28.9.10

sedutan episod malam tadi

"pendekar saktis.hamba dapat alamat melalui mimpi bahawa kita perlu bertemu dengan seorang pendeta.pendeta lestari namanya."

pendekar saktis lain saling berbisik-bisik.nak ikut mimpi kau aje.ntah ye ntah tidak.dasar tak baca doa tido.

"sebentar arjuna.tuan hamba lupa cakap 'peace'."

"oh maafkan hamba.peace pendekar saktis."

peace..peace..jawab pendekar saktis lain.andika buat peace terbalik.rock katanya.

"lagi satu arjuna.kalau kita mahu bertemu pendeta lestari,kita perlu melepasi halangan impenetrable warriors!"

"ah tuan hamba ni mas ayu.hamba kan ada pedang yang ditempa tony wong.usah gusar."

lalu pendekar saktis teruskan perjalanan.di padang lalang kat rawang nu,mereka bertembung dengan impenetrable warriors.

impenetrable worriors belajar silat kat jepun.tengok dressup la.pakai tudung saji ada jaring tutup muka.ketua impenetrable warriors mara ke depan.

"nak lalu boleh.tapi kena lawan".

tak banyak cerita dia ni,fight je dalam kepala dia.

arjuna terintai-intai nak tengok muka ketua impenetrable worriors.menyampah dengan gaya arjuna,dia selak jaring tutup muka.

"nah tuan hamba nak tengok sangat.lain kali nak tengok cakap.jangan intai intai.merah pipi hamba."

arjuna tergamam.fikirlah sendiri macam mana gaya orang tergamam.

"apa?!rusdi ramli?!pendekar tendangan tanpa bayang!bagaimana tuan hamba boleh join impenetrable warriors?"

"zaman dah berubah arjuna.tuan hamba semua menikmati kecanggihan kesan khas dari kru.hamba tak mahu ketinggalan."

"habis.yang lain lain ni siapa?!faizal husin?raja azura?liza abdullah?atau...," arjuna mengira ngira pelakon pendekar di zaman budak budaknya.

"ahhh sudah arjuna!!mari kita mulakan!" rusdi ramli ambik lajak.apakah jurus yang bakal dikeluarkan?tendangan tanpa bayang??rolling melepasi 5 orang??tak mungkin dia nak lawan pedang.pedang rusdi ramli macam parang panjang je.kredit dah keluar.bersambung minggu hadapan.

-nantikan kemunculan tao bai bai pada episod akan datang.sokonglah babak tempatan anda -

jatidiri di tangan anda

"aku tak perlu cakap gua untuk trend.aku tak perlu buat bunyi untuk trend.kalau aku buat pun,memang datang dari aku sendiri.kesian kat trend.kau tak kesian?"
-zolt bucs ketika musim kegemilangan bersama pahang.

22.9.10

nampak tak.

hai.saya serigala.hormon saya tak seimbang.saya biasa biasa aje orangnya makhluknya.


ini merpati.dia terperangkap pada kotak bateri walkie talkie dalam kereta nat.belakang dia ada api wooo...

ini pulak kasut ola buat.dia lukis design tu pakai tangan.maksud aku, dia pakai berus,dye dan sebagainyalah.lawa kan.kalau berminat bagitahu aku.(abaikan tulisan kat tepi tu.dia yang buat bukan aku)


21.9.10

kekanda di medan perang,adinda di medan seni.

petang tadi aku ke seksyen 7.lama dah tak pergi sana sejak habis belajar di pusat kecemerlangan bumiputera yang tercinta.ikut highway.lalu belakang bhp.bhp.oh.aku ada moment la kt belakang ni...

masa tu aku kerja kat cheras.balik dari kerja aku terus ke seksyen 7 untuk hantar barang sama seorang civik.aku sedikit berdebar ye.maklum la jumpa civik.padahal hantar barang je pun.

