8.5.11

ahad yang celaka kami bercinta

pagi ahad:
dah dua kali akak call aku tak angkat. bukan aku tak nak angkat. kadang-kadang aku pun tak ingat mana telepon tangan aku letaknya.

setelah mendapat sindiran berbisa melaui sms, aku pinjam dua ringgit dari maxis, aku telepon sama dia.

“hanim (adik aku yang last) masuk uitm 21 haribulan ni. dapat asasi law kat kuantan”, katanya.

“habis ni, nak makan duit aku la ni?”, balas aku.

“ha yelah apa lagi.ini kan turn kau.rasakan. hahahaha”, tak ubah macam maimon talib dera menantu yang tak berkenan di hati.

ya.budak ni memang tanggungjawab aku. salasilah menanggung adik beradik mengikut turutan. yang last ni kerja aku. aku pulak dah berzanji sama mak nak beli laptop kalau budak ni masuk U.impian aku ingin menghias rumah sewa ala ala eric leong pelan pelan di bawa angin.fade away.

tengah hari pacak ahad:
aku hubungi yu. bilang samanya aku mahu cari laptop. aku memang bodoh dengan teknologi. pernah aku kena sound dengan budak jual laptop kat PAS. masa tu aku bayar harga, lepas tu dia kata tunggu 40 minit dia nak install semua benda.sementara tu aku melantak sama nat kat bistro mahal bodoh kat depan tu.dah 40 minit aku naik.

“dah siap bang.tengok tengok lah”, katanya.

aku dalam hati, “apa benda yang aku kena tengok ni”. nat pun sama bangang jadi aku tak salahkan dia.

aku buat-buat godek sikit, tak sampai dua minit aku cakap,”haa ok lah ni”.

“macam tu aje?baik saya tipu je abang tadi”, tepet budak tu.

“alah nak balik cepat. banyak benda aku kena buat”, alasan tak kuat langsung.

“takkan kau nak tipu pulak kan”, tambah nat. nat badan besar.kekuatan dia boleh tahan.kalau alat ukur kuasa macam bezita pakai tu nak check power nat, boleh tergendala jugak la.jadi budak tu diam tak cakap banyak.

sekarang aku dah import yu. aku,awin,yu,inas kami pergi digital mall. segala perbincangan teknologi aku serah pada yu.budak dua ekor tu beli berus kuali reti lah.aku beli laptop kenit untuk hanim dengan harapan dia senang nak usung kulu kilir. rupanya  laptop mini ni takda cd drive.pandai pandai kau lah yu installkan office dalam tu. diam diam aku pinjam driller bapak yu. niat eric leong aku masih ada.

ha lagi satu,laptop aku beli dulu tu, ok je sampai hari ni.

dah petang ahad pun selamba je panas:
baki pinjam dua ringgit maxis tadi ada lagi. aku telepon mak.dua kali.tak angkat.tiba-tiba ada sms.

“ada apa abang telepon mak?”, tulis sms tersebut.

aku balas,”hanim masuk uitm tu bila?”

mak balas balik , “21hb daftar kat jengka”.

eh apahal pulak main main sms ni.aku tak selesa tambah sedikit curiga aku telepon untuk further information. bla bla bla cite pasal hanim. lab la bla rupanya mak sakit telinga.bedengung katanya.tak boleh cakap lama lama.sakit.dah datang balik sakit telinga dia.

sebagai penutup bicara kami, aku bilang,”mak, selamat hari ibu”.

 mak diam sekejap.terkedu.aku tak pernah wish apa apa.memang selalunya trend keluarga aku.kami tahu tapi kami tak wish.mungkin kami semua gangster tak main la wish wish.

“terima kasih anakku.semoga jadi orang yang baik dan bertaqwa”, balas mak tiru gaya drama tv9. kononnya nak bergurau. tapi suara dia bergetar lain macam.aku tahu itu lain macam.

“amin..jawab aku automatik. mak cepat cepat nak letak dengan suara bergetar tadi tu. sama ada effect getaran jiwa wish aku tadi ataupun telinga dia dah tak tahan aku tak tahu.tapi mak tahu.

ahad yang selebihnya:
panas nak mampos.

1 comment:

  1. hehe.. yanie wish selamat hari ibu kat mama, terus mama nangis.. lagi laa..haha..

    ReplyDelete