21.4.11

apa yang kau tahu

lunchbreak.aku jarang turun lunch.aku pegang makan tengah hari jadi mengantuk.kadang kadang sebab aku dah tinggal enam posen.kadang kadang aku terperangkap.

jadi aku lepak meja sendiri dengan gaya nak buat kerja.aku selalu buat kerja masa lunch sebab tak payah angkat telipon.aku memang tak minat angkat telipon.kecik kecik dulu pun bila rumah mula mula masuk telipon, aku malas nak angkat.mesti kawan kawan mak yang telipon ajak mengumpat tak pun order barang cosway.tapi satu je pantang kat sini.jangan bukak internet.

sekali aku tekan gorila firefox ni lingkuplah semua benda.bak kata ah lim, "bende ini simple saje..".benda pertama aku bukak blog bodo ni.bukan aku nak update sangat.aku nak baca benda yang rare.kalau cerita kau nak kawin daripada tujuh bulan lepas tak habis habis punya excited aku tak baca.kalau cerita kau pergi klabing ejaan kau macam gampang aku tak baca.kalau kau perasan kau gozipgalz xoxo aku tak baca.

yang aku baca adalah benda yang kau tak dapat dalam keadaan kau pakai baju batik hari khamis, fake smile dengan orang atasan dan borak politik yang kau sendiri tak boleh nak ubah diri.

sempoi.aku hanyut baca blog.aku tak kenal langsung kau tapi cerita kau aku pun pernah rasa.macam tu la ibaratnya.punyalah pantek dia punya sempoi, aku tak reti nak explain dalam bahasa.art dia lain macam.


gaji ahad aku rasa.macam biasa aku akan jadi urban seminggu.lepas tu sampah balik.

3 comments: