tu.dah tahu betul cakap je lah wallah tadi. masih mahu bermuslihat. as cunning as a fox.

"habis kawin bila?"
"tahun depan la rancangnya" balas ijan yakin.
"banyaknya duit kau. aku pun nak kawin. tapi aku takda duit."
"aku bukan banyak duit pun.tunang aje dulu.nanti kumpullah seberapa yang ada sebelum date kawin tu."

shhyplekkkk...(ini sound effect).
salah satu lipatan di otak aku terbuka lalu timbul kefahaman terhadap konsep tersebut dan bolehlah dikira sebagai inovasi yang menyahut kempen kerajaan najib.

lalu kami tiba di mamak yang nat bilang seberang big 10. seberang apa. jauh kot dengan big 10.ada jalan, ada terminal bas, ada roundabout, ada rumput, ada ekspo, ada jalan lagi. agaknya geng geng ukur tanah suka ambik jalan mudah.

lalu nampaklah nat tengak berborak dengan akmal (menurut ijan). sebenarnya itu adalah bon yang berpenampilan kemas setelah berkecimpung dalam bidang insurans menurut jejak ain caldina andak pudin.fuh panjang nama.

No comments:

Post a Comment