28.9.10

sedutan episod malam tadi

"pendekar saktis.hamba dapat alamat melalui mimpi bahawa kita perlu bertemu dengan seorang pendeta.pendeta lestari namanya."

pendekar saktis lain saling berbisik-bisik.nak ikut mimpi kau aje.ntah ye ntah tidak.dasar tak baca doa tido.

"sebentar arjuna.tuan hamba lupa cakap 'peace'."

"oh maafkan hamba.peace pendekar saktis."

peace..peace..jawab pendekar saktis lain.andika buat peace terbalik.rock katanya.

"lagi satu arjuna.kalau kita mahu bertemu pendeta lestari,kita perlu melepasi halangan impenetrable warriors!"

"ah tuan hamba ni mas ayu.hamba kan ada pedang yang ditempa tony wong.usah gusar."

lalu pendekar saktis teruskan perjalanan.di padang lalang kat rawang nu,mereka bertembung dengan impenetrable warriors.

impenetrable worriors belajar silat kat jepun.tengok dressup la.pakai tudung saji ada jaring tutup muka.ketua impenetrable warriors mara ke depan.

"nak lalu boleh.tapi kena lawan".

tak banyak cerita dia ni,fight je dalam kepala dia.

arjuna terintai-intai nak tengok muka ketua impenetrable worriors.menyampah dengan gaya arjuna,dia selak jaring tutup muka.

"nah tuan hamba nak tengok sangat.lain kali nak tengok cakap.jangan intai intai.merah pipi hamba."

arjuna tergamam.fikirlah sendiri macam mana gaya orang tergamam.

"apa?!rusdi ramli?!pendekar tendangan tanpa bayang!bagaimana tuan hamba boleh join impenetrable warriors?"

"zaman dah berubah arjuna.tuan hamba semua menikmati kecanggihan kesan khas dari kru.hamba tak mahu ketinggalan."

"habis.yang lain lain ni siapa?!faizal husin?raja azura?liza abdullah?atau...," arjuna mengira ngira pelakon pendekar di zaman budak budaknya.

"ahhh sudah arjuna!!mari kita mulakan!" rusdi ramli ambik lajak.apakah jurus yang bakal dikeluarkan?tendangan tanpa bayang??rolling melepasi 5 orang??tak mungkin dia nak lawan pedang.pedang rusdi ramli macam parang panjang je.kredit dah keluar.bersambung minggu hadapan.

-nantikan kemunculan tao bai bai pada episod akan datang.sokonglah babak tempatan anda -

5 comments:

  1. ada nampak kedai makan yg saya makan pasang citer ni. Tapi tak mengikuti.
    Lagi satu cerita awk ni saya kena baca 2, 3 kali baru dapat faham. Atau buat-buat faham.

    ReplyDelete
  2. itulah sapa suruh x tgk arjuna.xpn kecik2 dulu x tgk cite pendekar.

    ReplyDelete
  3. Kecik-kecik dulu ada cerita Spektra dengan Siri Pendekar. Ada Pendekar Kundur, Keris Hitam Bersepuh Emas.

    Paling lucu -- drama Hati Waja. Faizal Hussein dengan Rudie Ramlie jadi pelakon utama. Shooting kat kampung aku.

    Ah, those good old days. hehehe

    ReplyDelete
  4. siot kampung kau din.patut la aku macam penah nampak kau dalam cite pendekar!
    hoi maksurojana!pisssang!

    ReplyDelete