16.5.11

how to make side income by involving in road accident

kali ni aku nak kongsi pengalaman buat duit poket sikit.insyaallah buku ni akan keluar kat pasaran tak lama lagi.tapi kat malaysia lambat sikit,aku nak fokus scene belah belah scandinavian & balkan dulu.

tajuk dia seperti di atas.kalau dalam bahasa bunyi dia kasar sikit."side income lu tak true" aku letak.target reader adalah penunggang motosikal yang bersopan di jalan raya.scene ni baru nak naik.jadi lebih baik ceburkan diri dengan cepat.kalau dah ramai nanti susah nak untung.

asas di senang saja.kau terlibat dalam kemalangan, tapi tak mati dan dapat duit.buku ni ada 8 bab.sini ada brief sikit la pasal buku ni.

chapter 1: introduction
-pengenalan lah.pengasas, tokoh tokoh,sejarah la bagai


chapter 2: protection vs strength
-cerita pasal basic.tak perlu protection beria sangat.pakai jacket minnie mouse kakak kau pun boleh.janji badan sedap.tak perlu katang katang & cara cara latih badan supaya payah nak cedera


chapter 3: innocent is power
-jenis jenis motosikal yang sesuai digunapakai.elakkan motosikal yang mat rempit selalu pakai.lagi ayam motosikal tersebut, lagi senang nak buat duit.juga dresscode yang senang nak buat claim.paling penting jangan kelihatan seperti mat rempit.paling sedap baju pejabat.juga senarai kedai motosikal dan kedai jahit


chapter 4:obey rules in seeking opportunities
-ini adalah core bagi bidang ni.undang-undang jalan raya kena patuh.sistem kejara kena hafal.paling penting kena tahu saat bila pemandu kereta melakukan kecuaian.kat situlah kita akan intervene & buat duit.kenapa dia core?kalau kau sendiri buat salah,macam mana nak salahkan orang lain?macam mana nak masyuk?

chapter 5: rolling thunder
-nak tumbang kena ada cara.takkan nak main terjun je daripada motosikal anda.rolling thunder adalah cara berguling dengan meminimumkan kecederaan.rekod rolling thunder sekarang dipegang oleh saudara johari daripada poland.beliau intervene ketika kereta kelisa masuk simpang tak bagi signal kat iceland.satu luka pun takda beb.beliau dapat pow sembilan ribu polish zloty

chapter 6: sufficient measurement
-formula bagaimana nak kira duit yang sepatunya diminta (negligent + intervention = reasonable income).tak perlu tamak.hidup bukan lama.melambak lagi pemandu kereta yang cuai ok


chapter 7:enjoy responsibly
-bidang ni bukan takat nak mintak duit aje.khidmat nasihat mengenai keselamatan jalan raya kepada pemandu cuai wajib diberi agar mereka sedar akan kesilapan diri.kalau boleh buat sampai mereka menangis dan rindukan ibu bapa di kampung.potongan ayat ayat menginsafkan disertakan

chapter 8:bonus
-senarai senarai klinik panel, ruangan berkenalan dan beberapa indoor games bagi merehatkan diri di rumah selepas buat duit.kertas buku matematik petak petak untuk main kepong dan SOS disediakan

sekarang pihak penerbit di malaysia cuba melobi JKJR bagi mendapatkan sokongan moral bagi buku ini.kami percaya pemandu kereta di malaysia akan lebih berhati hati.budak budak scene ni bukan nak duit sangat.mereka cuma prihatin.

1 comment: