pukul 10 lebih malam tadi aku dah tertidur.disebabkan life aku yang takda life sekarang, hari raya cina pertama aku pergi opis.sebagai orang pertama sampai, aku dihadiahkan sekuntum ceramah tentang corak parking di depan lobi.memang pacik guard tu dah lama aim aku kerana sikap aku suka parking kat depan.memo memo memo tak habis ulang benda sama.aku sengih je lah.benda bukan tulis nama orang pun.dah nampak kosong caru je lah.customer customer.ni bukan kedai makan.yang datang pun orang banyak duit.takat bayar parking rm3.50 sejam kat manu tu tak jadi hal kot.kot....
ambik kunci tingkat dua.tonet tonet tonet dah pukul 11.lepas photostat satu surat aku nampak pintu keluar.pintu kecemasan.aku dah lama berminat dengan pintu tu.haritu aku penah bukak sekali.sebab aku ada bau rokok.aku ingat ada orang hisap rokok kat tangga kecemasan tu.boleh aku join tak payah turun bawah.tapi aku usha kejap haritu takda orang aku tutup lah.
memandangkan hari ni takda orang,aku bukak pintu tu lalu aku masuk.laaa ok jugak tangga ni.awat laa diorang tak hisap rokok kat sini.tak payah turun bawah.aku pun membuat draf soalan untuk ditanya pada senior senior isnin nanti dengan tajuk "kenapa tidak merokok di tangga kecemasan".setelah berpuas hati, aku pun nak masuk balik lah opis.bila aku nak bukak balik pintu tu..
damn donkey kong country.pintu tak boleh bukak dari luar.boleh bukak dari belah opis aje.
aku menggelabah beberapa minit.nak korek pakai kad ke?ehh tak boleh..nak menjerit mintak tolong? tak boleh.. kalau lemas boleh la.gigit lidah sampai putus lalu mati? tahan nafas sampai mati? jangan...
lalu aku turun tangga ke bawah dengan perasaan "tolonglah ada jalan keluar yang boleh keluar".nasib baik access card ada kat leher.biasanya kalau berlegar-legar dalam opis aku campak dalam laci.akhirnya aku sampai pintu bawah.ada meja lintang pukang,baju pak guard jemur dan beberapa obstacles yang tak logik ada.keluar belakang cafe lompat pegi basement.
sekarang ni aku fikir, betul ke design pintu tangga kecemasan macam tu? buatnya ada kebakaran lepas tu orang lari ikut tangga kecemasan.tiba-tiba kat tangga kecemasan ada monster.orang tadi nak lari masuk dalam balik tak boleh.mati la semua kena makan dengan monster.ke aku yang silap.tapi ye lah aku mengaku la silap jugak.draf soalan tadi aku kunya-kunyah dan telan.
Oooo...awak perokok ye.
ReplyDeletebukan.saya suka nasihat perokok.
ReplyDeletekahkahkah.len kali kunyah je rokok tu.tak mengeluarkan asap dan tayah g tangga kecemasan.
ReplyDelete