3.10.10

habib jejaka kapak pendirian satu malam.

habib asal dari korea utara.sudah hampir 2 tahun habib menetap di sri muda section 25.habib tak pernah kesal berhijrah ke malaysia.habib suka.bahkan habib sudah pandai cakap bahasa.

habib tak pernah lengkapkan perkataan tu.habib selalu cakap,saya suka cakap bahasa.kenapa tak panggil bahasa melayu atau bahasa malaysia bib?habib jawab,saya bukan melayu.saya bukan malaysia.tapi saya boleh cakap apa.

habib kerja kat kedai telipon tangan.kadang kadang jual topup.dan deal dengan telipon tangan curi.tapi habib tak pernah mencuri.habib paling pantang orang panggil dia berro atau bro.dia lebih suka orang panggil dia beb.sebab dia perasan beb itu adalah bib,iaitu dari namanya,habib.

habib takut dengan skim piramid.atau mlm.habib kata skim piramid itu bagi firaun kaya dan illuminati.habib lebih suka kerja keras dan sembahyang.tapi kadang kadang habib main kuda 20sen kat mentari court.

habib kata mula mula dia sampai dia pelik dengan malaysia.macam usa dia kata.orang macam macam bangsa tapi boleh hidup sekali.katanya di korea utara semua orang sepesen.pagi pagi keluar kerja dengar lagu patriotik hidup mati untuk negara.sebab sebab lain dia kata mcm usa,makanan pertama dia jamah adalah nasi goreng usa kat maisha.habib juga bersyukur dia bukan orang israel.

habib juga tak suka mat rempit.pada habib,mat rempit tak sekolah tinggi dan tak pandai bergaya.asyik nak pakai baju polo ada nombor dengan spek itam rebeng.tapi habib tak berani sound.takut kena hentak.habib paling bengang tengok awek rempit yang cun cun.habib tak faham,kenapa la ikut mat rempit.oh habib juga suka tengok minah rempit bergaduh tarik tarik rambut.lawak b
angang habib kata.

habib selalu baca paper.metro.pasal bos dia selalu beli.habib baca je lah.dia menyampah sebenarnya.penuh dengan cerita letup sumber entah sapa sapa.kata jiran lah,kawan perempuan lah,ikut dan aje.lagipun dia tak suka dr.rozmey.habib tau bos beli nak baca berita stim stim dengan ruangan sakit puan.habib tak kisah asalkan bos ada minat membaca.

dulu habib minat dengan anak bos.umur 21.habib kata dia rock dan kool.bergaya pun macam awek rock.dengar lagu lagu omputih rock yang rare.sudah rapat baru habib tau anak bos kaki trend dan perasan comel.cukup menyampah habib.lagipun habib takut kena tumbuk dengan bos.

sejak minggu lepas habib tak datang kerja.orang orang area kedai naik heran.dengar cerita habib kena tangkap polis sebab main kuda.tapi gosip kuat cakap bilik sewa habib kena pecah.sejak tu dia hilang.owner jumpa passport macam macam negara dalam bilik habib.dan sepucuk pistol.juga sekuntum mawar putih atas meja.ramai orang kata habib double agent.siapa habib sebenarnya?

*preface-habib:axe man one night stand.

1 comment:

  1. siapa agaknya Habib ni. Misteri.
    macam nak kenal ngan dia pulak.

    ReplyDelete