apanya.tak pernah tengok orang kurus yang kebal naik motor dalam hujan lebat?korang orang bandar memang takut hujan.asal hujan bawak kereta terhegeh hegeh dengan hazard light.tengok aku.laju je.tapi kena hati hati jugak.jangan follow rapat.brek confirm menyasar.dup dup dup dada flat screen kena tonjol dengan hujan besar besar jari.
apa yang seorang penunggang hujan ribut perlu ada adalah haba.teknik aku,nyanyi dengan kuat.macam screamo pun takpa.aku percaya dengan cara tu boleh mengeluarkan haba dari dalam dan memanaskan bahagian dalam badan.aku putarkan koleksi lagu raya termasuk lagu kegemaran,lagu raya jalil hamid.cuma berhenti seketika dan beristighfar bila petir dan kilat.
bila terlajak lenjun,jangan berhenti bawah flyover atau terowong.kerana anda akan bertambah gigil.teruskan perjalanan dengan gaya macam takda apa dan memandang sinis mereka yang berhenti,macam kambing takut hujan.kalau boleh rev rev motorpsychol anda atau wheelie untuk boost self estem.
bila sampai putrajaya,aku ambil telefon tangan aku yang tertinggal dan teruskan perjalanan.buat kali kedua ya sebenarnya.
sikit pun aku tak menyesal.takda aku nak cakap,"kalaulah aku tak tertinggal telefon tangan tadi".aku ingat pesan,"kerana sesungguhnya kata seandainya@kalaulah membuka perbuatan syaitan".haa...terer kan?tapi yang macam terminum air hujan tu betul aku tak sengaja.lagipun everett pernah cakap kat aku,dunia ada banyak.mungkin aku kat dunia satu lagi senang lenang naik hummer dalam hujan.tapi aku tak percaya sangat si peda'ah tu.
oh lagi satu kesan penunggang hujan ribut tak teruk kalau anda kebal.macam aku takda apa sangat.cuma buku buku aku rosak dakwat habis kembang,dan sedikit berair hidung.
al fadhil ustaz Asrul...kalau sy ada kemusykilan ttg agama, boleh sy bertanya pada ustaz?
ReplyDeleteboleh2.nnt ana google.xpn ana tanya al fadhil ustat bon n al fadhil ustat bil
ReplyDelete