sedang aku pancung semua motor yang ada,aku terpaksa slow sebab ada pakcik india easy ride tengah2 jalan.mungkin dia guna auto cruise.nak kata motor dia sedap,karat lagi banyak dari cat.tapi tayar botak tepi.kuat kona baring ni.

sedang aku cemuih cucuk dia sambil jaga jarak selamat,tiba tiba dia kalih sikit.ptuihhhh!

demit.aku kena ludah beb.kahak beb.baik punya.kena tangan kanan.automatik tangan aku berhenti pulas throttle.aku rasa melecur.aku rasa hina.aku rasa pundet yang maha hebat.

aku berhenti basuh tangan kt toilet belakang.aku tak kejar dia.sebab aku tahu dia tak kan jilat balik ludah tu.lagipun mungkin jadi punca pergaduhan kaum yang sia sia.tak satu malaysia la nanti.

aku hantar barang cepat cepat.balik aku x makan nasik.aku trauma.trauma yang melanda menikam nikam jiwa.

aku juga patut dapat penghargaan dari kerajaan.betapa besarnya pengorbanan aku pada usia yang muda.atau orang melayu memang mudah beralah.entahlah.mari sama sama kita angkat jari telunjuk.

13.9.10

you'll never walk alone

aku akan terbang ke liverpool esok untuk kem bina semangat.
konchesky bagus.nanti dapat duit raya.meireles dapat sampul dulu.ada gaya dah tu.lucas,redi la nak kena stalat turbo.

10.9.10

raye kome





membership makin ramai + de & oteh bunting sulung.next turn cari downline aku.
selamat hari raya
maaf zahir & batin

9.9.10

brainwave decoder


aku nak bercakap segalanya sama kau tapi tak reti dan takda rezeki.kebetulan aku ada benda ni.nanti kau pakai kat tengkuk lepas tu kau boleh faham apa yang otak aku fikirkan.tak payah aku bercakap lama lama.sempoikan.

7.9.10

penunggang hujan ribut bersama kuasa alam

apanya.tak pernah tengok orang kurus yang kebal naik motor dalam hujan lebat?korang orang bandar memang takut hujan.asal hujan bawak kereta terhegeh hegeh dengan hazard light.tengok aku.laju je.tapi kena hati hati jugak.jangan follow rapat.brek confirm menyasar.dup dup dup dada flat screen kena tonjol dengan hujan besar besar jari.

apa yang seorang penunggang hujan ribut perlu ada adalah haba.teknik aku,nyanyi dengan kuat.macam screamo pun takpa.aku percaya dengan cara tu boleh mengeluarkan haba dari dalam dan memanaskan bahagian dalam badan.aku putarkan koleksi lagu raya termasuk lagu kegemaran,lagu raya jalil hamid.cuma berhenti seketika dan beristighfar bila petir dan kilat.

bila terlajak lenjun,jangan berhenti bawah flyover atau terowong.kerana anda akan bertambah gigil.teruskan perjalanan dengan gaya macam takda apa dan memandang sinis mereka yang berhenti,macam kambing takut hujan.kalau boleh rev rev motorpsychol anda atau wheelie untuk boost self estem.

bila sampai putrajaya,aku ambil telefon tangan aku yang tertinggal dan teruskan perjalanan.buat kali kedua ya sebenarnya.

sikit pun aku tak menyesal.takda aku nak cakap,"kalaulah aku tak tertinggal telefon tangan tadi".aku ingat pesan,"kerana sesungguhnya kata seandainya@kalaulah membuka perbuatan syaitan".haa...terer kan?tapi yang macam terminum air hujan tu betul aku tak sengaja.lagipun everett pernah cakap kat aku,dunia ada banyak.mungkin aku kat dunia satu lagi senang lenang naik hummer dalam hujan.tapi aku tak percaya sangat si peda'ah tu.

oh lagi satu kesan penunggang hujan ribut tak teruk kalau anda kebal.macam aku takda apa sangat.cuma buku buku aku rosak dakwat habis kembang,dan sedikit berair hidung.