25.11.10

sangap sangap sangap.

harini aku balik kerja lewat dari lewat biasa.bukan tandanya aku pekerja yang berwibawa.cuma kolumpo ni hujan sokmo semenjak dua menjak ni.mandi mandi baring atas kerusi sarang depan tv bukak laptop.hari ni aku tak mahu main game.sebab aku taknak jadi macam semalam.bila main aku nak menang.bila susah nak menang aku berusaha untuk menang.aku jadi sangap.tido lewat.lalu sayuran waktu kerja macam siang tadi.nak nak pulak lepas makan kambing kat ksm tengah hari tadi.

berbalik kepada sangap.aku kata pada diri sendiri jangan main game nanti sangap.lalu aku dapati itulah punca kepada kerugian dan kejahilan.

jangan isap dadah nanti sangap.
jangan beromen nanti sangap.
jangan bejudi nanti sangap.
jangan apa lagi.biasanya yang buruk buruk la.nanti sangap.

buruk kan bunyi "sangap" tu.sangap gila bunyi dia.
ok dah.

"hoi kucing.ambik remote tu.aku nak tengok farid ismeth ni.perang korea ni"

bodo punya kucing.baik bela dolphin.

24.11.10

orang orang yang dipermudahkan

ahad lalu aku dikejut yu pukul sebelas pagi.sebelas pagi haram jadah dia ajak pegi hakim.sebelas pagi orang tido.takpun tengok katun.takpun ada kat kebun menebas bakar semak samun.dia sama kuning.

rupanya mereka malas rehearsal selepas mendaftar untuk majlis konvokesyen.atau lebih dikenali sebagai hari the fellowship of the ring.maka dengan itu yu dan kuneng adalah lord of the rings.mereka juga boleh jadi lord zed jika mahu.atau lord denning.ataupun sekadar masak lordeh.

selepas semua makanan dibelanja kuneng seorang yang banyak duit selepas menjual lesen laman porno melayu, kami karok jamban sepuluh lagu.yu bongok buat hilang satu lagu sebab salah pilih.aku ternganga tengok kuneng rapping lagu will smith.aku hanya tahu nyanyi lagu melayu.paling omputeh pun lagu the killers.

sesudah berpeluh macam main futsal karok jamban punya pasal, aku nampak ada mesin game arcade tekken.mainan sekolah rendah dulu.lalu aku pegi tukar token.aku main tekken.yu main king of fighters.kuneng main lumba moto yang macam haram tu.dah la lumba sorang sorang.

oleh kerana duit aku ngam ngam tinggal isi minyak pegi keje besok, kami call it a day lah.hisap rokok dulu borak borak.kami akan kembali lagi nanti untuk kalahkan brader jaga tempat tu.

"senang je kan kita behibur.tak payah susah susah", bilang yu.

"kita orang mudah yu. benda ni pun dah boleh buat kita gembira", tambah aku sambil tenyeh chewing gum 
lekat kat tapak selipar.

kuneng membebel mabok lumba motor tadi

"ha tu awek tadi tukar token sepuluh ringgit.gila apa.siap tanya member dia cukup ke tidak", bilang yu lagi.

"alah diorang main game carik carik barang tu", tambah kuneng.nampak sangat kau usha diaorang.patut la main game lumba moto.cilanat.

"kecik-kecik mesti jahat tu dulu.kuat pegi kedai game",pendapat aku.lalu panjang lah cerita tentang persepsi orang tua terhadap kedai game dulu dulu.sebab dulu selalu campur tempat game, snuker, mesin kuda. yu kata dia balik rumah selalu kantoi bau kedai game.lagi ayam.dua batang habis kami bersurai.dalam perjalanan balik aku berangan dapat gaji nanti nak makan tgi friday.faham faham lah sendiri.

14.11.10

siaran tertunda.

kesian.dah lama tak update sejak menceburkan dan keterceburan diri dalam bidang daftar tamat pindah report ni.banyak je benda berlaku.tapi bila mengadap skrin nak update,berterabur benda dalam kepala.penyudahnya main game rise of nation yang aku download tak lama dulu.game tu mainnya masa study kat kedah 5 tahun lalu.saja nak main balik.nak main game canggih-canggih macam budak- budak zaman sekanrang tak reti pulak aku.lagipun aku bukan kaki game.tapi biasa la kalau dah main mesti la sangkut sekejap.kalau besoknya cuti,itulah kerja aku.

lagu background dia macam haram.aku selalu terngiang-ngiang.bodoh gila bunyi tu.tenenet nenet tenet tet.sekarang pun terngiang-ngiang.padahal game outdated gila kot.(ah haritu pun aku main pokemon,aku peduli ape.suka hati akulah).

tenenet nenet tenet tet.ah pundet.berbunyik lagi dia.diam la bongok.

eh apa pulak cakap pasal game.ha kan aku tak tahu nak tulis apa.macam haram.mari baca kertas panjang ni ha.tajuk dia pekeliling majikan bil.17/2009.

eh.bola malam tadi pun macam haram.godemit.