24.11.10

orang orang yang dipermudahkan

ahad lalu aku dikejut yu pukul sebelas pagi.sebelas pagi haram jadah dia ajak pegi hakim.sebelas pagi orang tido.takpun tengok katun.takpun ada kat kebun menebas bakar semak samun.dia sama kuning.

rupanya mereka malas rehearsal selepas mendaftar untuk majlis konvokesyen.atau lebih dikenali sebagai hari the fellowship of the ring.maka dengan itu yu dan kuneng adalah lord of the rings.mereka juga boleh jadi lord zed jika mahu.atau lord denning.ataupun sekadar masak lordeh.

selepas semua makanan dibelanja kuneng seorang yang banyak duit selepas menjual lesen laman porno melayu, kami karok jamban sepuluh lagu.yu bongok buat hilang satu lagu sebab salah pilih.aku ternganga tengok kuneng rapping lagu will smith.aku hanya tahu nyanyi lagu melayu.paling omputeh pun lagu the killers.

sesudah berpeluh macam main futsal karok jamban punya pasal, aku nampak ada mesin game arcade tekken.mainan sekolah rendah dulu.lalu aku pegi tukar token.aku main tekken.yu main king of fighters.kuneng main lumba moto yang macam haram tu.dah la lumba sorang sorang.

oleh kerana duit aku ngam ngam tinggal isi minyak pegi keje besok, kami call it a day lah.hisap rokok dulu borak borak.kami akan kembali lagi nanti untuk kalahkan brader jaga tempat tu.

"senang je kan kita behibur.tak payah susah susah", bilang yu.

"kita orang mudah yu. benda ni pun dah boleh buat kita gembira", tambah aku sambil tenyeh chewing gum 
lekat kat tapak selipar.

kuneng membebel mabok lumba motor tadi

"ha tu awek tadi tukar token sepuluh ringgit.gila apa.siap tanya member dia cukup ke tidak", bilang yu lagi.

"alah diorang main game carik carik barang tu", tambah kuneng.nampak sangat kau usha diaorang.patut la main game lumba moto.cilanat.

"kecik-kecik mesti jahat tu dulu.kuat pegi kedai game",pendapat aku.lalu panjang lah cerita tentang persepsi orang tua terhadap kedai game dulu dulu.sebab dulu selalu campur tempat game, snuker, mesin kuda. yu kata dia balik rumah selalu kantoi bau kedai game.lagi ayam.dua batang habis kami bersurai.dalam perjalanan balik aku berangan dapat gaji nanti nak makan tgi friday.faham faham lah sendiri.

No comments:

Post a Comment