25.8.15

genius masa tambahan

pernahkah anda menjadi genius sewaktu hendak tidur. sel sel otak aktif seperti dicas dadah agresif namun tidaklah sehingga psikotik.

lalu anda mula merangka rajah rajah di dalam otak. menyusun carta. mengarang nota nota ringkas ditepinya. anda lihat jam. sudah hampir satu pagi. anda pejamkan mata. cuba untuk tidur sambil berpesan kepada diri sendiri, besok pagi pagi aku lakarkan atas kertas.

satu setengah pagi. anda masih lagi belum lena. masih ada yang ditambah tolak di dalam kepala. sikit saja lagi. nanti bila otak rasa dah betul, baru rasa lega dan tidur dengan lena.

kerana RAM otak tidak berapa bagus, anda membuat sedikit catatan di dalam telefon pintar. tulis di notepad. penjuru atas belah kiri telefon pintar anda menunjukkan jam dua pagi.

tidak puas pula tulis di ruangan yang kecil, anda mula buka lampu meja dan membuat carik carik ayam dengan pensel di atas kertas. aliran ke sini tarik ke sini, ikut turutan supaya senang difahami. anda mula cucuh rokok untuk dapat feel.

untuk seketika anda rasa anda begitu genius. separuh masalah alam berjaya diselesaikan. anda kekal dalam tahap terbaik sehingga satu ketika. anda buntu. anda mengeluh kecil. garu garu kepala. anda jeling jam di dinding. jam empat pagi.

babi!

anda masih belum tidur. dan anda masih belum bangun pagi untuk ke tempat kerja. ya lah. dah belum tidur lagi, macam mana mahu bangun. lantas satu dilema baru datang; sama ada anda ingin kekal berjaga atau tidur sejemput. buatlah keputusan dengan tenang...


1 comment:

  1. hi Dear Friend Excellent working.
    http://www.auratrends.co.uk/
    http://grabbit.com.pk/

    ReplyDelete